Skandal rasuah di Petronas syarikat milik negara bukan baru. Namun kes rasuah lebih ketara selepas pelantikan YM Datuk Tengku Muhammad TaufikTengku Kamadjaja Aziz dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan baharu syarikat Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) mulai 1 Julai 2020 oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri ke 8
Datuk Tengku Muhammad Taufik merupakan Ketua Pegawai Kewangan PETRONAS dilantik sejak 2018. Muhyiddin punya sebab melantiknya sebagai kuda baru dalam Petronas bagi menyingkirkan Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin CEO sebelum itu.
Petronas adalah satu-satunya syarikat kerajaan yang mempunyai penilaian kredit antarabangsa yang baik dan masih tersenarai dalam Fortune Global 500. Maka Muhyiddin PM8 ketika itu perlu menjarah Petronas apatah lagi pada pemerintahannya Covid-19 melanda dan beliau memerlukan dana Petronas.
SIAPA DALANG KES RASUAH PEGAWAI PETRONAS?
April 2022 negara dikejutkan dengan berita Pegawai Petronas Carigali antara 8 ditahan SPRM kes rasuah projek lebih RM2.3 bilion antara tahun 2017 hingga 2021. Kes rasuah itu mendedahkan penglibatan CEO Deleum Primera Sdn Bhd (DPSB) Mazrin Ramli dan Senior general manager Khairulazmi Mohamad Karudin anak syarikat Deleum Berhad bersama Pegawai carigali Petronas
Tengku Muhammad Taufik sendiri mengaku penglibatan pegawainya dan memecat 9 pegawai Petronas yang terlibat.
Namun semakan menunjukkan Tengku Muhammad Taufik jenis bermain wayang kerana Petronas pernah menggantung Syarikat Deleum Berhad menyertai tender di Petronas, termasuk anak syarikatnya dan Petroleum Arrangement Contractors (PAC) pada 26 Mac 2021 atas alasan telah merosakkan imej anak syarikatnya Petronas Carigali Sdn Bhd tetapi pada 26 Oktober 2021 Deleum Bhd melalui anak syarikatnya Deleum Oilfield Services Sdn Bhd diberi kontrak pembekalan injap julangan gas dan peralatan pemasangan, aksesori dan servis daripada Petronas Carigali Sdn Bhd Petronas bagi aset di Sarawak dan Sabah sehingga Januari 2023.
Ini belum masuk kes rasuah Deleum Primera Sdn Bhd dan Pristine Offshore Sdn Bhd yang didakwa di mahkamah pada 18 Mac 2021. Tengku Muhammad Taufik tahu kes rasuah tetapi kekal melantik Deleum Berhad ini.
Setakat ini tiada pengawai kanan Petronas yang didakwa hanya beberapa pegawai ‘Junior’ yang kelihatan sebagai ‘Kambing Hitam’
Januari lalu hanya bekas bekas eksekutif Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) bernama Mohd Amal M Razalan didakwa 37 pertuduhan rasuah dan enam pengubahan wang haram membabitkan wang berjumlah lebih RM6 juta berhubung kerja-kerja penyelenggaraan. Bukan itu sahaja beliau dituduh lagi atas 41 pertuduhan rasuah dan lima pengubahan wang haram berjumlah RM9.65 juta berhubung kerja-kerja penyelenggaraan.
Itu kes rasuah Petronas dalam negara syarikat rasuah diberi projek lagi bagaimana pula dengan syarikat daripada luar negara?
PETROFAC DI MALAYSIA
Petrofac Inc mula beroperasi pada Februari 1981 sebagai pengeluar loji modular berpangkalan di Tyler, sebuah bandar di bahagian Timur Texas. Perniagaan ini dibangunkan berdasarkan kedai fabrikasi Petrofac Inc dan bakat teknikal serta tekad orang-orang yang bekerja di sana. Jumlah pekerja yang bekerja di Petrofac Inc pada awal-awalnya adalah kira-kira 25 orang.
Setelah lebih dari lima belas tahun beroperasi, Petrofac memutuskan untuk memperluas kehadirannya ke Malaysia
Petrofac Malaysia secara aktif beroperasi dan mengambil bahagian dalam pengeluaran minyak dan gas sejak tahun 2006 dengan mandat yang diberikan oleh Kerajaan dan PETRONAS.
Peranan utamanya adalah untuk membantu mewujudkan sumber minyak dan gas di negara ini dengan insentif cukai dan membolehkan pakar asing yang mahir bekerjasama dengan sumber tempatan.
Sebagai contoh pelantar minyak PM304 pada mulanya dikategorikan sebagai sumber marginal dan hari ini adalah antara ladang minyak terbesar di Malaysia.
Petrofac juga menjadi pengendali telaga minyak Cendor bersama dengan rakan kongsi Petronas iaitu Kuwait Foreign Petroleum Exploration Company (KUFPEC), PetroVietnam dan PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB) dalam mengembangkan lapangan dengan program bertahap. Minyak pertamanya dihasilkan pada tahun 2006 hanya dalam masa 16 bulan dan kini dijangka menghasilkan sekitar 200 juta tong.
Bagaimanapun Petrofac tidak lari daripada mencipta masalah terutamanya lobi projeknya menggunakan rasuah.
PETROFAC DISEKAT KERANA RASUAH
Menurut Reuters pada 15 Mac 2021 Petrofac mengumumkan bahawa mereka dilarang daripada bersaing untuk kontrak baru di Emiriah Arab Bersatu, beberapa bulan selepas bekas eksekutif pembekal perkhidmatan medan minyak mengaku bersalah atas pertuduhan rasuah di Britain.
Saham Petrofac yang disenaraikan di London merosot sebanyak 12% ke paras terendah di mana Negara Teluk menyumbang kira-kira 10% daripada pendapatan kontraknya pada tahun 2019.
Pada bulan Januari, bekas eksekutif itu mengaku bersalah atas tiga tuduhan rasuah yang diajukan oleh Pejabat Serious Fraud Office berkenaan pembayaran kepada ejen untuk mempengaruhi pemberian kontrak bernilai $3.3 bilion di Emiriah Arab Bersatu.
Bekas eksekutif itu mengaku bersalah atas 11 tuduhan lain pada tahun 2019 yang berkaitan dengan tuduhan rasuah di Iraq dan Arab Saudi.
Petrofac juga turut mengumumkan bahawa mereka akan terus bekerja pada dua projek kecil di UAE, tetapi tidak memberikan sebarang butiran lain yang berkaitan dengan penggantungan itu. Sebelum ini, syarikat itu telah menyatakan bahawa negara itu menyumbang hampir sepertiga dari saluran tawarannya.
Sementara itu Lisa Osofsky, Pengarah Serious Fraud Office , berkata: “Dengan mengaku bersalah, Petrofac Limited telah menerima bahawa eksekutif utama dalam Kumpulan Petrofac bertindak dengan sengaja dan tanpa hati nurani dalam mengejar keserakahan. Kegagalan syarikat untuk mencegah tindakan ini mengganggu keadaan pasaran yang bersaing dan mencemarkan industri minyak dan gas.
“Keputusan hari ini sepatutnya menjadi amaran; Pejabat Serious Fraud Office akan menggunakan semua kuasa yang ada padanya untuk membasmi dan mengadili syarikat dan individu yang aktiviti jenayahnya merosakkan reputasi dan integriti United Kingdom.
“Pejabat Serious Fraud Office mengalu-alukan tanggungjawab Petrofac Limited atas tindakannya.”
BACA – Serious Fraud Office secures third set of Petrofac bribery convictions
BACA – Petrofac Intends to Plead Guilty in SFO Bribery Case
BACA – Oil firm led by Tory donor investigated over alleged bribes in nine countries
APA TENGKU MUHAMMAD TAUFIK PRESIDEN-CEO KUMPULAN PETRONAS BUAT?
Jika Serious Fraud Office mengesahkan kes rasuah Petropac pada tahun Oktober 2021 tetapi Tengku Muhammad Taufik CEO Petronas pula memberikan kontrak kepada syarikat yang melakukan rasuah di 14 buah negara ini dengan jumlah kontrak USD 96 juta (RM399 Juta) bagi membina loji gas darat baharu di negeri Sarawak. Petropac mengumumkannya pada 8 dan 9 Nov 2021.
Syarikat itu berkata perjanjian itu melibatkan pembinaan kemudahan baharu dengan kapasiti untuk 390m kaki padu gas standard sehari, serta pengubahsuaian dan hubungan dengan loji Petronas sedia ada yang juga terletak di Bintulu.
“Kontrak itu akan diserahkan oleh anak syarikat tempatan Petrofac Group, Petrofac Engineering Services (Malaysia) Sdn Bhd, dengan sokongan kejuruteraan daripada Petrofac-RNZ dan rantaian bekalan dan subkontraktor tempatan, seterusnya menyokong komitmen kami terhadap penghantaran tempatan,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Persoalannya bagaimana syarikat yang disabitkan dengan kesalahan rasuah serius sehingga di larang meneruskan operasi di UAE tetapi Petronas boleh memberikan projek bernilai jutaan ringgit kepada syarikat berkenaan?
Sumber Petronas berkata inilah SKANDAL BIG BEN Tengku Muhammad Taufik ketika mendapat layanan istimewa di Big Ben London oleh Syarikat Petrofac!. Kereta mewah, wanita cantik, rumah nilai berjuta dan wang ratusan juta. Jika tidak mana mungkin Tengku Muhammad Taufik berani memberi kelulusan kepada Petrofac yang bermasalah.
Petronas pernah menyekat Petropac pada tahun 2016 kerana skandal rasuah tetapi luar biasa di bawah Tengku Muhammad Taufik sebagai Presiden /CEO, Petrofac diberi layanan istimewa sekalipun beberapa negara di dunia menyekat Petrofac tahun 2021.
Namun sangat pelik bagaimana Petronas boleh terus-menerus memberikan anugerah kepada syarikat perasuah berkenaan tanpa memberikan jeda masa yang sesuai sebagai hukuman kepada syarikat yang terbabit dengan rasuah? Ini sangat memalukan negara dan Petronas!
Petronas mempunyai polisi ketat terhadap kesalahan rasuah terutama syarikat yang terlibat rasuah dengan menggantung, menghalang dan menyekat syarikat menyertai tender dan mana-mana Petroleum Arrangement Contractors (PAC). Petronas pernah menggantung beberapa syarikat sebelum ini namun mengapa tidak Petrofac?
Tentulah lebih janggal dan ironis apabila pada 6 Ogos 2022 Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diketuai oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki serta Pengerusi Lembaga Pengarah Petronas, Tan Sri Bakke Salleh.
ADAKAH ITU SAHAJA KESALAHAN YANG MEMBABITKAN PETRONAS DAN JUGA PETROFAC ?
Kingtime International Ltd telah menuntut Petrofac E&C Sdn Bhd atas penggunaan tidak sah dua paten Malaysia miliknya. Petrofac menafikan penggunaan tidak sah paten dan menuntut balas bahawa paten itu tidak sah atas beberapa alasan. Salah satu alasan adalah bahawa penerangan paten tidak mengungkapkan butir-butir penyelidikan secara penuh dan tuntutan paten yang dilanggar tidak jelas, terutamanya frasa “wellhead deck is removably attached to the hull”
Mahkamah Tinggi, selepas perbicaraan yang panjang dengan keterangan yang dikemukakan oleh pakar teknikal yang memberikan keterangan bagi pihak Kingtime dan Petrofac, dengan hormat memutuskan bahawa paten tersebut sah dan dilanggar.
Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa pada interpretasi literal tuntutan, frasa yang dipertikaikan oleh Petrofac adalah jelas kepada seseorang yang mahir dalam bidang tersebut.
Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, Petrofac merayu ke Mahkamah Rayuan dan memutuskan menolak rayuan tersebut.
Petrofac kemudian memfailkan permohonan kebenaran rayuan ke Mahkamah Persekutuan. Sekali lagi, salah satu alasan untuk permohonan kebenaran rayuan adalah bahawa frasa yang dipertikaikan, iaitu ” wellhead deck is removably attached to the hull ” dalam tuntutan paten, adalah kabur, tidak jelas dan tidak ditakrifkan dengan baik.
Namun dalam keputusannya yang diumumkan pada 19 Ogos 2020, Mahkamah Persekutuan dengan sebulat suara menolak permohonan kebenaran rayuan dan dengan itu mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi, memberikan kemenangan lagi kepada KASS kerana kecekapan dalam menyusun keterangan paten dan tuntutan paten yang mampu menahan serangan hebat di mahkamah.
Hubungan Petronas dan Petrofac sangat istimewa. Petronas dah tahu Petroac ini syarikat yang banyak melakukan kesalahan tetapi Datuk Tengku Muhammad Taufik Presiden dan CEO Kumpulan tetap bersama Petrofac.
SPRM wajar menyiasat skandal Datuk Tengku Muhammad Taufik dan dakwaan beliau mengambil rasuah daripada Petrofac.
Naga besar ni, heret keMahkamah. Humban ke penjara. Buat apa simpan SIAL ni…memalukan Petronas & Msia