Pelantikan Mohammed Rashdan Mohd Yusof Ahli Lembaga Pengarah GAMUDA sebagai pengerusi baru Suruhanjaya Tenaga nampaknya mencetuskan kebimbangan banyak pihak.
17 Februari lalu Suruhanjaya Tenaga (ST) mengumumkan pelantikan Mohammed Rashdan Mohd Yusof sebagai pengerusinya yang baharu menggantikan Datuk Azian Osman yang tamat perkhidmatannya bulan februari.
Pelbagai pihak menggesa menggesa Perdana Menteri menarik balik pelantikan itu kerana Rashdan menjadi timbalan pengarah kumpulan pengurusan Gamuda merupakan pemain utama dalam sektor tenaga boleh diperbaharui.
Pelantikan Rashdan mencetuskan kes konflik kepentingan yang jelas.
“Bagaimanakah syarikat dalam sektor tenaga boleh diperbaharui, sebagai contoh, boleh yakin dengan persaingan yang sama apabila pengerusi Suruhanjaya Tenaga adalah eksekutif kanan sebuah syarikat yang bertujuan untuk menceburi sektor ini secara besar-besaran?
“Ini boleh menjejaskan keyakinan pelabur, terutamanya mereka yang berminat untuk melabur dalam sektor tenaga boleh diperbaharui.
Media sebelum ini mengumumkan TNB mengadakan Kerjasama dengan GAMUDa bagi projek sector tenaga diperbaharui.
Sehubungan itu atas desakan para pemain industri Anwar dilaporkan memberitahu pemberita bahawa dia akan meneliti pelantikan itu, dengan mengatakan bahawa “tidak sepatutnya ada sebarang konflik kepentingan”.
Gamuda syarikat dimiliki taikun YBhg Dato’ Lin Yun Ling Pengarah Urusan Kumpulannya bukan kali pertama mencetuskan isu konflik kepentingan kerana pada tahun 2016 ketika Azmin Ali menjadi MB Selangor menukar status tanah Lot 68054 Paya Indah Wetlands daripada pertanian kepada bangunan kediaman kerana kawasan tersebut terletak di dalam Paya Indah Wetland yang tidak boleh dibangunkan. Sebagai pertukaran Gamuda Berhad menjual 40% kepentingannya dalam Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash) kepada Kerajaan Negeri Selangor.
GAMUDA syarikat monopoli yang licik dalam perniagaan kejuruteraan, hartanah, prasarana dan tenaga di Malaysia. Antara projek terkenalnya ialah projek Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (Terowong SMART), Electrified Double Track Project (EDTP) dari Ipoh ke Padang Besar (RM12.485 bilion) dan MRT Sg Buloh Kajang,