Susulan pendedahan TheCorporateSecret (TSC) mengenai Tan Sri Dato Sri Hj Esa Bin Mohamed kroni Tan Sri Muhyiddin Yassin di belakang Projek Desaru yang menerima berbilion duit Khazanah akhirnya menemukan Syarikat Sungai Cerah Sdn Bhd merupakan pemilik sebenar projek Desaru.
Syarikat-syarikat Desaru Development Holdings One Sdn Bhd, Pusat Konvensyen Desaru, One & Only Desaru Coast, The Westin dan Hard Rock Hotel Desaru adalah dimiliki oleh Sungai Cerah Sdn Bhd secara kolektif
Tan Sri Dato Sri Hj Esa Bin Mohamed jelas memegang Lapan puluh lima peratus (85%) saham dalam Sungai Cerah Sdn Bhd. 14% lagi milik Dato’ Choo Keng Weng dan 1 % lagi milik Norlina anak Tan Sri Esa.
SIAPA DI BELAKANG SYARIKAT SUNGAI CERAH SDN BHD?
Rajah di bawah menunjukkan Tan Sri Dato Sri Hj Esa Bin Mohamed dan Syarikat Sungai Cerah Sdn Bhd merupakan penama di belakang Projek Desaru. Namun jika kita melihat keseluruhan rajah itu Dato’ Choo Keng Wenglah taikun pemilik projek Desaru melalui Bagan Cerah Holdings Sdn Bhd dan dan Bagan Cerah Sdn Bhd.
Siapa taikun Dato’ Choo Keng Weng ini?
Tak ramai yang kenal Taikun Cina Dato’ Choo Keng Weng kerana beliau bukanlah seorang yang suka publisiti media.
Bekas Pengerusi JAVA Berhad ini merupakan pemegang saham terbesar dalam Sin Hen Chan (Malaya) Berhad bersama Tan Sri Dato’Sri Hj Esa dan anaknya Choo Kin Choong.
Oleh itu jika gesaan dibuat kepada SPRM menyiasat Tan Sri Dato Sri Hj Esa Bin Mohamed kroni Tan Sri Muhyiddin Projek Desaru, taikun Dato’ Choo Keng Weng pasti akan terheret sama.
Bagaimana mereka merembat dana Khazanah berbilion ringgit melalui Tan Sri Dato Azman Mokhtar (‘Azman), Ganen Sarvananthan (‘Ganen’) dan Stephanie Saw Ai Lin (‘Stephanie’) memastikan dana (wang pembayar cukai) dari Khazanah untuk Desaru Development Corporation Sdn Bhd (DDC) pasti membongkar siapa yang terlibat.