Peguam ‘Scammer’ Kington Tong Kum Loong nampaknya tidak pernah berpuas hati. Selepas cubaannya gagal untuk merampas Syarikat Kumpulan Jetson Berhad dan Kinergy Advancement Berhad, Kington dan Miss Zhao Yan Ji meletak jawatan sebagai Pengarah bebas bukan eksekutif Kumpulan Jetson
Usaha Kington dan Miss Zhao Yanji wakil Agile Real Estate Development (M) Sdn Bhd milik konglomerat China iaitu AGILE GROUP HOLDINGS LIMITED memanipulasi saham Kumpulan Jetson sudah berakhir namun tidak bermakna terhenti.
KINGTON MULA TIPU SYARIKAT
ELSA ENERGY SDN BHD
Menurut sumber Kington Tong Kum Loong mula mendampingi Elsa Energy Sdn Bhd sebuah syarikat perkhidmatan tenaga bersepadu, kejuruteraan geosains dan penyelesaian digital untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia.
Tidak banyak informasi mengenai Elsa Energy Sdn Bhd namun laman web mereka memaparkan syarikat itu terlibat dalam industri tenaga dan teknologi selain pelanggan mereka seperti Petronas, Vestigo, Hibiscus, Shell, Sapura, Petrofac, Petros, Repsol Exxon Mobil dan lain lain -lain lagi
Menurut sumber Kington Tong Kum Loong sudah memasukkan namanya sebagai pemegang saham dalam syarikat Elsa Sdn Bhd sebelum penyenaraian Elsa nanti.
Siapa lagi pemegang kepentingan? Kington menjadi Pengarah syarikat Prestasi Emas Sdn Bhd bersama Nik Iruwan Dato’ Nik Izani dari Nizra Group. Turut menjadi pemegang saham ELSA ialah Sparkle Success Sdn Bhd, Amiruddin dan Khong Kheng Ting (Daniel Ilham Khong)
Pengarah Syarikat Energy Sdn Bhd, Daniel Ilham Khong dan Amiruddin Mohd Zain dilaporkan sebelum ini menggunakan syarikat M&A Securities Sdn Bhd sebagai Penaja IPO.
Bagaimanapun memandangkan Datuk Tan Choon Peow atau Datuk Bill Tan pengasas M&A Securities Sdn Bhd baru saja mengambil alih SYF Resources Berhad dan menukarnya menjadi M & A Equity Holdings Bhd maka Malacca Securities Sdn Bhd (Malacca Securities) dikatakan bakal menjadi penjamin IPO Elsa.
Sama ada M&A Securities Sdn Bhd atau Malacca Securities Sdn Bhd ia tetap kawalan Mafia Korporat terkenal Kenneth Vun@ Vun Yun Lun.
Malacca Securities Sdn Bhd (Malacca Securities) dikuasai oleh keluarga taikun Lim Peng Cheong dan Lim Peng Jin. Lim Peng Jin ialah Pengarah Urusan SCIENTEX BERHAD dan Lim Peng Cheong Pengarah bukan Eksekutif.
Dalam pendedahan TCS sebelum ini Kington Tong Kum Loong sering menggunakan Firma broker saham seperti MIDF, Kenanga, UOB, Malacca Securities, Sekuriti Affin, Sekuriti M&A & TA Sekuriti. Kington menggunakan rasuah dan memeras ugut pegawai kanan di firma broker saham untuk meluluskan pembiayaan margin yang besar bagi memanipulasi saham.
Bagaimanapun penyenaraian itu masih belum diluluskan oleh Bursa Malaysia setakat ini kerana belum menepati kriteria ditetapkan.
Apakah Kington Tong Kum Loong akan berjaya menyenaraikan Elsa Sdn Bhd ke Pasaran ACE Bursa Malaysia?
Mungkinkah Mafia Korporat China yang mencucikan wang haram mereka sebelum ini di Kumpulan Jetson akan di bawa oleh Kington semula untuk menguasai ELSA seterusnya merampas syarikat itu di kemudian hari? Elsa mempunyai unit Elsa Energy Limited di Labuan yang belum aktif boleh digunakan untuk mencuci duit haram di sini.
Jika Kumpulan Jetson dan KAB boleh ditipu oleh Kington pastinya ELSA GROUP juga akan menjadi mangsa Peguam Scammers ini. Masanya akan tiba. Biarkan Elsa, Daniel Ilham Khong dan Amiruddin Mohd Zain gigit jari.
Lagipun Peguam Scammers Kington Tong Kum Loong masih mempunyai kes pukul ahmoi yang kini masih dalam siasatan polis dan bakal didakwa.