Penahanan Ahli Perniagaan Datuk Malik Dasthigeer pada 24 Julai lalu di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) oleh Pasukan Petugas Agensi-Agensi Penguatkuasa Malaysia (MATF) yang diketuai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam Ops82S membuktikan sesiapa juga ahli perniagaan kaya dan mencurigakan boleh ditangkap.
Abdul Malik dikatakan kroni bekas Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan. Beliau merupakan pengasas dan pengerusi Malik Group of Companies yang mempunyai rangkaian perniagaan Malik Streams Corporation Sdn Bhd, Malik Maju Sdn Bhd, Malik Streams Properties Sdn Bhd, Malik Streams Antenna Movies Sdn Bhd, and Malik Streams Production & Distribution ditahan ditahan dengan sejumlah wang tunai kira-kira RM 38 juta, emas seberat anggaran 200 kilogram yang bernilai kira-kira RM60 juta serta 17 buah kereta mewah dirampas.
Operasi pasukan MATF pada Isnin lalu (24 hb) itu, membabitkan serbuan serentak dilakukan di 34 lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor dengan membabitkan kekuatan 315 pegawai pelbagai agensi.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan perkara itu disiasat mengikut Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA)2001, Akta Percukaian 1967 dan Akta Kastam 1967.
Agensi penguatkuasaan lain yang terbabit adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Cyber Security Malaysia (CSM).
Pasukan Petugas MATF dipengerusikan oleh Peguam Negara.
Ia dilancarkan bagi melumpuhkan sindiket rasuah, pecah amanah, penyeludupan barang-barang haram dan pengurangan cukai tidak sah.
MENGAPA MATF TIDAK TAHAN MAFIA KORPORAT VICTOR CHIN & KUNCUNYA?
Jika mengambil kira kepada cara Pasukan Petugas MATF bekerja melibatkan SPRM, PDRM, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Bank Negara Malaysia (BNM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) nampaknya Ketua Mafia Korporat Victor Chin Boon Long yang kaya raya hasil manipulasi saham, rasuah, penipuan dan lari cukai itu nampaknya sesuai untuk ditahan.
Siri pendedahan The Corporate Secret ‘Rahsia Mafia Korporat Victor Chin Boon Long’ jelas mendedahkan Victor Chin merupakan ancaman kepada keselamatan negara. Fail-fail Victor Chin dan orang kanannya seperti Peguam Mafia Korporat Chong Loong Men turut didedahkan begitu juga fail kes tertentu yang jelas kumpulan ini kaya raya hasil menipu, manipulasi saham serta merampas syarikat senarai awam lain. Ini belum termasuk isu-isu penguatkuasa dalam genggaman mafia korporat.
BACA – Fail Sulit Datuk Victor Chin Boon Long Ketua Mafia Korporat didedah
BACA – Selepas Victor Chin, Fail Peguam Mafia Korporat Chong Loong Men pula terbongkar
Polis juga telah mengesahkan menyiasat Mafia Korporat Victor Chin Boon Long. Namun kes Caely /Classita Holdings ini terus senyap hingga sekarang sekalipun failnya di Pejabat Peguam Negara.
Victor Chin Boon Long juga didapati lari dari membayar cukai. Aset dan wang berjuta tetapi isytihar cukai LHDN tak seberapa.
Maka jika Pasukan Petugas Agensi-Agensi Penguatkuasa Malaysia (MATF) boleh menangkap Dato’ Malik yang kaya raya kerana hasil haram mengapa tidak Victor Chin Boon Long dan sekutunya yang juga jutawan hasil manipulasi saham.
JIKA MATF TIDAK BUAT TANGKAPAN – DAKWA VICTOR CHIN BOON LONG MAFIA KORPORAT BAWAH POCA & SOSMA
Jika MATF tidak bertindak setidaknya mendakwa Mafia Korporat diketuai Victor Chin Boon Long, Chong Loong Men, Leong Seng Wui, Chan Swee Ying, Ng Keok Chai dan lain-lain lagi dengan dakwaan lebih keras misalnya bawah AKTA PENCEGAHAN JENAYAH 1959 (POCA) khusus membendung kegiatan jenayah, aktiviti kongsi gelap dan perkara-perkara berkaitan dengannya.
Tindakan Mafia Korporat menggugut pengasas syarikat yang dirampas menggunakan penguatkuasa jelas tindakan kongsi gelap yang keterlaluan. Kononnya mereka boleh melepaskan kes SPRM dengan syarat letak jawatan dalam syarikat, jual saham dan mengaku bersalah. Revenue Group membuktikan elemen ugutan ini begitu juga MMAG Holdings Berhad.
Atau Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) sebagai langkah-langkah khas berhubung dengan kesalahan keselamatan. Rampasan Mafia terhadap syarikat Malaysia boleh menjejaskan ekonomi negara apatah lagi jika mereka didalangi oleh agensi penguatkuasa.
VICTOR CHIN BOON LONG DAN JUTAWAN SCAMMER TEDY TEOW MBI GROUP
Siapa tidak kenal Tedy Teow `ahli perniagaan Malaysia’ yang diburu ditahan di Thailand pada 22 julai 2022 atas dakwaan pengubahan wang haram. Dikehendakali pihak berkuasa Malaysia dan China
Penipuan pelaburan Francais Island Red Cafe dari 2008 hingga 2010 dihidu dan Skim piramid MBI International Sdn Bhd dengan 91 akaun dengan RM177 juta dibekukan akhirnya pada tahun 2017, Teow dan MBI runtuh.
Teow kemudiannya menghadapi dua pertuduhan mengeluarkan instrumen pembayaran yang tidak diiktiraf. Pada 2018, dia didenda RM2.5 juta dan RM3 juta oleh Bank Negara kerana penyelewengan kewangan.
Akibat penipuan itu, ratusan warga China membuat bantahan di luar Kedutaan China di Kuala Lumpur dan ibu pejabat MBI meminta bantuan untuk mendapatkan semula berjuta-juta yang telah mereka curahkan sebagai pelaburan ke dalam MBI International.
Berdasarkan laporan dikeluarkan South China Morning Post, Tedy dikehendaki kerana mempunyai kaitan dengan penggubahan wang haram berjumlah RM336 juta (AS$83 juta) di Macau.
Polis percaya Tedy bertindak sebagai perancang utama sindiket penipuan di Macau yang menipu orang ramai untuk melabur wang mereka dalam syarikat yang tidak wujud. Menurut polis, pelaburan itu ditapis melalui beberapa siri akaun sebelum digunakan untuk membeli hartanah mewah di Malaysia dan Thailand selain melabur dalam mata wang kripto.
Oleh itu tangkapan Tedy Teow di Thailand mendapat perhatian pihak berkuasa Malaysia dan China untuk mengektradisi Tedy ke negara masing-masing.
Bagaimana Mafia Korporat Victor Chin terlibat dengan Tedy Teow?
Terdapat sumber sebelum itu Victor Chin dan pasukannya cuba membawa Tedy ke negara ini mengunakan dana ratusan juta untuk membebaskannya melalui kuasa pihak-pihak tertentu. Hasilnya adalah segala aset dan duit Teddy di Malaysia yang masih ada sekitar RM500 juta.
Namun setakat ini usaha Victor Chin, Chong Loong Men dan Dato Sri Teleng Lim Kok Han itu nampaknya masih buntu tetapi rundingan itu telah berjalan. Memandangkan Tedy adalah isu rakyat sudah tentu membawanya lebih sukar.
.
1 thought on “Manipulasi saham, pengubahan wang haram: Seperti ‘Dato’ Malik’ MATF patut tangkap Mafia Korporat Victor Chin Boon Long”