Nampaknya siasatan Skandal Silverlake Bank Rakyat RM571 juta dan salahguna kuasa RM11 juta Yayasan Bank Rakyat semakin cepat…
Awal ogos lalu The Corporote Secret (TCS) mendedahkan Skandal Silverlaku Bank Rakyat RM571 juta melibatkan Tan Sri Noh Omar bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Noh Omar dilaporkan memerah Bank Rakyat melalui salah guna kuasa tuntutan bayaran Silverlake pada kerja-kerja yang tidak dilakukan oleh Silverlake. Dalam ertikata lain Bank Rakyat adalah mesin ATM Noh Omar.
Selain Skandal Silverlake ialah skandal penyalahgunaan wang Yayasan Bank Rakyat RM11 juta dilaburkan oleh Datuk Nazir Akhtar Hussein Bekas Pengerusi Yayasan Bank Rakyat. Pelaburan itu jelas salah gunakuasa dan pecah Amanah kerana tanpa kelulusan Lembaga Pengarah Yayasan Bank Rakyat. Namun Bank Rakyat dan Yayasan Bank Rakyat menutup kisah itu.
BACA – Skandal rasuah Silverlake Bank Rakyat, Tan Sri Noh Omar & adik rembat RM500 juta?
Setakat ni SPRM belum mendedahkan status siasatan skandal Silverlake – Bank Rakyat RM571 dan pelaburan Yayasan Bank Rakyat.
Sejak artikel itu disiarkan terdapat beberapa sumber mengatakan Tan Sri Noh Omar panik dan menghubungi semua pemain sosial yang berkongsi artikel itu di laman sosial. Tidak dipastikan Noh Omar ada melaporkan kepada pihak polis tetapi setakat ini hanya mengugut pihak-pihak tertentu.
Bagaimanapun Nazir Hussin yang lama berdiam diri akhirnya membuat laporan polis 15 September lalu.
Menurut Nazir Hussin ‘kepada pemilik portal tu pada kumpulan itu, siaplah kamu. Aku sengaja kasi orang hep dan berseronok… Jangan ingat orang tak tau sapa pemilik portal nyamuk ini… kita tau je kita biarkan.”
Turut menyiarkan artikel itu ialah platform Telegram Edisi Siasat yang menambahkan lagi pembaca dan sebaran artikel itu. Apakah Nazir mahu menyaman Edisi Siasat?
Laporan Nazir Hussin itu sebenarnya menambah lagi sebaran isu dan rasa ambil tahu rakyat mengenai kaki sakau seperti Nazir Hussin ini. Lebih cepat sebaran lebih cepat desakan siasatan kepada Noh dan Nazir. Setakat ini tiada penjelasan dan penafian skandal Noh Omar dan Nazir Hussin di Bank Rakyat dan Yayasan Bank Rakyat.
Kita berharap SPRM menyiasat kes rasuah Tan Sri Noh Omar dan Nazir Hussin dalam kadar segera. CEO-CEO lama Bank Rakyat pastinya lebih tahu.