SPNB memfailkan satu lagi saman yang mendakwa penipuan terhadap bekas CEO, termasuk pemaju yang dikaitkan dengan anak Daim
SPNB Aspirasi Sdn Bhd, anak Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) memfailkan satu lagi saman mendakwa penipuan terhadap bekas CEO dan pengarah eksekutif SPNB Datuk Ahmad Azizi Ali melibatkan projek perumahan Pangsapuri di Hulu Langat, Selangor.
Turut dinamakan sebagai defendan dalam saman itu ialah lima yang lain termasuk Wiradani Development Sdn Bhd pemaju hartanah yang dikaitkan dengan anak bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin.
SPNB Aspirasi mendakwa bekas CEO Azizi bersama Wiradani Development dan tiga pengarahnya, serta Akitek Akiprima Sdn Bhd telah berkomplot antara 2014 dan 2019 untuk menipu syarikat itu berhubung projek Hulu Langat yang menyebabkan SPNB Aspirasi memeterai perjanjian tambahan berat sebelah yang memihak kepada pemaju.
Tiga pengarah Wiradani yang dinamakan dalam saman itu difailkan oleh firma guaman Rajesh, Chew & Ho di Mahkamah Tinggi Shah Alam ialah Dato’ Sri Ung Eng Huat (Sunny), Datuk Cheah Kah Lip, Datuk Leong Yeng Kit. Cheah juga merupakan pengarah di Akitek Akiprima yang dilantik oleh Wiradani untuk menjadi arkitek projek itu.
Datuk Leong Yeng Kit pula merupakan Managing Director of WiraDani Development Sdn. Bhd selain seorang peguam di firma Leong Yeng Kit & Co. Beliau juga merupakan bekas Pengarah Bebas bukan eksekutif Meridien Berhad.
Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan bahawa Wiradani adalah 66% dimiliki oleh Ferntreegully Sdn Bhd, manakala Dato Sri Ung Eng Huat @ Dato’ Sunny memiliki 29%; baki 5% dipegang oleh anak Daim, Datuk Md Wira Dani Abdul Daim.
Dilaporkan awal minggu ini bahawa SPNB Aspirasi telah memfailkan saman RM141 juta menuduh Azizi, pemaju hartanah Tunas Tunas Manja Development & Construction Sdn Bhd dan 10 yang lain bersubahat untuk menipu SPNB berhubung projek rumah mampu milik di Kuantan, Pahang menggunakan modus operandi yang serupa.
Dalam saman kedua yang difailkan pada 21 September SPNB Aspirasi mendakwa Azizi, bersama Allahyarham pengerusi SPNB Datuk Ahri Hashim telah bertindak bersama pengarah Wiradani untuk menipu SPNB itu membayar RM28 juta kepada Wiradani untuk tanah seluas 1.26 ekar di mana Service Apartment itu akan dibangunkan.
SPNB Aspirasi menuntut ganti rugi tidak kurang daripada RM134 juta daripada saman ini. RM106 juta untuk kehilangan peluang komersial dan RM28 juta sebagai pampasan untuk kos tanah yang dibayar kepada Wiradani antara relif lain.
Menurut SPNB Aspirasi ia telah menandatangani perjanjian pembangunan dengan Wiradani pada Oktober 2014 untuk membangunkan projek Service Apartment terdiri daripada 256 unit pangsapuri dan 20 unit runcit di atas sebidang tanah seluas 1.26 ekar milik pemaju hartanah itu.
SPNB Aspirasi mendakwa Wiradani kemudiannya melantik pelbagai kontraktor tanpa kelulusan yang diperlukan, termasuk Akitek Akiprima. Azizi dan bekas pengerusi Allahyarham Datuk Ahri mengetahui pelantikan tanpa kebenaran itu tetapi gagal melaksanakan tugas mereka sebagai pengarah syarikat dan gagal mempertahankan kepentingan SPNB Aspirasi tambahnya.
Perjanjian berat sebelah
Kemudian pada Disember 2017, perjanjian pembangunan tambahan yang berat sebelah telah ditandatangani antara SPNB Aspirasi (diwakili oleh Ahri dan Azizi) dan Wiradani (diwakili oleh Ung Eng Huat dan Cheah) yang memihak kepada Wiradani dan menjejaskan kepentingan SPNB Aspirasi. Ahri dan Azizi dilaporkan tidak mendapat kelulusan kelulusan lembaga pengarah syarikat sebelum membuat perjanjian.
Khususnya, klausa dalam perjanjian tambahan membolehkan Wiradani berhak untuk menamatkan perjanjian pembangunan 2014 sekiranya berlaku keingkaran oleh SPNB Aspirasi, dan menuntut ganti rugi bersamaan dengan keseluruhan kehilangan keuntungan daripada projek itu katanya.
Wiradani kemudiannya mengeluarkan tuntutan palsu yang diperakui oleh Akitek Akiprima pada Julai 2019 sebanyak RM2.57 juta dakwa SPNB Aspirasi yang membawa kepada kejadian ingkar tercetus.
Timbangtara seterusnya dimulakan untuk menyelesaikan pertikaian itu menyebabkan SPNB diarah membayar Wiradani RM31.51 juta termasuk RM28.22 juta untuk kehilangan keuntungan.
SPNB Aspirasi menegaskan bahawa perjanjian itu adalah “batal dan tidak sah ab initio (dari awal) dan harus diketepikan kerana ia adalah instrumen penipuan yang digunakan oleh defendan untuk menipu SPNB Aspirasi”.
Ia juga mendakwa tindakan Ahri dan Azizi yang didakwa menunjukkan dua pengarah itu telah melanggar fidusiari dan kewajipan berkanun mereka kepada syarikat, dan bahawa kedua-dua mereka, melalui perjanjian tambahan secara tidak jujur membantu Wiradani dalam mengekalkan kos tanah RM28 juta dan mengemukakan tuntutan berlebihan menyebabkan kerugian apabila perjanjian ditamatkan.
Seperti saman SPNB sebelum ini SPNB Aspirasi berkata konspirasi dan penipuan itu terbongkar berikutan siasatan forensik dalaman yang dijalankan syarikat itu atas arahan pengerusi SPNB Datuk Husam Musa yang dilantik ke jawatan itu pada Mac tahun ini.
SPNB ialah sebuah syarikat pembangunan perumahan nasional yang ditubuhkan pada 1997 dan ditugaskan untuk membangunkan rumah mampu milik yang berkualiti untuk rakyat Malaysia.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia digesa menyiasat kes ini kerana terbukti wujud salahgunakuasa dan rasuah di SPNB ketika Datuk Ahmad Azizi Ali sebagai CEOnya.
Tindakan SPNB Aspirasi menyaman 5 individu yang bersekongkol merompak wang rakyat di SPNB adalah tepat sekali. Ini kerana mereka tetap hidup kaya raya di luar sana.
Siapa Dato’ Sri Ung Eng Huat @ Dato’ Sunny yang disaman?
Dato’ Sri Ung Eng Huat atau dipanggil Dato’ Sunny memang seorang yang kaya-raya. Pernah dikaitkan sebagai ‘proksi’ Nazri Aziz.
Tahun 2011 beliau merupakan Pengarah Eksekutif kepada Envair Holdings Bhd (Kini Straits Energy Resources Berhad) mempunyai 6.7 juta saham atau 5.65% kepentingan sebelum menjualnya.
Dato’ Sri Ung Eng Huat juga Pengerusi Eksekutif Petrol One (Tg Agas) Sdn Bhd menguasai 70% dan 30% lagi Mohamed Nedim Mohamed Nazri, anak Menteri di jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz ketika itu. Seorang lagi pengarah ialah Annuar Musa. Petrol One (Tg Agas) telah didaftarkan pada Mei 2011, dan mempunyai tunjang utama dalam aktiviti perkapalan O&G, termasuk pembrokeran kapal, penyewaan dan bunkering.
Tahun 2012 Datuk Md Wira Dani Abdul Daim, anak kepada bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin telah menjual 3.2 juta sahamnya atau 6.3% kepentingan dalam Petrol One Resources Bhd. Blok 3.2 juta saham ini diambil alih oleh Charisma Positief Sdn Bhd milik Dato’ Sri Ung Eng Huat. Hubungan Dani anak Daim dengan Dato’ Sri Ung Eng Huat bukan baru mereka memang kawan lama dalam dunia ‘scammer’ korporat Malaysia.
Tahun 2016 kecoh mengenai Dato’ Sri memiliki kenderaan mewah Lamborghini dan Rolls Royce bernilai RM3.4 juta kerana lari daripa da cukai kastam. Dato’ itu tidak bukan ialah Dato’ Sri Ung Eng Huat berasal dari Kelantan.
Kekayaan dan gaya glamour Md Wira Dani Abdul Daim
Sementara itu siapa tidak kenal Tun Daim Zainuddin?. Namun anaknya Wira Dani Abdul Daim tidaklah sepopular bapanya itu. Namun kemunculannya seawal tahun 2011 sebagai pemegang saham Sanichi Berhad, kemudiannya tahun 2012 Petrol One Resources Bhd.
Gaya hidup mewah dan glamour bersama isterinya Datin Wira Sabrena juga menjadi sering mendapat perhatian media.
Namun tahun 2016 nama beliau lebih ke depan selepas menjadi pemegang saham terbesar dalam Reliance Pacific Bhd menguasai 30.96% kepentingan dengan 265.8 juta saham selepas ketua pegawai eksekutif Reliance Pacific Datin Irene Tan menjual saham kepadanya.
Paling kontroversi tahun yang sama Md Wira Dani Abdul Daim imej korporatnya tercemar selepas diisytiharkan muflis berhubung hutangnya sekitar $1.65 juta (RM4.9 juta) dengan Maybank Kim Eng Securities. Bekas pengarah bebas dan bukan eksekutif LionGold Corp dan Pengerusi Eksekutif ISR Capital bergelut dengan perintah muflis oleh Mahkamah Tinggi berhubung tuntutan hutang sebanyak $2.459 juta (RM7.3 juta) ketika membeli saham LionGold.
Saham LionGold serta Blumont Group dan Asiasons Capital menjunam pada Oktober 2013 hingga mengurangkan sekitar $6.9 juta (RM20.55 juta) daripada nilai pasaran menyebabkan kerugian kepada anak bekas Menteri Kewangan itu.
Menurut Maybank pihaknya menerima hanya kira-kira $835,950 (RM2.4 juta) iaitu kekurangan sebanyak $1,650,642 (RM4.9 juta) hingga mencetuskan tindakan muflis.
Untuk rekod Asiasons Capital Ltd, Blumont Group Ltd dan LionGold Corp Ltd adalah tujuh syarikat yang disiasat pihak berkuasa Singapura kerana skandal Penny Stock Singapura. Ia mengaitkan tentang penglibatan beberapa individu Malaysia dalam rangkaian pegangan saham dan jawatan pengarah memanipulasi saham menyebabkan kenaikan dan penurunan mendadak Bursa Saham Singapura.
BACA LAGI di The Corporate Secret
www.thecorporate-secrets.com
www.thecorporatesecret.com
www.thecorporatesecrets.com