Mei lalu Zahid Hamidi mengingatkan pegawainya kes pecah amanah membabitkan pegawai di sebuah agensi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) perlu dijadikan iktibar semua kakitangan kementerian supaya tidak merosakkan prestasi cemerlang mereka.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak mahu hanya kerana nila setitik, merosakkan prestasi baik ditunjukkan KKDW yang sudah diterajuinya sepanjang tujuh bulan ini.
“Tiada kakitangan atau pegawai di KKDW yang ditukar, diturun pangkat atau diganti pegawai kementerian lain setakat ini.
“Saya bersama timbalan menteri berpuas hati dengan prestasi ditunjukkan biarpun ada (laporan ) beberapa pegawai di kementerian lain ditukar atau diambil tindakan kerana menjadi liabiliti kepada organisasi, tetapi tidak di KKDW, tidak ada satu pun laporan yang mengecewakan.
“Namun hanya kerana nila setitik persepsi kepada organisasi akan menjadi negatif, peristiwa yang berlaku di sebuah agensi di bawah KKDW di mana seorang pegawai bertaraf pertengahan telah melakukan pecah amanah, saya dan timbalan tidak pernah akan berkompromi untuk mengambil tindakan disiplin dan undang-undang kepada pegawai berkenaan,” katanya.
Mei lalu seorang penolong akauntan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) ditahan selepas dipercayai pecah amanah berjumlah RM24.8 juta sejak lapan tahun lalu.Kes pecah amanah itu membabitkan penggunaan identiti sembilan individu turut berkhidmat dengan Kesedar.
Pegawai MARA Corp didakwa
Mei 2022 dua pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (MARA) berhadapan dengan lima tuduhan menggunakan jawatan untuk meluluskan pembayaran elaun memangku kepada diri sendiri tanpa kelulusan Lembaga Pengarah. Kedua-duanya didakwah di bawah Seksyen 23 (1) Aka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 [Akta 694].
Noor Irwan Marmin pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (memangku) MARA Corporation Sdn. Bhd. di antara 17 September 2021 hingga 21 Januari 2022 didakwa telah meluluskan Internal Memo, Payroll And Contract Engagement Payment berjumlah RM46,218.75 untuk dirinya.
Turut didakwa Rizal Abdul Ghani, Pengarah Kewangan meluluskan memo yang sama bagi bulan September, Oktober, November, Disember 2021 dan Januari 2022 berjumlah RM40,875 sebagai bayaran elaun memangku untuk dirinya.
Hanya dua orang pegawai sahaja didakwa iaitu CEO dan Pengarah Kewangan berbanding sebelum ini melibatkan 5 hingga 7 pegawai Mara Corp Gred 41 hingga 52 yang meluluskan elaun RM3000 hingga RM13,125
Mungkinkah akan ada pegawai KKDW ditahan SPRM atau didakwa selepas ini?
Oleh itu dakwaan salah guna kuasa, pemalsuan dokumen dan pembuli kontraktor oleh SUB Teknikal KKDW Ir Roslan Mat Sapri pasti mencetuskan isu baru di KKDW.
KSU KKDW Dato’ Ramlan Harun mesti menanganinya memandangkan laporan polis dan SPRM telah dibuat kepada SUB Teknikal berkenaan.
1 thought on “[VIDEO] Tidak kompromi pegawai KKDW salahguna kuasa, pecah amanah & rasuah”