Skandal ‘Big Ben’ Petronas-Petrofac kontrak RM399 juta yang didedahkan oleh TheCorporateSecret baru-baru ini telah mendapat perhatian dan pengesahan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
BACA – Skandal Rasuah ‘Big Ben’ Petronas-Petrofac kontrak RM399 juta, SPRM digesa siasat CEO Petronas
SPRM mengesahkan membuka fail siasatan dan Petronas juga telah menjawab memberi kerjasama penuh kepada SPRM berhubung siasatan dakwaan rasuah berhubungan pemberian projek kepada syarikat Petrofac di Sarawak.
SPRM dan Petronas juga mengesahkan penemuan beberapa kelemahan dalam amalan, sistem dan tatacara kerja dipercayai berkaitan pemberian tender projek berkenaan dan menggesa Petronas perlu membuat penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) sebagai langkah pencegahan rasuah.
KECOH DI PETRONAS
Sumber dalaman Petronas memaklumkan isu rasuah mengaitkan Datuk Tengku Muhammad TaufikPresiden dan CEO Petronas itu masih kecoh dan panas di kalangan pekerja Petronas. Ia masih menjadi perbualan dikalangan kakitangan Petronas kerana sudah tentu kes rasuah Petronas-Petrofac menjejaskan nama baik Petronas.
Terdapat usaha penyelesaian dalaman dan kemungkinan besar ialah mencari ‘kambing hitam’ bagi kes pemberian kontrak kepada Petrofac itu. Siapa yang bakal kena? Mungkinkah pegawai junior seperti sebelum ini?
Presiden & CEO dilaporkan menyalahkan pasukan komunikasi korporat Petronas yang gagal menangani penularan isu itu dalam media massa termasuk berita perdana. Sekalipun terdapat cubaan Petronas mengumumkan sendiri bersih dari kes rasuah itu.
Rakyat melihat kes rasuah Petronas -Petrofac dilihat dalam tiga perkara iaitu;
- Mengapa syarikat Petrofac yang disahkan terlibat rasuah di pelbagai negara seperti Emiriah Arab Bersatu diberi projek RM399 juta membina loji gas darat baharu di negeri Sarawak oleh PETRONAS? Pengesahan Serious Fraud Office (SFO) dan media antarabangsa sangat jelas.
- Mengapa Petrofac yang terbukti melanggar dua paten syarikat Kingtime International Ltd (Patents Act 1983: MY-144898-A and MY-145004-A) sehingga kalah di Mahkamah Rayuan dan Persekutuan tahun 2020 terus diberi projek oleh Petronas pada tahun 2021?
- Dakwaan SKANDAL BIG BEN Datuk Tengku Muhammad Taufik menerima rasuah layanan istimewa di Big Ben London oleh Syarikat Petrofac!. Kereta mewah, wanita cantik, pemberian rumah nilai berjuta dan wang ratusan juta dari komisen projek.
Perkara yang ketiga berhubung dakwaan rasuah itu memerlukan para saksi dan pihak yang terlibat itu tampil melaporkannya namun perkara pertama dan kedua adalah sangat jelas ia isu antara bangsa gagal dijawab oleh pasukan media komunikasi Petronas.
PM ANWAR IBRAHIM ARAH SIASATAN KES RASUAH PETRONAS?
Sumber pejabat PMO mendedahkan terdapat arahan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim menyiasat dakwaan rasuah dan salahguna kuasa Presiden & CEO Petronas Datuk Tengku Muhammad Taufik.
Umum mengetahui Datuk Tengku Muhammad Taufik merupakan lantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Abah) PM ke 8. Kesetiaannya sudah tentu kepada Tan Sri Muhyiddin.
Penyebaran meluas kes rasuah Petronas pastinya memalukan negara kerana Petronas merupakan syarikat utama pemberi dividen terbesar kepada Kerajaan.
Anwar mungkin akan merombak Petronas dalam tempoh terdekat. Mungkinkah Presiden dan CEO Petronas bakal ditukar?