April lalu Syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd dan pengarahnya Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh didakwa di dua Mahkamah Sesyen berasingan pada Rabu atas dua pertuduhan termasuk menawar rasuah RM7.5 juta, kepada Datuk Tan Ser Lay, bagi faedah Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu, Tan Sri Annuar Musa, berhubung konsesi Menara Kuala Lumpur (Menara KL), tahun 2022.
BACA – Isu Menara KL: Pengarah syarikat didakwa beri rasuah RM7.5 juta kepada Tan Sri Annuar Musa
Mengikut pertuduhan, Abdul Hamid Shaikh selaku pengarah syarikat berkenaan, didakwa menawarkan RM500,000 setahun selama tempoh 15 tahun kepada Tan Ser Lay dan Annuar Musa. Semuanya dilakukan sebagai dorongan untuk Annuar Musa Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia mempercepatkan proses pengambil alihan pengurusan dan pentadbiran konsesi Menara Kuala Lumpur oleh Hydroshoppe.
Kes itu telah berjaya menuduh Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh namun masih menyelamatkan Tan Sri Annuar Musa di luar sana.
Mampukah Tan Ser Lay kroni Annuar Musa bertahan melindungi Annuar Musa? atau dia juga akan seperti orang lain menjadi saksi dan mengenakan bekas bos mereka?. Sama-sama tunggu.
Mengapa SPRM masih gagal mengheret Annuar Musa sedangkan bukti dia meluluskan penjualan syarikat Menara KL dari TM Berhad kepada Hydroshoppe jelas di depan mata tanpa kelulusan KKMM ketika itu.
Annuar Musa – Cengal Jati Sdn Bhd Projek Rundingan Terus Central Spine Road bagi Cadangan membina dan menyiapkan Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai Kelantan Pakej 2C dan 3A
Disember tahun 2020 Tan Sri Annuar Musa Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu bergelut menjawab surat sokongannya kepada kontraktor kroni Cengal Jati Sdn Bhd, Projek Rundingan Terus Central Spine Road bagi Cadangan membina dan menyiapkan Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai Kelantan Pakej 2C dan 3A.
Surat Annuar Musa bertarikh 22 Mei 2020 rujukan KWP.M.100-4/3/4/ Jld 2 ( ) tular di laman sosial sekalipun diberikan jawapan projek itu telah ditender secara terbuka pada 21 Julai 2020 sokongan kepada syarikat kroni tetap menjejaskan imej Annuar Musa.
Chengaljati Sdn Bhd syarikat proksi Annuar Musa
Di Kelantan siapa tidak tahu hubungan istimewa syarikat Chengaljati Sdn Bhd dengan Tan Sri Annuar Musa?
Akrabnya Annuar Musa dengan Chengaljati Sdn Bhd sehingga sanggup menggunakan kepala surat Kementerian Wilayah bagi projek di Ketereh Kelantan.
Tiada sokongan percuma Annuar Musa kepada kontraktor. Jika sokong Annuar Musa mesti mendapat sesuatu. Apatah lagi Annuar Musa bekas Menteri KPLB yang berpengalaman menyumbat KSUnya dalam penjara.
Ketika Annuar sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dan mengemudi skuad The Red Warriors, Syarikat Chengaljati Sdn Bhd adalah penaja utama The Red Warriors. Annuar Musa memang biasa terkenal kontoversi dengan penaja Persatuan Bola Sepak Kelantan misalnya ketika sebagai Pengerusi MARA agensi di bawah MARA seperti UniKL dan PMB diarah menaja pasukan Kelantan. TMJ dalam tahun 2017 mendedahkan salahgunakuasa itu.
Annuar digantung tugas, dipanggil SPRM cuma selamat dari pendakwaan kes ke mahhkamah. Sekali lagi dia terlepas secara teknikal..
Begitu juga hubungan syarikat Chengaljati Sdn Bhd dan Annuar Musa bagaikan isi dengan kuku!
Syarikat Chengaljati Sdn Bhd merupakan milik Dato’ Dr Ir Haji Shaari Haji Hassan bekas Ahli Parlimen Tanah Merah kawan baik Annuar Musa. Mungkin atas sebab itu sokongan Annuar Musa terhadap syarikat itu diberi.
Sebelum ini mula tahun 2015, Syarikat Chengaljati memang telah mendapat projek Pakej 2A yang melibatkan pembinaan jalan baharu 4 lorong 2 hala mengikut piawaian JKR R5, sebelas (11) buah jambatan, satu (1) persimpangan searas di Ketereh dan tiga (3) Vehicular Box Culvert (VBC) dengan kos RM136.6 juta dan siap pada 23 Julai 2019.
Projek ini dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya Pakatan Harapan ketika itu YB Tuan Baru Bian dihadiri oleh YB Radzi Jidin ketika itu Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
Pakej 2A (Kadok ke Ketereh) ini merupakan sambungan Pakej 1B: Pasir Hor ke Kadok sepanjang 7km yang telah siap pada Julai 2018. Projek Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai, Kelantan dengan panjang – keseluruhan 61.4 km telah dimulakan secara berperingkat dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10).
Dan kini Pakej 2C & 3A: Kok Lanas ke Bukit Tiu (19.1km) yang telah diluluskan untuk pelaksanaan dalam Rolling Plan 4 Tahun 2019 telah ditender 27 Julai 2020.
Niat dan lobi Chengaljati Sdn Bhd bersama Tan Sri Annuar Musa ialah meminta sambungan projek Pakej 2C & 3A secara Rundingan Terus, tidak perlu ditender lagi kerana mereka sebelum ini telah menyiapkan pakej lain.
Ketika Covid melanda banyak projek dilaksanakan di bawah pakej Janawibawa. SPRM menahan ramai pemimpin Bersatu menerima rasuah projek ini malah didakwa di mahkamah. Projek Central Spine Road adalah antara yang tersenarai dalam Projek Janawibawa.
Annuar Musa dapat projek Rundingan Terus lain?
Terdapat desas-desus Annuar Musa telah mendapat projek Rundingan Terus lain. Oleh itu minit yang ditandatangani PM hanyalah ‘wayang’ semata.
Antara projek yang disebut kepada kroni proksi Annuar Musa ialah projek Pembentungan di Parlimen Batu RM150 juta.
Turut dikaitkan oleh projek CCTV DBKL menelan kos kira-kira RM400 juta. Dikatakan Tan Sri Muhyiddin telah meluluskan Projek Rundingan Terus untuk Tan Sri Annuar Musa.
Apa nak hairan. Semuanya boleh untuk Tan Sri Annuar Musa. Annuar Musa kan ‘Jurucakap’ Bersatu dan Tan Sri Muhyiddin Yasin PM ketika itu. Kini Annuar Musa menyertai PAS untuk kukuhkan kedudukan dalam Perikatan Nasional. Itulah Annuar Musa.
Lagipun Tan Sri Annuar Musa gemar untuk ‘makan sendiri’ berbanding berkongsi dengan orang lain. Itulah Annuar Musa. Semua projek Annuar Musa diurus oleh anaknya.
Mengapa SPRM tak mampu menuduh atau memanggil Annuar Musa sekarang?
Tan Sri Azam Baki mempunyai banyak fail mengenai Annuar Musa melainkan Annuar Musa kaki ‘kawtim’ dengan SPRM sekarang. Salah atau tidak belakang cerita dakwa dulu biar Annuar Musa jawab di mahkamah. Jadi kluster mahkamah baru faham bagaimana nikmat turun naik mahkamah.