Selepas Bahagian Siasatan SPRM dikudakan untuk memaksa siasatan terhadap Gunasekar A/L Mariappan dan Philip Phang Kin Ming kali ini Victor Chin Ketua Mafia Korporat dan pemilik MMAG membuat satu laporan polis palsu di Balai Polis Sentul pula.
Sebagaimana rampasan Mafia Korporat di Green Packet, Classita Berhad, Revenue dan cubaan di GIIB Berhad itulah apa yang berlaku di MMAG Berhad. Berita media yang dilaporkan kononnya Gunasekar A/L Mariappan dan Philip Phang Kin Ming terlibat kes rasuah hanya berita palsu sebagai satu cara Victor Chin Boon Long dan Mafia Korporat menguasai syarikat.
The CorporateSecret telah mendedahkan sebelum ini penipuan Victor Chin Boon Long terhadap Gunasekar A/L Mariappan dan Philip Phang Kin Ming menggunakan Pegawai Siasatan SPRM Bahagian D untuk menyingkirkan mereka sebagai Lembaga Pengarah Syarikat Mjet International Sdn Bhd pada 21 Feb 2023 dengan menggantikan tiga muka baru iaitu Shanmugananthan Ratnam, Saysu Michael dan Anton Alex Schubert.
Baru – baru ini Tai Booi Wee Pengerusi dan CEO GIIB Holdings Berhad telah membuat dua laporan polis terhadap satu lagi budak Victor Chin Boon Long, Dato’ Sri Lim Kok Han(Dato Teleng) dan Datuk Choong Men kerana mengugut menggunakan pistol. Ugutan pistol itu mendapat perhatian media di negara ini.
Laporan media menyebut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata siasatan sudah di peringkat akhir dan akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.
Apakah Dato’ Sri Lim Kok Han (Dato Teleng) akan dihadapkan ke mahkamah atau kes ini akan ditutup seperti kes- kes sebelumnya yang melibatkan geng Mafia Korporat Victor Chin? Kes Classita sehingga hari ini masih ditangguhkan walaupun dokumen fail forensik penyelewengan itu telah didedahkan kepada umum.
Ini kerana Mafia Korporat mempunyai bekas-bekas polis bersara yang menjadi Lembaga pengarah. Pengerusi Classita Holdings Berhad Ng Keok Chai misalnya berpengaruh dikalangan polis.
Rakyat berharap Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari terus bertegas dan tidak pedulipun siapa Ng Keok Chai. Apatah lagi di zaman Ketua Polis Baru Tan Sri Razarudin dan timbalannya Datuk Ayub Khan.
OPERASI SHANMUGANANTHAN MMAG MENANTU TAN SRI NADARAJAH ‘KAKI RASUAH’
Terbaru Mafia Korporat menggunakan pengaruh mereka untuk membuat satu laporan polis palsu atau diada-adakan terhadap M Gunasekar dan Philip Phang Kin Ming oleh Shanmugananthan a/l Ratnam iaitu menantu kepada Tan Sri R. Nadarajah yang membuat Laporan palsu bernombor SENTUL RPT: 8640/23 pada 24hb Mei 2023.
Siapa tidak kenal Tan Sri R. Nadarajah ‘kaki rasuah’ Pengerusi, Sri Maha Mariamman Temple Dhevasthanam yang bertanggungjawab menguruskan kuil Hindu di Batu Caves rumahnya diserbu SPRM pada Mac 2019.
Pegawai SPRM menggeledah pejabat kuil di Batu Caves dan juga rumah Tan Sri itu.
Pelbagai dokumen di dalam bilik tidur serta 2 kereta mewah, jam mewah, barang kemas, wang simpanan jutaan ringgit miliknya. Turut dibeku ialah akaun dikaitkan dengan Tan Sri Nadarajah.
Sekarang anak menantunya pula Shanmugananthan a/l Ratnam melaporkan polis M Gunasekar dan Philip Phang Kin kononnya telah berbohong atas sumpah melalui suatu afidavit yang diikrarkan oleh Philip pada 31.03.2023 (Afidavit tersebut) bagi beliau sendiri dan bagi pihak Guna dan difailkan dalam Saman Pemula tersebut.
Ada sesuatu yang tidak kena seolah-olah ada pihak atasan di luar sana mengarahkan siasatan terhadap Gunasekar, Philip Phang dan juga setiausaha syarikat serta kakitangan mereka untuk siasatan. Ia seperti juga siasatan SPRM yang telah menahan mereka 5 hari (13 Februari 2023 hingga 17 Februari 2023). Mereka dilayan seperti penjenayah besar dan tujuannya hanya satu untuk memalukan Gunasekar dan Philip Phang Kin Ming.
Kali ini Polis Sentul pula telah digunakan oleh Victor Chin Mafia Korporat dan MMAG untuk memaksa satu tindakan undang- undang menggunakan laporan polis palsu. Namun usaha mereka menggunakan Shanmugananthan a/l Ratnam (No. K/P: 710824-10-66XX) nampaknya terbantut gara- gara dua laporan polis SENTUL/009444/23 dan SENTUL/009445/23 pada 06/06/2023 yang telah dibuat oleh Gunasekar dan Pihlip Phang terhadap Shanmugananthan a/l Ratnam (No. K/P: 710824-10-66XX). Menurut mereka Laporan (criminal defamation) Shanmugananthan tersebut adalah bukan sahaja palsu tetapi ia dibuat dengan niat dan unsur menggunakan kuasa polis untuk mengaibkan, menyakiti dan menyusahkan mereka sebagai seorang rakyat Malaysia.
Menurut Philip Phang jika Shanmugananthan percaya bahawa dia telah berbohong atas sumpah melalui suatu afidavit yang diikrarkan oleh Philip Phang pada 31.03.2023, Shanmugananthan seharusnya mencabarnya dalam Afidavit Ke-3 Plaintif- Plaintif atas sumpah bertarikh 05/04/2023 bahawa Philip Phang telah berbohong dan bukannya membuat laporan palsu polis pada 24/05/2023 selepas Mahkamah telah membuat keputusan pada 23/05/2023.
Sehingga ke hari tiada pegawai penyiasat JSJK Sentul memanggil Gunasekar dan Philip Phang untuk mendapatkan butiran lanjut terhadap laporan mereka. Apakah laporan Gunasekar dan Philip Phang telah NFA atau RLA?
Negara MADANI tidak boleh mengizinkan golongan – golongan berkedudukan dan berpengaruh memperalatkan pihak berkuasa atau polis tertentu untuk menindas atau menyeksa rakyat.
DAKWA MAFIA KORPORAT BAWAH POCA & SOSMA
Victor Chin Boon Long, Chong Loong Men, Ng Keok Chai, Kenny Khaw Chuan Wah, Francis Leong Seng Wui dan Lim Kok Han perlu didakwa di bawah AKTA PENCEGAHAN JENAYAH 1959 (POCA) khusus membendung kegiatan jenayah, aktiviti kongsi gelap dan perkara-perkara berkaitan dengannya.
Tindakan Mafia Korporat menggugut pengasas syarikat yang dirampas menggunakan penguatkuasa jelas tindakan kongsi gelap yang keterlaluan. Kononnya mereka boleh melepaskan kes SPRM dengan syarat letak jawatan dalam syarikat, jual saham dan mengaku bersalah. Mjet International, Classita, Revenue Group dan terbaru GIIB Holdings Berhad membuktikan elemen ini.
Atau dakwa dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) sebagai langkah-langkah khas berhubungkan dengan kesalahan keselamatan. Rampasan Mafia terhadap syarikat Malaysia boleh menjejaskan ekonomi negara apatah lagi jika mereka didalangi oleh penguatkuasa seperti SPRM.
Mengharapkan SPRM Bahagian AMLA membekukan akaun jangan mimpi kerana pegawai SPRM dah dipegang telur oleh Mafia Korporat.
Siasat ketua eksekutif perkeso dato sri dr mohammed azman bin aziz mohammed dipercayai terlibat dalam skandal penjana perkeso ya