Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sedang giat menjalankan siasatan berhubung dakwaan penjualan tanah bernilai RM29.3 juta kepada Persatuan Khairunnisa yang dipengerusikan oleh isteri Menteri Besar, Puan Seri Faizah binti Tuan Ab Rahman Tuan Abd Rahman telah didaftarkan di alamat Pejabat PAS Terengganu iaitu No. 33, Taman Seri Intan, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu di bawah harga pasaran.
Tanah strategik di kawasan bandar dan berkepentingan rakyat seluas 11,299 meter persegi di Batas Baru bernilai RM29.3 juta ‘dijual’ kepada NGO Khairunnisa hanya RM500 ribu sahaja
Keputusan yang tidak bertanggungjawab dan bersifat ‘conflict of interest’ itu dibuat oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar untuk faedah dan kepentingan isteri-isteri mereka sekalipun rekod Pendaftar Tanah Kuala Terengganu dan beberapa agensi berkaitan mencatatkan, tidak bersetuju tanah itu diserahkan kepada Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Bekas Isteri Wakil Rakyat PAS Terengganu atau singkatannya Khairunnisa.
Menurut sumber mendedahkan kepada media beberapa saksi telah dipanggil sejak beberapa minggu lalu bagi membantu siasatan itu melibatkan para pegawai kerajaan negeri, persatuan Khairunnisa dan pejabat MB Terengganu.