Selepas pengesahan dan pengakuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai Laporan Khas Thecorporatesecret Rahsia MAFIA korporat Malaysia, Victor Chin Boon Long peralat penguatkuasa terbongkar sehingga dibuka kertas siasatan mengenainya sejak tahun lalu nampaknya isu itu telah membuka mata rakyat.
Kumpulan Mafia korporat itu wujud namun tersembunyi dan terlindung oleh sekumpulan penguatkuasa yang punya kepentingan.
Gerakan itu bukan kumpulan biasa kerana mereka sangat tersusun diketuai Victor Chin Boon Long (CBL) digerakkan oleh Peguam Datuk Chong Loong Men (bekas DPP pejabat peguam negara & suruhanjaya sekuriti), Datuk Teoh Hai Hin Group MD Hong Seng Consolidated (Funder Mafia), Datuk Sri Lim Kok Han (Runner SPRM), Ng Keok Chai (Bekas Polis) dan orang kanannya sebagai runner syarikat iaitu Leong Seng Wui.
Pendedahan terbaru Thecorporatesecret (TCS) dalam laporan Selepas Victor Chin, Fail Peguam Mafia Korporat Chong Loong Men pula terbongkar membuktikan antara peranan penting kumpulan ini juga Datuk Chong Loong Men bekas DPP Peguam Negara dan Suruhanjaya Sekuriti yang mengawal aspek perundangan menghalalkan operasi Mafia Korporat pimpinan Victor Chin Long Boon ini.
Beliau bukan saja berkhidmat buat Victor Chin tetapi turut berkhidmat kepada ahli perniagaan Mafia yang terlibat dengan skandal Penny Stock tahun 2020 seperti Datuk Eddie Cha Woon Chet, Datuk Jacky Phang Chow Huat dan Kenneth Vun@ Vun Yun Lun.
Majoriti syarikat yang didedahkan dalam skandal Penny Stock theedgemarkets pada tahun 2020 diuruskan oleh Chong Loong Men berkait antara satu sama lain seperti NetX Holdings Bhd, Seacera Group Berhad, XOX Bhd, M3Technologies (Asia) Bhd (Kini Xox Technology Berhad), Focus Dynamics Group Bhd, Green Ocean Corp Berhad, Oversea Enterprise Berhad, Saudee Group Berhad, Advance Information Marketing Berhad dan lain-lain lagi. Malah Chong Loong Men sendiri mempunyai saham syarikat dan dilantik lembaga pengarah syarikat-syarikat milik Victor Chin, Datuk Eddie Cha Woon Chet, Datuk Jacky Phang Chow Huat dan Kenneth Vun@ Vun Yun Lun.
Bagaimanapun siri pendedahan kali ini adalah mengenai Laporan Khas rampasan Mafia Korporat Victor Chin terhadap syarikat kontroversi yang kesnya belum selesai hingga kini.
SKANDAL MAFIA KORPORAT RAMPAS CAELY HOLDINGS BERHAD
Begitu banyak laporan polis, tangkapan dan siri saman menyaman dalam kes Caely Holdings Berhad. Sebagaimana pengesahan Setiausaha Polis, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) menyiasat kes pecah amanah dan penyelewengan kewangan membabitkan wang berjumlah lebih RM30.7 juta dalam Caely Holdings Berhad. Kes itu juga disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan pecah amanah jenayah oleh agen. Kes itu telah diserahkan kepada Peguam Negara untuk pendakwaan.
Ini termasuk juga aduan dibuat kepada Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Dato’ Seri Dr Awang Adek Hussin dan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Wahid Omar Pengerusi Bursa Malaysia mengenai salah laku kumpulan Mafia korporat Victor Chin Boon Long dalam Caely Holdings Berhad.
Caely Holdings Berhad merupakan bukti di depan mata bagaimana kumpulan mafia korporat merampas syarikat itu. Selepas berjaya mereka menukar Lembaga Pengarah dan seterusnya menukar nama syarikat daripada Caely Holdings Berhad kepada Classita Holdings Berhad.
Bagaimanapun Lembaga Pengarah Classita Holdings Berhad pada 13 Mac lalu menafikan salah laku dan menuduh ia dilakukan oleh lembaga pengarah lama.
Namun semakan menunjukkan ketika penyelewengan itu berlaku Victor Chin Boon Long dan budak-budaknya terlibat sama dalam skandal itu sama ada sebagai lembaga pengarah atau pemegang saham. Dato’ Sri Goh Choon Kim misalnya adalah pemegang saham terbesar yang mengikut kumpulan Victor Chin. Selepas ini akan dibuktikan bagaimana Dato’ Sri Goh Choon Kim memberikan semua saham-sahamnya kepada Chan Swee Ying isteri Victor Chin Boon Long.
Skandal Caely merompak RM30.7 juta hanyalah alasan untuk menyingkirkan BOD lama seterusnya mengambil alih Caely.
BAGAIMANA VICTOR CHIN BOON LONG DAN ISTERINYA CHAN SWEE YING MERAMPAS CAELY/CLASSITA HOLDINGS BERHAD?
Sebelum ini pemegang saham terbesar Caely ialah Dato’ Sri Goh Choon Kim 21.05 peratus disusuli oleh Dato’ Sri Tee Yam 19.12 peratus. Manakala pengasas syarikat bekas pengarah urusan Datuk Chuah Chin Lai mempunyai 5.65 peratus dan isterinya Pengerusi Caely Datin Fong Nyok Yoon mempunyai 7.38 peratus.
Namun selepas Mafia Korporat menguasai Caely melalui Leong Seng Wui, Kok, Valhalla Capital dan syarikat sekutu lain keadaan berubah. Bekas-bekas polis yang diketuai Ng Keok Chai menjadi Lembaga Pengarah Caely.
Rampasan Mafia Korporat dalam Caely boleh dilihat sebelum 10 November 2022 dan Selepas 10 November 2022.
Perlu diingat Pemegang saham dalam Caely merupakan banyak syarikat Mafia Korporat yang dikuasai Victor Chin Boon Long dalam artikel Rahsia Mafia Korporat sebelum ini. Syarikat itu ialah CSH Alliance Berhad, MMAG Holdings Berhad, Harvest Miracle Capital Berhad (Vortex), Dynaciate Group Bhd (Ingenieur Gudang Berhad), Hong Seng Consolidated Berhad dan Green Packet Berhad. Lain-lain syarikat ialah anak syarikat HMCB iaitu Valhalla Capital Sdn Bhd, Master Knowledge Sdn Bhd (CSH), KHSB (HMCB) dan Eminent Emission Sdn Bhd
Hong Seng Consolidated adalah pemain utama sebagai pembiaya kumpulan Mafia Korporat ini.
Sebelum 10 November 2022 isteri Victor Chin Boon Long Chan Swee Ying hanya pemegang saham minor. Bagaimana selepas 10 November 2022?
Ternyata selepas 10 November 2022 Victor Chin Boon Long berjaya merampas dan menjadikan isterinya Madam Chan Swee Ying (Pengarah Eksekutif HMCB) memperolehi 80,788,500 saham sekaligus menjadi pemegang saham terbesar Caely.
Selain itu majoriti saham dipegang oleh syarikat Mafia Korporat Victor Chin melalui Hong Seng Capital Sdn. Bhd berjumlah 27,176,150 waran { pledge by Dato Sri” Goh Choon Kim), CSH Network Capital Sdn. Bhd. berjumlah 46,844,800 waran ( pledge by Eminent Mission Sdn. Bhd.) dan Hong Seng Capital Sdn. Bhd. berjumlah 3,901,850 waran (pledge by Eminent Mission Sdn. Bhd.).
Semuanya selepas Dato’ Sri Go Choon Kim mengurangkan pegangan sahamnya kepada entiti lain iaitu Chin Loy Shin, Cheok Kuang Yi dan Loh Lee Yin. Pemegang saham minoriti ini pula menyerahkan kepada Chan Swee Ying yang menjadikan Chan Swee Ying sebagai pemegang terbesar selepas digabungkan dengan syarikat-syarikat Chan Swee Ying menjadi BOD serta pemegang saham. Begitu juga anak syarikat Eminent Emission Sdn Bhd anak syarikat Dynaciate Group Berhad (Ingenieur).
Adalah sangat jelas Mafia Korporat Victor Chin dan Chan Swee Ying merampas sebuah syarikat seperti Caely secara berkumpulan bermula menyertai sebagai lembaga pengarah dan pemegang saham terlebih dahulu sebelum merampas sepenuhnya syarikat itu.
Satu kebimbangan besar ialah sekiranya Mafia Korporat mewujudkan satu akaun bank baharu bagi urusan transaksi semua waran berkenaan dan sudah pasti ianya boleh digunakan secara salah untuk menyelesaikan proses pemerolehan atau bahasa mudah wang tunai Caely dijarah oleh pihak yang lain yang akhirnya akan mengkayakan Victor Chin dan isterinya Chan Swee Ying selaku pemilik HMSB dan juga KHSB.
ROMPAKAN BARU MAFIA KORPORAT DI CLASSITA HOLDINGS BERHAD
Terbaru Mafia korporat dalam Lembaga Pengarah Caely/Classita Holdings kini berdepan tindakan saman daripada bekas lembaga pengarah dan pemegang saham berikutan 2 perjanjian berat sebelah yang boleh merisikokan CAELY. Pelaburan projek dan penjualan saham yang meragukan.
Selain daripada dua perjanjian jual beli saham dan kepentingan di dalam Kepayang height, terdapat juga transaksi meragukan di dalam penguasaan saham milik CAELY oleh Mafia koporat Victor Chan Boon melalui Isterinya Chan Swee Ying.
MANIPULASI PERJANJIAN JUAL SAHAM ( SHARE SALES AGREMENT SSA) DAN JUGA PERJANJIAN LANGGANAN ( SUBCRIPTION AGREMENT , SA) KEPAYANG HEIGHT
VORTEX CONSOLIDATED ( HMSB) DAN KEPAYANG HEIGHTS ( KHSB)
Kepayang Height ( KHSB) ialah anak syarikat milik 100 % harvest capital berhad ( dahulunya dikenali sebagai vortex consolidated berhad ( HMSB) (milik kumpulan Mafia Korporat). Maklumat projek Kepayang Heights seperti berikut;
Seperti di LPD (setakat tarikh akhir pembelian), HMCB ialah pemilik berdaftar dan benefisial bagi keseluruhan modal saham terbitan dan berbayar KHSB. HMCB atau Vendor telah bersetuju untuk menjual dan Pembeli telah bersetuju untuk membeli Saham Jualan, bersama-sama dengan mana-mana aset (termasuk tetapi terhad bersih kepada Tanah Pembangunan (seperti yang ditakrifkan di bawah ini)) dan liabiliti dalam KHSB atas terma dan tertakluk kepada syarat SSA (perjanjian).
KHSB ialah pemilik berdaftar bagi keseluruhan (sebidang) tanah pajakan yang dipegang di bawah Lot No. 27926, Hakmilik No. PN28079, Mukim Bentong, Daerah Bentong, Negeri Pahang seluas 7.97 hektar (kira-kira 857,884 pesta persegi / 19:69 ekar) (“Tanah Yang Dibangunkan”).
Caely di bawah Lembaga pengarahnya sekarang ( Mafia korporat dan pasukannya ) telah memeterai perjajian SSA dan dan SA di mana
- Perjanjian SSA – pemperolehan 100 ribu saham biasa dalam KHSB ( yang bersamaan dengan 3.4 % saham di dalam KHSB) bernilai RM 17 juta
- Perjanjian SA – untuk terbitan dan peruntukan 100 juta saham biasa di dalam KHSB untuk pertimbangan/ harga langganan bernilai RM 1.5 juta.
Dan ini bermaksud RM17 juta ini akan dibayar kepada HMCB, sebagai pertukaran untuk jumlah kecil 3.4% saham dalam KHSB, RM1.5 juta lagi akan dibayar kepada KHSB. Caely kemudiannya akan mempunyai 97.24% kepentingan dalam KHSB setelah selesai cadangan pemerolehan dan langganan. Ini juga menyaksikan sejumlah RM 18.5 Juta wang yang perlu dikeluarkan oleh CSB dan pertimbangan angka berkenaan adalah berdasarkan anggaran nilai pasaran projek pembangunan di Pahang itu.
Namun pada 8/11/2022 pula dilaporkan Lembaga Pengarah CSB diketuai Leong Seng Wui telah mengumumkan bahawa CSB telah memeterai 2 perjanjian tambahan berasingan untuk mengubah dan meminda terma-terma penting di dalam perjanjian SSA dan SA itu.
Dan didapati antara kesan ketara Perjanjian Tambahan ialah Caely kononnya mempunyai hak untuk menamatkan kedua-dua SSA dan SA.
Selepas penamatan sedemikian, Penjual / KHSB hendaklah memulangkan semua wang yang diterima oleh atau bagi pihak Penjual / KHSB kepada Pembeli / Syarikat / Caely tanpa faedah, tetapi hanya jika penamatan itu tidak dikaitkan dengan keingkaran oleh Pembeli / Syarikat / Caely.
Analisis The CorporatSecret melihat perjanjian ini amat negatif bagi syarikat CSB kerana terdapat risiko yang nyata di mana sekiranya penamatan itu disebabkan oleh diri sendiri, Caely tidak akan dapat mendapatkan semula wang tersebut.
GDV, GDC DAN GDP PROJEK KEPAYANG YANG MENGARUT
Berdasarkan cadangan projek itu, ianya dikatakan mempunyai nilai GDV 233.79 juta, GDC 200.52 Juta manakala GDPnya pula ialah 33.27 juta ataupun bersamaan 14.23 % daripada nilai projek.
Cadangan pembangunan yang dikemukakan ialah untuk membina 84 unit separa rumah berkembar, 7 unit banglo, rumah kelab dan 1 ladang organik persendirian.
Namun berdasarkan semakan yang dibuat oleh pihak tertentu, GDV yang dikatakan bagi pembangunan projek itu tidak mempunyai sebarang rasional.
Jika dikira secara logik dan katakanlah ( hipotesis) 91 unit berkenaan dijual pada harga RM 1 juta seunit dan ianya hanya boleh mendatangkan hasil jualan yang bernilai RM 91 juta sahaja. Jadi apakah harga rasional yang harus dijual oleh KHSB bagi mendapatkan keuntungan itu ?
Hasil semakan daripada urusniaga hartanah bersebelahan atau berhampiran dengan tanah berkenaan juga mendapati ianya terlalu jauh dan jauh lebih rendah dari harga RM 1 juta seunit.
Malah pembinaan rumah kelab juga bukanlah pencetus kepada sumber pendapatan, ianya akan menambah kos kepada syarikat. Serta tidak ada penjelasan mengenai perincian projek seperti harga-harga jualan setiap unit tersebut dan jelaslah bahawa pembangunan projek berkenaan hanyalah sandiwara.
Semakan lanjut juga mendapat liability / hutang KHSB yang tertunggak telahpun melebihi RM 8 juta ringgit walaupun nilai bukunya ( Net Value Book ) hanya berjumlah RM 2.34 juta.
Dan dengan nilai liabiliti yang ditanggung syarikat, terdapat risiko utama yang HMSB atau KHSB tidak akan dapat mematuhi perjanjian tambahan itu iaitu berkenaan pemulangan semua wang yang dibayar oleh pembeli / Caely sekiranya berlaku sebarang kelalaian dari pihak HMSB tau KHSB.
Menyentuh mengenai soal bayaran pula, tidak ada sebab yang kukuh mengapa sebahagian besar bayaran itu mesti dibayar terus kepada HMSB dan bukannya kepada KHSB.
Wang tersebut seharusnya boleh digunakan sebagai suntikan modal kepada KHSB dan ia juga boleh digunakan untuk menyelesaikan hutang-hutang KHSB. Ini kerana terdapat cadangan oleh CSB kumpulan Mafia Korporat untuk membayar sebahagian besar pembayaran berkenaan kepada HMSB dan bayaran minimum kepada KHSB.
Dan ini akan menyebabkan CSB mengalami bebanan hutang tambahan sebanyak RM 8 juta iaitu hutang tertunggak KHSB. Dan berdasarkan itu juga sebenarnya CSB kini membayar lebihan 26.5 juta untuk kepentingan KHSB dan adakah itu berbaloi ?
PERSOALAN YANG HARUS DIJAWAB
1. Mengapa Caely akan memperoleh KHSB pada harga yang begitu tinggi, RM18.50 juta walaupun Net Book Value (“NBV”) KHSB hanya RM2.34 juta?;
2. Mengapa Lembaga Pengarah Caely meletakkan risiko kewangannya – untuk kepentingan kecil dalam KHSB?
3. Jika Caely masuk terus ke dalam SA, RM18.5 juta akan dibayar kepada KHSB yang boleh digunakan untuk membayar liabilitinya. Mengapa ini tidak dilakukan?;
4. Kajian kebolehlaksanaan tidak mencukupi. Lebih-lebih lagi dengan GDP projek yang hanya mencapai 14.23%, keuntungan selepas ditolak pentadbiran dan kos lain adalah jelas tidak mencukupi; dan
5. Caely mempunyai beberapa projek pembangunan tertunggak yang boleh dibiayainya. Mengapakah Caely tidak menggunakan sumbernya untuk menyelesaikan perkara yang sama, dan sebaliknya mengalihkan perhatiannya ke arah KHSB dan/atau HMCB?
6. Aliran tunai Caely akan terjejas teruk dan ini akan menghalang operasi harian dengan ketara, sekiranya urus niaga tersebut dilaksanakan.
7. Mengapakah Caely mesti terlibat dalam pembangunan yang dicadangkan dengan syarikat yang terikat dengan Puan Chan Swee Ying, dan adakah terdapat sebab asas untuk perkara yang sama?
8. HMCB pada 1.11.2022 mengumumkan bahawa ia akan melupuskan pembangunan / KHSB tersebut kerana cadangan pembangunan itu tidak dapat dilaksanakan dengan memetik pasaran hartanah dan harga yang tidak memberangsangkan. Jadi mengapa Caely memutuskan untuk meneruskan pemerolehan ini jika projek tak bagus?
9. Bursa pada 3.11.2022 dan 7.11.2022 bertanyakan Caely mengenai transaksi ini. Walau bagaimanapun, jawapan Lembaga adalah hambar dan paling kurang. Tiada maklumat tambahan atau penjelasan diberikan.
Oleh itu apa penjelasan daripada Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Dato’ Seri Dr Awang Adek Hussin dan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Wahid Omar Pengerusi Bursa Malaysia mengenai salah laku kumpulan Mafia korporat Victor Chin Boon Long dan isterinya dalam Caely Holdings Berhad ini?
Apakah Pengerusi SC dan Bursa Malaysia terlibat bersubahat?
2 thoughts on “Mafia Korporat Victor Chin & Isteri rampas Caely Berhad: Pengerusi SC, Bursa Malaysia bersubahat?”