Semalam seorang wanita bernama Ezza Suria dari daerah Kemaman mengaku sebagai isteri Ir Hj Saiful Azmi Suhaili bekas Adun N.29 Kemasik mendakwa dirinya ‘digantung tidak bertali’ oleh suaminya yang kini kekal calon di Dun itu untuk PAS dan Parti Perikatan Nasional.
Wanita berusia 38 tahun itu tampil di media melaporkan kedudukannya yang berkahwin dengan Ir Hj Saiful di Thailand namun kantoi oleh isteri pertama Hj Saiful bernama Ustazah Husna pada oktober tahun lalu
“Saya hanya mahu tahu status saya sebab sudah hampir sembilan bulan saya digantung tidak bertali.
“Desas-desus ada mengatakan saya sudah diceraikan, namun sehingga sekarang saya tidak menerima sebarang dokumen itu (perceraian).
Dalam satu video yang dirakam oleh portal Malaysiahot temubual Ezza Suria mencabar suaminya Ir Saiful bersumpah laknat pengakuan yang dibuatnya. Ezza kata dia tidak memfitnah sebagaimana tuduhan PAS kepadanya.
Susulan itu Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Pengerusi PN Terengganu berkata Krisis rumah tangga dialami calon Perikatan Nasional (PN) dari Pas di Terengganu Ir Hj Saiful Azmi itu dijangka tidak menjejaskan sokongan pengundi terhadap gabungan parti itu pada pilihan raya negeri (PRN) dan pilihan raya kecil (PRK) bulan depan.
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yakin pengundi semakin bijak untuk menilai maklumat yang diterima sama ada ia benar atau sekadar tohmahan demi kepentingan tertentu.
AKUAN BERSUMPAH ‘SKANDAL’ BEKAS ISTERI DEDAH ISU RASUAH, SEKS DENGAN SUAMI ORANG
Bagaimanapun satu akuan bersumpah dua muka itu telah dibuat Wanita mendakwa isteri Ir Saiful Azmi itu mendedahkan wujudnya perlakuan rasuah, penyelewengan dana kerajaan dan skandal seks yang melibatkan bekas ADUN Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili.
Saiful Azmi pernah menjadi wakil rakyat di DUN Kemasik antara 2018 hingga 2023 dan dilantik Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kemaman. Beliau juga banyak dilantik ke jawatan BOD syarikat kerajaan negeri. Oleh itu PAS PN yakin Ir Saiful Azmi menang bertahan pada pilihan raya negeri 12 Ogos ini.
APA ISI KANDUNGAN AKUAN BERSUMPAH ITU?
1. Ir Saiful Azmi didakwa menerima duit ‘komisyen’ atau rasuah dari wanita berkenaan bagi projek pembinaan dan naik taraf jalan-jalan di DUN Kemasik secara tunai. Semua ini selepas hubungan kawan kepada skandal kekasih.
2. Ir Saiful Azmi telah membuat tuntutan palsu bagi menyeleweng dana kerajaan persekutuan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau Penjana untuk membina bangunan PAS di Kertih.
3. Pejabat ADUN Kemasik telah diserbu pihak SPRM bagi menyiasat kes tuntutan palsu dan penyelewengan dana Penjana oleh pihak Saiful Azmi yang turut melibatkan syarikat adiknya Azhan.
4. Pada tahun 2021, Saiful Azmi telah meminta wanita itu memfailkan perceraian dengan suaminya di mahkamah. Wanita itu mendakwa, Saiful Azmi berjanji untuk berkahwin dengannya kerana mereka berdua telah beberapa kali ‘TERLANJUR’ semasa berada di Kuala Lumpur. Selepas selesai proses perceraian dan tempoh eddah wanita itu tamat pada Mac 2022, mereka berkahwin di Golok, Thailand. Perkahwinan itu telah diuruskan oleh beberapa individu termasuk Ustaz Hasan Harun.
5. Pada Oktober 2022, rahsia perkahwinan itu terbongkar dan diketahui oleh isteri Saiful Azmi iaitu Ustazah Husna Abdul Rahman. Dalam polemik itu, Ustaz Hasan Harun mendakwa perkahwinan antara wanita itu dan Saiful Azmi di Thailand tidak sah dan mereka tidak dibenarkan berjumpa.
6. Wanita itu turut membuat laporan Polis terhadap isteri Saiful Azmi, Ustazah Husna yang didakwa menyebarkan ‘video lucah’ wanita itu bersama bekas suaminya.
7. Selepas kejadian itu, wanita tersebut mendakwa dia gagal menghubungi atau berjumpa dengan Saiful Azmi bagi menyelesaikan isu perceraian antara mereka berdua.
Selepas pendedahan akuan bersumpah ini jelas ia bukan sekadar isu rasuah dan masalah rumah tangga Ir Saiful Azmi tetapi tentang skandal isteri orang dan suami orang yang menyebabkan berlakunya ‘PERZINAAN’ atau terlanjur sebagaimana pengakuan wanita itu.
Ini bukan masalah kecil atau rumah tangga lagi. Bagaimana rakyat Kemaman sanggup bersekongkol dengan pemimpin membuat dosa perzinaan dengan isteri orang?. Ini sangat menjijikkan apatah lagi Ir Saiful dan PAS yang menggunakan agama dalam kempen mereka.
Apakah para pengundi PAS, khususnya kaum wanita para ibu menyokong YB yang berskandal dan berzina dengan bini orang sebelum dijadikan isteri?