Usaha berterusan Mafia Korporat diketuai Datuk Victor Chin Boon Long merampas syarikat senarai awam nampaknya tidak pernah berhenti.
Selepas merampas Green Packet, Classita (Caely) dan Revenue Group menggunakan modus operandi sama penggunaan penguatkuasa SPRM dan pejabat peguam negara kini usaha itu diteruskan kepada syarikat GIIB Holdings Bhd.
Bursa Malaysia pada 23 Mei lalu mengumumkan Dato’ Sri Andy Lim Kok Han muncul sebagai pemegang saham besar GIIB Holdings Bhd, selepas membeli 125.93 juta saham dalam syarikat pengeluar sarung tangan getah itu melalui perdagangan luar pasaran.
Sekalipun pengambilalihan harga transaksi tidak didedahkan namun di atas kertas Lim Kok Han membelanjakan RM11.96 juta berdasarkan harga saham 19 Mei pada 9.5 sen. Berikutan pengambilalihan itu, Lim kini memegang 21.297% kepentingan dalam GIIB.
Saham itu diperoleh daripada Yee Voon Hon Pengarah Eksekutif GIIB yang melupuskan sahamnya pada tarikh sama pembelian oleh Lim Kok Han.
Sebelum ini Lim Ko Han atau Dato’ Teleng individu yang dikaitkan rapat dengan pengurusan tertinggi SPRM pertama kali muncul sebagai pemegang saham terbesar Green Packet pada 25 Okt 2022, selepas dia melanggan 358.18 juta saham melalui sebuah penempatan persendirian sebelum melupuskannya pada 24 Februari 2023 dan memindahkan 18.09% sahamnya kepada syarikat miliknya Silver Peak Sdn Bhd. Mungkin kerana terdapat arahan pihak tertentu yang merasa kantoi maka diarah melepaskan saham individu namun menggunakan saham syarikat Silver Peak Sdn Bhd.
Lim Kok Han orang kuat TS Wong pengasas MyEG juga adalah pemegang saham dalam syarikat Ketua Mafia Korporat milik Victor Chin Boon Long dan isterinya Chan Swee Ying seperti CSH Alliance Berhad, Ingenieur Gudang Berhad dan MMAG Holdings Berhad.
Hubungan Lim Kok Han dengan SPRM ialah melalui syarikat Profilic Group Sdn Bhd miliknya yang menguasai Perfect Driving Academy Sdn Bhd, Akademi Memandu Uji Niaga Sdn Bhd dan Akademi Propandu Sdn Bhd.
Pengarah dan Pemegang saham Profilic Group Sdn Bhd ialah Dato’ Sri Lim Kok Han, Jessie Lim Me Xian (Isteri), Dato’ Sri Ismail Ahmad, Mohd Hazmi Abu Kassim (anak Tan Sri Abu Kassim), Radzuan (Premium Marketing) dan Dato’ Sok One A/L Esen (Bekas Pegawai Kanan SPRM).
Dato’ Sok One A/L Esen budak Lim Kok Han adalah Lembaga Pengarah Syarikat Mafia Korporat Victor Chin Boon Long di MMAG Holdings Berhad yang diuruskan isterinya (Chan Swee Ying) dan orang kanan kepercayaannya Kenny Khow Chuan Wah.
BAGAIMANA KRISIS GIIB UNTUNGKAN MAFIA KORPORAT?
TEAM TAI BOON WEE VS WONG WENG YEW
Kemelut pertikaian lembaga pengarah GIIB Holdings Berhad bukan baru. GIIB Holdings antara syarikat yang menjadi tajuk utama sepanjang 2022 antara Tai Boon Wee dan Wong Weng Yew berhubung dakwaan penipuan dan salah guna kuasa membabitkan laporan polis dan saman menyaman antara kedua pihak. SPRM masuk campur dan beberapa lembaga pengarah GIIB Holdings Bhd ditahan SPRM.
Permulaan bencana buat GIIB ialah membawa kartel Mafia Group, Ng Keok Chai, bekas pegawai Polis Kanan di bawa masuk sebagai penasihat kepada jawatankuasa penyiasatan yang mengendalikan siasatan ke atas Wong Weng Yew. Di belakang Ng Keok Chai ialah Chong Long Men seorang peguam mafia korporat orang kanan Victor Chin. Ng Keok Chai sekarang ialah Pengerusi Eksekutif Classita Holdings Berhad yang berjaya bersama isteri Victor Chin Boon Long merampas Classita Holdings Berhad.
Wong Weng Yew sebagai pemegang saham yang signifikan dalam GIIB telah menjual 35.47 juta saham pada 9 Januari 2023- mewakili 5.999% di GIIB – yang meninggalkannya dengan pegangan kurang dari 0.1%. Pada hari yang sama Yee Voon Hon, seorang pengarah dan pemegang saham terbesar GIIB, meningkatkan pegangan sahamnya dalam GIIB menjadi 21.418% yang terdiri daripada 126.64 juta. Ramai melihat Yee Voon Hon merupakan kuda Wong Weng Yew.
Mafia korporat melakukan sesuatu yang tidak dijangka oleh Tai Boon Wee dan keluarganya.
Konspirasi demi konspirasi akhirnya pada 9 September 2022 SPRM menahan reman pengerusi GIIB, Tai Boon Wee dan dua pengarah eksekutif, Tai Qisheng, dan Madam Wong Ping Kiong.
7 Disember 2022 Hakim Mafia Korporat, Ong Chee Kwan memberi kemenangan kepada kes saman Wong Weng Yew. Setakat ini semua kes yang dihakimi oleh Ong Chee Kwan memberi kemenangan kepada syarikat Mafia korporat kendalian Victor Chin Boon Long dan Chong Long Men.
Tekanan kepada Tai Boon Wee terus berganda apabila pada 13 Januari 2023 Tai Boon Wee dan Madam Wong Ping Kiong (Pengarah GIIB Rubber) didakwa di mahkamah oleh SPRM atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu kepada syarikat pengauditan berhubung penjualan dan pelupusan mesin terpakai bernilai RM2.95 juta. Tai Boon Wee, didakwa atas tiga pertuduhan bersubahat dengan Ping Kiong melupuskan mesin-mesin berkenaan di antara bulan Januari dan Februari 2021 di Pejabat Grant Thornton Malaysia PLT, Sheraton Imperial Court, Jalan Sultan Ismail.
Timbalan Pendakwa Raya yang mempunyai kaitan dengan Mafia Korporat Law Chin How menguruskan kes ini manakala peguam GIIB ialah Amer Hamzah Arshad.
Oleh itu pengumuman Bursa Malaysia pada 23 Mei apabila Dato’ Sri Lim Kok Han muncul sebagai pemegang saham besar GIIB Holdings Bhd, selepas membeli 125.93 juta saham daripada saham Yee Voon Hon Pengarah Eksekutif GIIB adalah sesuatu yang dirancang Mafia Koporat sejak awal lagi.
Penahanan semula Madam Wong Ping Kiong dan Tai Qiyao pada 30 Mei 2023 atas dakwaan memalsukan dokumen dan pecah amanah sehingga mengakibatkan kerugian dana syarikat berjumlah RM500,000 dilakukan Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim dibawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan (Akta 574) mengundang persoalan tentang hubungannya dengan pembelian saham Dato’ Sri Lim Kok Han menguasai GIIB Holdings Berhad.
Isunya mengapa SPRM buat sekarang?
Lim Kok Han dan Mafia Korporat sudah merancangnya lebih awal. Beli saham GIIB pada pertengahan mei dan pada penghujung Mei Lim Kok Han melupuskan sahamnya di Green Packet serta meletak jawatan untuk beri fokus di GIIB Berhad.
Modus operandi Mafia Korporat merampas syarikat senarai awam oleh Ketua Mafia Datuk Victor Chin Boon Long (Mo Gui) bersama orang kanannya Chong Loong Men, Leong Seng Wui, Ng Keok Chai, Teoh Hai Hin dan Lim Kok Han adalah sama sebagaimana mereka merampas Green Packet daripada pengasasnya CC Puan, begitu juga dengan Classita Holdings, Revenue Group dan kini GIIB Holdings Berhad.
Memasukkan Datuk Firmansyah Aang Muhamad atau Dax Muhammad orang kanan Khairy Jamaluddin budak Lim Kok Han sebagai Pengarah bukan eksekutif di GIIB Holdings adalah satu kesilapan kepada GIIB. Apa peranan dan hasilnya? Bosnya Lim Kok Han beli saham GIIB!. Datuk Firmansyah dilantik pengerusi Green Packet sebelum ini dan meletak jawatan pertengahan mei lalu.
Tan Sri Azam Baki dan Dato’ Sri Hishammudin Hashim perlu menjawab ‘KEBETULAN’ siasatan GIIB Holdings Berhad ini dengan pembelian saham terbesar Lim Kok Han. Ini kerana Pendedahan dalang pegawai SPRM Datuk Tan Kang Sai Pegarah Bahagian Operasi Khas, Wong Yun Fui Bahagian Siasatan D dan DPP Law Chin How bersekongkol dengan Mafia Korporat diketuai Victor Chin Boon Long kini maklumat terbuka di depan mata. Rakyat memerhati. Ada asas bukti penglibatan pegawai SPRM seperti yang didedah sebelum ini.
BACA – Dalang Mafia Korporat dalam SPRM, Tan Kang Sai & Wong didedah
Ini termasuk laporan pelbagai pihak kepada siasatan pegawai SPRM sebelum ini yang ‘bias’ kepada Mafia Korporat seperti Wong Yun Fui, Mohamad Farid bin Jabar, Mohd Rauf bin Mohd Adri, Muhammad Eekram Shaharuddin dan Muhammad Syakirin malah jamuan berbuka puasa pun ditaja oleh Mafia Korporat.
Dato’ Sri Hishammudin Hashim selaku Pengarah Kanan Siasatan SPRM mungkin sukar mengawal pergerakan pegawainya yang kini menjadi ‘kartel’ kepada pihak-pihak tertentu. Namun menangkap beberapa Pengarah Eksekutif GIIB Holdings Berhad selepas Lim Kok Han menguasai GIIB adalah petanda buruk seseorang menggunakan SPRM mengambil alih GIIB Holdings Berhad.
SC,BSKL dan BANK NEGARA, ..SPRM ,…JABATAN PEGUAM NEGARA …amat memalukan jika perkara tersebut benar…..
Dear Corporate Secret team,
I hope this message finds you well. My name is Ana, representing iOli Communication, and I am reaching out to you on behalf of our esteemed client, Wong Weng Yew from EBB and DE-CIX Malaysia. I wanted to bring to your attention an issue regarding an article titled, “Mafia Korporat: Selepas Lim Kok Han Kuasai Kepentingan GIIB Holdings, SPRM tahan pengarah eksekutif kes pecah amanah RM 500 Ribu,” published by your organization.
ARTICLE LINK
https://thecorporatesecret.com/blog/2023/06/02/mafia-korporat-selepas-lim-kok-han-kuasai-kepentingan-giib-holdings-sprm-tahan-pengarah-eksekutif-babit-kes-pecah-amanah-rm-500-ribu/
It has come to our attention that there is a significant misinformation within the article. Specifically, there is an image featured portraying Wong Weng Yew, which is not related to GIIB but instead belongs to my client. This misinformation has the potential to cause confusion and disrupt our client’s reputation. Therefore, I kindly request your assistance in removing the image from the article promptly.
We genuinely appreciate your attention to this matter, and we kindly ask for your urgent action in resolving this issue. If the picture is not removed within a reasonable timeframe, we may have to explore further measures to protect our client’s interests.
Thank you for your understanding and cooperation in this matter.