21 Januari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerbu pejabat Maju Holdings Sdn Bhd yang dimiliki oleh taikun Melayu terkenal era Tun Dr Mahathir, Tan Sri Abu Sahid Mohamed, atau lebih dikenali sebagai Tan Sri Abu Juling. Serbuan ini dipercayai berkait dengan siasatan terhadap projek Lebuhraya MEX II yang tergendala dan kerap menjadi punca isu banjir lumpur di Selangor
Siapa tidak kenal Tan Sri Abu Juling? Pengasas Maju Holdings terlibat dalam pelbagai bidang termasuk pembuatan, keluli hartanah, pembinaan, infrastruktur, perkhidmatan, dan minyak dan gas.
Beliau merupakan bekas Pengerusi eksekutif Ipmuda Bhd (Jentayu) ;Pengerusi dan Pengarah Kinsteel Bhd sejak 26 Februari 2007 ; Pengerusi Konsortium Lapangan Terjaya Sdn Bhd ; Pengarah Perwaja Holdings Bhd ; Bright Focus Berhad ; Maika Holdings Berhad ; Avalon Minerals Ltd ; Maju Expressway Sdn Bhd ; dan Perwaja Steel Sdn Bhd
Kesayangan Tun Dr Mahathir ini daripada Tabung Haji ‘bail out’ Maju Holdings tahun 1996 dan 1998 hinggalah memberikan Tan Sri Abu Juling pemegang konsesi Maju Expressway (MEX) Lebuh raya Kuala Lumpur – Putrajaya – KLIA. Paling diingati apabila beliau diberi kepercayaan bailout Perwaja Steel melalui kedudukannya sebagai Pengerusi Kinsteel Bhd menyenaraikan Perwaja Steel Sdn. Bhd. (Perwaja Steel) di Papan Utama Bursa Malaysia. Beliau kemudiannya menjual Perwaja Steel kepada Kumpulan Kin Kee semurah RM287 juta.
Dikaitkan sebagai kroni Tun Dr Mahathir banyak kelebihan diberikan ketika Dr Mahathir sebagai PM ke 4.
Namun tindakannya menjual Maju Expressway (MEX) pada tahun 2012 mencetuskan kemarahan Tun Dr Mahathir dan rakyat kerana dianggap sebagai sama teruknya dengan menjual permit untuk kereta import (AP).
Abu Sahid memiliki 96.8 % saham Maju Expressway Sdn Bhd mahu menjualnya kepada EP Manufacturing yang dikuasai oleh Hamidon Abdullah dengan harga RM1.7 bilion. Pembinaan MEX 1 bernilai RM1.3 bilion dibuat atas geran daripada kerajaan bernilai RM976 juta.
Kegilaan Abu Juling datang lagi sekitar tahun 2017 hingga tahun 2019 apabila beliau menawarkan kepada kerajaan untuk mengambil alih PLUS Malaysia dengan nilai RM34.9b – RM36 bilion bersekali dengan pampasannya RM2.7b. Bayangkan jika Maju Holdings dan Abu Juling mendapatnya beliau pasti dah menjual PLUS sebagaimana beliau menjual MEX I.
Tan Sri Abu Juling berhadapan pelbagai masalah dalam perniagaan. Cara berniaganya dapat duit duit kerajaan kemudian menjualnya untuk meraih untung Banyak syarikat senarai awam diketuainya dinyah senarai selain terlibat dalam pertelingkahan keluarga menyebabkan Jentayu Sustainables Berhad (IP Muda) dikuasai anak perempuan Datin Nurhaida binti Abu Sahid (Pemegang saham terbesar) dan menantunya Datuk Haji Beroz Nikmal Mirdin.
Rekod menunjukkan Maju Holdings yang banyak hutang kini rugi selepas cukai RM45.5 juta untuk tahun 2022.
PROJEK MEX 2
Selain Projek MEX I, Abu Juling juga mempunyai MEX II dibawah MEX II Sdn Bhd anak syarikat Maju Holdings Sdn Bhd juga mempunyai program sukuk murabahah berjumlah RM1.3 bilion dan skim bon junior bernilai RM150 juta. Pada tahun 2021 Abu Juling dan Maju Holdings mengumumkan menangguhkan pembayaran prinsipal dan keuntungan sukuk atau bon Islamiknya (MEX 2). Tergendalanya MEX 2 menunjukkan Maju Holdings berhadapan masalah kewangan yang teruk.
Pada tahun 2022 Maju Holdings mendapat pembiayaan RM 1,126,000,000.00 daripada TMF Trustees Malaysia Berhad yang hutang ini belum diselesaikan hingga kini.
Kini Tan Sri Abu Juling berhadapan masalah menyiapkan projek MEX 2
Projek MEX 2: Kegagalan Menepati Sasaran
Projek Lebuhraya MEX 2, sepanjang 18 kilometer yang menghubungkan Putrajaya ke FT26 Lebuhraya KLIA, dimulakan pada tahun 2016 dan dijangka siap pada akhir 2019. Namun, sehingga kini, pembinaan masih belum selesai dengan kemajuan projek hanya mencapai 89% berbanding jadual asal 100%, menurut laporan Mesyuarat Jawatankuasa Lebuhraya dan Infrastruktur Negeri Selangor pada 30 Mac 2023. Malah melihat kepada gambar dan video tahun 2024 projek MEX 2 sudah terbengkalai.
Projek ini dilaksanakan secara penswastaan dan dibiayai sepenuhnya oleh syarikat konsesi Maju Holdings Sdn Bhd sebagaimana Projek MEX 1 namun projek MEX 2 masih tidak dapat disiapkan. Walau bagaimanapun, kelewatan projek ini telah mencetuskan isu besar seperti banjir lumpur yang menjejaskan penduduk setempat.
Kesan Kelewatan
Kelewatan projek MEX II telah menimbulkan kebimbangan di kalangan penduduk dan pemimpin negeri. Isu banjir lumpur yang berlaku sering dikaitkan dengan pembinaan yang tergendala, menambah tekanan kepada pihak pemaju untuk mempercepatkan penyelesaian. Penduduk sekitar juga mendesak agar langkah segera diambil untuk menangani isu ini, memandangkan risiko kepada keselamatan dan alam sekitar.
Penilaian dan Siasatan SPRM
Serbuan SPRM ke atas pejabat Maju Holdings dijangka memberi tumpuan kepada aspek pengurusan dana dan ketelusan projek MEX II. Langkah ini penting untuk memastikan sama ada terdapat unsur-unsur penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan yang menyumbang kepada kelewatan projek ini.
Trend Abu Juling ialah dapat projek dan dana Kerajaan kemudiannya menjualnya untuk mengaut keuntungan.
Projek MEX 2 merupakan salah satu infrastruktur penting untuk meningkatkan aksesibiliti di kawasan Putrajaya dan KLIA. Namun, kelewatan pembinaannya serta implikasi seperti banjir lumpur telah menimbulkan persoalan terhadap keberkesanan pengurusan projek ini. Siasatan SPRM diharap dapat merungkai punca sebenar kelewatan dan mengembalikan keyakinan terhadap integriti pengurusan projek infrastruktur negara.
Ada baiknya SPRM menyiasat juga penjual MEX 1 kepada EP Manufacturing Bhd pada tahun 2012 itu yang menyebabkan beliau untung lebih RM600 juta dan mungkin mencecah RM1 bilion sebagaimana dimainkan oleh Pakatan Harapan sebelum ini.