Mafia korporat pakar manipulasi saham Leong Seng Wui melalui syarikatnya Target 1 Sdn Bhd yang hanya modal berbayar RM1 baru didaftarkan pada 23 April 2024 berpejabat A-03-03, Conezion Commercial Putrajaya menjadi pemegang saham terbesar apabila memperoleh 32.58 juta saham atau 15.52%. Siapa orang dalam membantunya membeli saham sebesar itu? Kerjasama mafia korporat kali ini bakal direalisasikan selepas usaha Datuk Au Yee Boon Techbase Industries Bhd sebelum ini gagal melawan Asian Pac Holdings Bhd dan South Malaysia Industries Bhd.
Aduan dibuat tetapi apa tindakan Suruhanjaya Sekuriti?
Mafia korporat Francis Leong Seng Wui orang kanan kesayangan Datuk Victor Chin Boon Long nampaknya kembali dalam posisi merampas satu lagi syarikat awam. Jika sebelum ini Greenpacket, Classita Holding, Revenue Group dan Hongseng Consolidated kini beliau memburu South Malaysia Industries Berhad (SMI).
Pengasas dan lembaga pengarah South Malaysia Industries Berhad nampaknya tersentap dengan pengambilalihan secara terancang ini. South Malaysia Industries Berhad (SMI) 5 julai lalu memohon perintah mahkamah untuk memaksa broker saham tempatan, Kenanga Investment Bank Bhd, memberikan butiran pemegang saham yang menjual saham mereka sehingga Francis Leong Seng Wui menjadi pemegang saham utama dengan pegangan 30.67%.
Leong Seng Wui, pengarah eksekutif syarikat ah long terbesar Hong Seng Consolidated Bhd muncul sebagai pemegang saham utama syarikat setelah memperoleh 32.58 juta saham atau 15.52% pegangan melalui syarikatnya, Target 1 Sdn Bhd, pada 4 Jun. Target 1 Sdn Bhd yang baru didaftarkan pada 23 April 2024 berpejabat A-03-03, Conezion Commercial Putrajaya.
Sehari kemudian, beliau meningkatkan pegangan dalam syarikat melalui Target 1 dengan memperoleh 2.5 juta saham melalui pasaran terbuka dan 29.3 juta saham melalui perjanjian perniagaan langsung, menjadikan keseluruhan pegangan saham dalam SMI kepada 64.38 juta saham, bersamaan dengan pegangan 30.67%.
Inilah cara Mafia Korporat anak didik Datuk Victor Chin Boon Long sama ada menggunakan orang dalam menjual sahamnya atau menggunakan penguatkuasa seperti Bahagian D SPRM untuk menekan pengurusan syarikat.
SMI lambat bertindak
Dalam pengumuman di bursa pada hari Jumaat (6 Jun), SMI menyatakan bahawa ia telah memfailkan permohonan kepada mahkamah agar Kenanga Investment Bank Bhd, yang bertindak sebagai broker saham untuk transaksi tersebut, memberikan identiti penjual dan dokumen berkaitan transaksi yang berlaku pada 4 dan 5 Jun.
Harga transaksi tidak didedahkan, tetapi kaunter yang ditutup pada 44 sen pada 4 Jun, menyaksikan harga sahamnya melonjak 17 sen, atau 38%, untuk ditutup pada 61 sen pada 5 Jun.
Selain memaksa Kenanga untuk mendedahkan identiti penjual saham, SMI juga memohon agar Kenanga menyerahkan identiti penjual kepada SMI atau peguamnya dalam tempoh tujuh hari dari perintah mahkamah.
SMI menyatakan bahawa permohonan ini berasaskan kepada kemungkinan pelanggaran Seksyen 176 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, yang berkaitan dengan manipulasi pasaran sekuriti.
Syarikat tersebut berkata maklumat ini penting untuk melengkapkan aduan yang sedang berlangsung kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC), yang masih belum diselesaikan. Identiti penjual dan dokumen berkaitan akan berfungsi sebagai bukti baru dalam prosiding mahkamah yang sedang berjalan.
Pembelinya Leong Seng Wui jelas di depan namun siapakan yang bersekongkol dalam syarikat menjual saham-sahamnya?
SC bawah Faiz masih dikuasai Victor Chin dan isterinya Chan Swee Ying?
Apakah SC akan bertindak? SC bawah Datuk Awang Adek mereka semua dibayar rasuah oleh Victor Chin, Madam Chan Swee Ying dan Chong Loong Men peguam mafia korporat. Apakah Faiz Pengerusi SC budak Tun Daim ini akan tunduk? Sebelum ini, SMI telah memfailkan aduan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mendakwa bahawa pihak yang berkaitan dengan Honsin Apparel Sdn Bhd dan HiQ Media (M) Sdn Bhd telah memperoleh lebih daripada 33% dalam syarikat dan tidak melakukan pengambilalihan mandatori.
SC menyatakan bahawa aduan tersebut tidak dapat disahkan, menyebabkan SMI memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan tersebut.
Pada masa ini, pemegang saham kedua terbesar SMI adalah Honsin yang mempunyai pegangan 16.86% dalam syarikat.
MAFIA KORPORAT LEONG SENG WUI BERSEKONGKOL DENGAN TECHBASE INDUSTRIES BERHAD MERAMPAS SOUTH MALAYSIA INDUSTRIES BERHAD (SMI)?
Siapa Honsin Apparel Sdn Bhd dan HiQ Media (M) Sdn Bhd? Kedua-dua syarikat ini dimiliki oleh Datuk Au Yee Boon CEO/Pengasas Techbase Solution Sdn Bhd yang sekarang Pengarah Eksekutif Techbase Industries Berhad (Dulu Prolexus Berhad). Beliau juga Pengarah Eksekutif untuk syarikat YB Ventures Berhad.
Jika dilihat pemegang saham South Malaysia Industries Berhad, Datuk Au Yee Boon, Techbase Industries Berhad, YB Ventures Berhad, Yi-Lai Industry Berhad dan sekutunya antara pemegang saham sedia ada dalam SMI.
Honsin Apparel sebelum ini memegang 7.5% dalam SMI, melalui Techbase Industries Bhd yang seterusnya 17.72% dikawal oleh YB Ventures Bhd melalui Yi-Lai Industry Bhd dan Yi-Lai Marketing Sdn Bhd. Techbase Industries juga memiliki 51.91% kepentingan dalam HIQ Media, dan HIQ Media memegang 2.53% kepentingan dalam SMI. Secara kolektif, Honsin Apparel dan HIQ Media memiliki 10.01% kepentingan dalam SMI.
Namun pembelian pada 2 dan 5 Julai lalu oleh Honsin Apparel dan HIQ Media menjadikan pegangan saham mereka 19.38 peratus.
Ia menunjukan satu usaha berterusan Datuk Au Yee Boon yang gagal memecat lembaga pengarah SMI dan merampas SMI dalam EGM
Honsin telah berusaha untuk memecat lembaga pengarah SMI melalui mesyuarat agung luar biasa (EGM) tahun lepas, yang tidak menjadi kenyataan kerana kedua-dua pihak kemudiannya terlibat dalam beberapa siri `pertempuran’ undang-undang.
SIAPA PEMILIK SOUTH MALAYSIA INDUSTRIES BERHAD?
South Malaysia Industries Berhad (SMI) adalah sebuah syarikat yang terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan, termasuk pemaju hartanah, pelaburan, perdagangan, penyediaan perkhidmatan pengurusan operasi tempat letak kereta dan industri pembuatan.
Pemegang terbesar SMI sebelum ini ialah Asian Pac Holdings Berhad melalui anak syarikatnya BH Builders Sdn Bhd iaitu 2.25% kepentingan langsung dan 9.3% tidak langsung. Mah Sau Cheong, yang merupakan pemegang saham tunggal terbesar Asian Pac Holdings Berhad dengan 32% kepentingan, juga memiliki 7.65% kepentingan langsung dalam SMI.
Mah Sau Cheong juga merupakan Pengarah BH Builders Sdn Bhd bersama Tan Sri Dato’ Seri Megat Najmuddin Datuk Seri Dr Haji Megat Khas, Yu Tat Loong dan Dato’ Mustapha Buang.
Tan Sri Dato’ Seri Megat Najmuddin dilantik Pengerusi Asian Pac Holdings Berhad dan Dato’ Dr Abdullah bin Sepian sebagai Pengerusi kepada South Malaysia Industries Berhad.
BH BUILDERS SDN BHD ANAK SYARIKAT ASIAN PAC HOLDINGS BERHAD
PEMEGANG SAHAM SMI
POLEMIK DALAM SOUTH MALAYSIA INDUSTRIES BERHAD
Pada 2 Mei 2024 pertempuran dua kumpulan antara kumpulan Datuk Au Yee Boon dan Mah Sau Cheong atau antara TECHBASE INDUSTRIES BERHAD dengan SOUTH MALAYSIA INDUSTRIES BERHAD /ASIAN PAC HOLDINGS BERHAD dalam AGM
Datuk Au Yee Boon dan Honsin telah berusaha untuk memecat lembaga pengarah SMI melalui mesyuarat agung luar biasa (AGM) namun hanya berjaya menyingkirkan Leow Thang Fong sebagai Pengarah Eksekutif. Leow, 74, yang mempunyai latar belakang dalam pengauditan dan telah berkhidmat sebagai pengarah eksekutif di SMI selama hampir 30 tahun sejak September 1994, juga mempunyai kepentingan 1.15% dalam SMI.
Bagaimanapun South Malaysia Industries Bhd (SMI) telah melantik Leow Thang Fong sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baru, berkuat kuasa 1 Mei, dua bulan selepas sekumpulan pemegang saham menolak pemilihannya semula sebagai pengarah eksekutif dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) syarikat.
Semasa AGM, 93 pemegang saham dengan 56.75 juta saham (atau 48.78% daripada saham yang mengundi) menyokong pemilihan semula Leow sebagai pengarah. Namun, enam pemegang saham diketuai Datuk Au Yee Boon dan Honsin yang memegang 59.59 juta saham (51.2% daripada saham yang mengundi) mengundi menentang usul tersebut.
Daripada 7 usul hanya Dua resolusi yang diluluskan oleh pemegang saham iaitu melantik semula juruaudit luar SMI, Messrs UHY, serta melantik semula pengerusi bukan eksekutif, Datuk Dr Abdullah Sepien.
Antara usul lain yang ditolak pada AGM ialah pembayaran yuran dan faedah pengarah bukan eksekutif, pemberian kuasa untuk menerbitkan saham baharu, serta penepian hak pendahuluan dalam kalangan pemegang saham sedia ada ke atas saham dan sekuriti baharu.
Turut ditolak ialah usul yang difailkan oleh pemegang saham, Honsin Apparel Sdn Bhd, untuk menangguhkan AGM sehingga pelupusan saman yang difailkan oleh Honsin terhadap syarikat itu.
Pada Mac 2023, SMI telah mengadu kepada Suruhanjaya Sekuriti bahawa pengarah eksekutif YB Ventures dan Techbase Industries Datuk Au Yee Boon dan orang yang bertindak secara bersama (PAC) telah didakwa mengumpul lebih daripada 33% kepentingan (dalam SMI) tanpa membuat tawaran am mandatori. (MGO).
Pada Mac tahun ini, SMI memfailkan semakan kehakiman untuk memaksa SC membuat keputusan mengenai aduannya, yang mana pengawal selia berkata ia telah bertindak ke atasnya dan memaklumkannya kepada SMI baru-baru ini pada Januari.
Sebagai tindak balas, SMI mendedahkan bahawa SC, dalam suratnya kepada kumpulan itu pada Disember tahun lepas, berkata penemuannya “tidak sama dengan keputusan SC yang terbuka kepada permohonan semakan menurut Seksyen 364 CMSA (Pasaran Modal dan Akta Perkhidmatan 2007)”.
SMI yang menjadi rebutan Datuk Au Yee Boon dan Techbase Industries pada akhir disember tahun lalu mempunyai wang tunai dan baki bank sebanyak RM9.76 juta, dengan pinjaman jangka pendek dan panjang masing-masing RM8.9 juta dan RM6.48 juta. Ia mempunyai jumlah aset bernilai RM154.61 juta, 59% atau RM90.58 juta adalah hartanah pelaburan.
Kumpulan itu juga memiliki Menara SMI, sebuah menara pejabat 15 tingkat yang terletak di sepanjang Lorong P Ramlee di sini. Ia juga memiliki dan mengendalikan 2,230 ruang letak kereta di Dataran Kelana dan 1,227 ruang letak kereta di taman Korporat Zenith di Kelana Jaya.
Oleh itu kemasukan penglibatan mafia korporat Francis Leong Seng Wui dengan syarikat Target 1 Sdn Bhd yang baru didaftarkan pada 23 April 2024 lalu menguasai lebih 30 peratus saham SMI pasti akan sesuatu dilakukan oleh mafia korporat.