Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman Haji Muhammad Sobri Osman ketua pegawai eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI) dan Pengarah Syarikat Jangka Bakat Minerals Sdn Bhd Datuk Liana Binti Mamat @ Khalid bagi siasatan berhubung rasuah dan salah guna kuasa dalam sektor perlombongan melibatkan jumlah rasuah melebihi RM13 juta.
Perintah reman selama tiga hari bermula 19 Julai sehingga 21 Julai 2023 terhadap kedua-dua suspek masing-masing dikeluarkan oleh Majistret Wan Shahida Abd Rahim di Mahkamah Majistret Alor Setar dan Majistret Norsyakirah Che Hashim di Mahkamah Majistret Shah Alam selepas permohonan reman dibuat SPRM.
Kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 63 dan 40 tahun itu ditahan sekitar lewat petang Selasa di Alor Setar dan Kuala Lumpur.
Tambah sumber, aktiviti perlombongan dijalankan secara haram oleh sebuah syarikat yang mendapat perlindungan pihak berkuasa tertentu sejak tahun 2020.
Hasil siasatan SPRM yang dijalankan mendapati beberapa pembayaran disyaki sogokan berjumlah lebih RM13 juta diberikan syarikat terlibat bagi melindungi kegiatan perlombongan haram ini dalam tahun 2020 hingga 2023.
Syarikat Jangka Bakat Mineral Sdn Bhd milik Datuk Liana Khalid yang ditahan reman itu dipercayai mendapat kelulusan untuk menjalankan projek pembangunan ladang hutan pokok getah klon balak (TLC) di dua kompartmen di Kedah dalam tahun 2016.
Projek tersebut bertujuan untuk menanam semula pokok-pokok getah klon balak di kawasan pembalakan yang terlibat.
Pada tahun 2020, syarikat yang sama telah mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Negeri Kedah bagi menjalankan aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE) dalam kompartmen yang sama.
Namun, setakat ini tiada kelulusan diberikan oleh Kerajaan Negeri berhubung permohonan syarikat tersebut bagi menjalankan aktiviti perlombongan itu.
SIAPA HAJI MUHAMMAD SOBRI OSMAN CEO MBI KEDAH?
Haji Muhammad Sobri Osman ketua pegawai eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI) merupakan bekas calon PAS di Parlimen Padang Serai namun tewas kepada PH-PKR. Dilaporkan beliau bakal calon PAS di Dun Pantai Merdeka. Nampaknya terpalit kes rasuah jika benar mempunyai transaksi lebih RM13 juta pasti akan menyukarkan dipilih sebagai calon Dun.
MOU MBI KEDAH, JANGKA BAKAT MINERALS SDN BHD &
SYARIKAT CHINA XIAMEN TUNGSTEN CO LTD
Pada 11 Januari lalu, Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI Kedah) memeterai MoU bersama Jangka Bakat Minerals dan Xiamen Tungsten Co Ltd dalam usaha penerokaan maklumat dan kepakaran bagi industri perlombongan di negeri Kedah.
Majlis menandatangani MoU disaksikan Menteri Besar Kedah dengan MBI Kedah diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhamad Sobri Osman, manakala Jangka Bakat Minerals diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Liana Khalid dan Xiamen Tungsten diwakili Pengurus Besarnya, Liu Wenli.
SIAPA PEMILIK & PEMEGANG SAHAM JANGKA BAKAT MINERALS?
Apa hubungan Datuk Liana Khalid dengan MB Kedah atau mana-mana pemimpin PAS? Dimulakan September 2022 kurang setahun pencapaian syarikat ini. Penamanyanya Liana Mamat @Khalid dan Poh Jun Lin. Syarikat baharu maka audit kewangan tidak dapat ditunjukkan.
1 juta saham syarikat ini. Pemegang sahamnya Liana dan syarikat Junling Holdings Sdn Bhd dimiliki Poh Jun Lin.
Kerjasama dengan syarikat China Xiamen Tungsten Co Ltd mungkin melalui Junlin Holdings Sdn Bhd. Seperti dimaklum pengarah Pemilik Junlin Holdings Sdn Bhd ialah Poh Jun Lin bersama dengan warga China bernama Li Jian dan Xie Yuchen.
Dari syarikat dan pemegang saham syarikat baharu ini tidak menampakkan mereka punya wang namun bayaran tunai dalam syarikat ini katanya telah dikesan lebih RM13 juta daripada pelbagai pihak.
Menurut sumber mungkin lebih 50 juta yang dikesan diterima oleh CEO MBI dan pemimpin PAS.
WARGA CHINA YANG DISOKONG MB KEDAH SEBAGAI
PAS LAWATAN IKHTISAS DITANGKAP
Pada 31 Oktober tahun lalu akibat aktiviti perlombongan haram REE di Hutan Simpan Bukit Enggang di Sik apabila dua kompaun dikenakan terhadap seorang lelaki warga China yang didapati melakukan kegiatan itu.
Dua kompaun berjumlah RM630,000 itu membabitkan kompaun maksimum RM500,000 untuk kesalahan melombong REE dan RM130,000 bagi kesalahan menceroboh Hutan Simpan Kekal (HSK) yang dibayar pada 11 Oktober tahun lalu.
Sebelum itu tular surat bertarikh 3 Ogos 2020 itu menunjukkan Sanusi yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri telah memohon pas lawatan pekerja asing dari China untuk bekerja di kawasan hutan simpan terbabit.
“Sokongan bagi mendapatkan pas lawatan ikhtisas bagi tenaga kerja teknikal, pengurusan dan profesional dari China untuk kerja-kerja penjelajahan dan penyediaan awal pemasangan infrastruktur galian mineral di negeri Kedah,” demikian tajuk surat itu.
Surat daripada Menteri Besar Kedah tersebut ditujukan kepada Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang juga Setiausaha Agung PN.
Susulan tersebarnya surat tersebut, Sanusi dilihat sejak awal telah bekerjasama dengan syarikat Xiamen Tungsten dari Republik Rakyat China (PRC) bagi penerokaan mengeluarkan unsur nadir bumi (REE) di sekitar Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik.
MENTERI BESAR KEDAH INCORPORATED DISAMAN PTG
Turut disaman ialah Menteri Besar Kedah Incorporated atas dakwaan mencuri unsur nadir bumi (REE) pada 26 September 2022 di Kawasan Kampung Cheng, Mukim Sik Kedah.
Saman RM500,000 itu didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang mencetuskan kontroversi kononnya saman itu bukan atas nama Muhammad Sanusi tetapi atas pejabat Menteri Besar Kedah Incorporated.
Namun secara asasnya Muhammad Sanusi sebagai MB Kedah merupakan Pengerusi Pengerusi MBI Kedah.
“Surat itu mengkehendaki MBI membayar kompaun RM500,000 kerana mencuri REE di Kampung Chong, Sik. Kamu Menteri Besar, kamu Pengerusi MBI, surat itu bertarikh 4 Oktober 2022.
“Dialamatkan kepada Pengerusi MBI, kompaun di bawah Seksyen 426 (1) Kanun Tanah Negara dalam kejadian jam 2.30 petang, 24 September 2022 kerana mencuri REE. Yang tandatangan Datuk Fauzi,” katanya memetik laporan media
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah seksyen 17 dan 23 Akta SPRM 2009.
1 thought on “Rasuah lebih RM13 juta: SPRM reman Sobri Osman CEO MBI Kedah, Datuk Liana Khalid Pengarah Jangka Bakat Minerals”