Protes rakyat, kejatuhan nilai ringgit, menaikkan OPR beberapa kali, inflasi dan ekonomi Malaysia sederhana akhirnya menamatkan khidmat Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus sebagai Gabenor Bank Negara.
Tan Sri Nor Shamsiah dilabel sebagai ‘budak’ Tan Sri Zeti dilantik Gabenor BNM oleh Lim Guan Eng ketika Menteri Kewangan ini tidak pernah ditukar sekali pun pertukaran kerajaan PM7, PM8 dan PM9.
Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) berkuat kuasa 1 Julai 2023.
BNM dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Abdul Rasheed itu adalah setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh lima tahun sehingga 30 Jun 2028.
Abdul Rasheed mula berkhidmat di BNM pada 1988 dan dilantik sebagai Timbalan Gabenor pada 2016.
Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Malaya serta MBA daripada Saïd Business School, Oxford University.
Sepanjang kerjayanya, Abdul Rasheed pernah memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan dan ahli Jawatankuasa Dasar Monetari serta Jawatankuasa Kestabilan Kewangan sejak 2015.
Beliau juga telah memainkan peranan penting dalam pembangunan dan pelaksanaan Pelan Induk Sektor Kewangan (2000-2010) dan Pelan Sektor Kewangan (2011-2020 dan 2022-2026).
Abdul Rasheed berkata, pelantikannya sebagai Gabenor adalah satu penghormatan dan akan meneruskan serta meningkatkan lagi usaha yang dilaksanakan Shamsiah.
“Di bawah kepimpinan beliau (Shamsiah), BNM terus memenuhi mandatnya untuk menggalakkan kestabilan monetari dan juga kewangan meskipun melalui banyak tempoh yang mencabar termasuk krisis pandemik.
“Beliau juga telah memulakan pelbagai inisiatif pemodenan organisasi untuk membentuk semula dan meletakkan BNM pada kedudukan yang lebih baik untuk memanfaatkan peluang dan menangani cabaran pada masa hadapan. Saya akan berusaha dan memberikan yang terbaik dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Gabenor,” katanya.
Sementara itu, Nor Shamsiah berkata, menerajui BNM selama lima tahun adalah satu penghormatan kepadanya.
“Saya berterima kasih kerana diberi peluang untuk memimpin BNM dan berkhidmat untuk negara, terutamanya semasa keadaan tidak menentu dan sangat penting kepada negara.
“Saya percaya Abdul Rasheed merupakan pilihan yang tepat untuk menerajui BNM sebagai Gabenor, setelah bertahun-tahun bekerjasama rapat dengan beliau. Saya yakin dengan keupayaan beliau untuk memimpin BNM bagi terus memenuhi mandatnya iaitu menggalakkan kestabilan monetari dan kestabilan kewangan yang kondusif bagi pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mampan,” katanya.
Bagaimanapun rakyat berharap Dato’ Seri Anwar Ibrahim PMX yang juga Menteri Kewangan merombak Lembaga Pengarah Bank Negara.
Antaranya membuang Datuk Kamarulazman Muhamad CEO Aerodye Group sebuah syarikat dron yang rugi dalam perniagaan. Amat janggal syarikat rugi menasihatkan kerajaan dalam Bank Negara Malaysia. Pelantikan Kamarulazman ialah melalui sokongan Dato’ Seri Mustapa Mohamed Menteri Ekonomi dalam Kerajaan PN sebelum ini.