Peguam ‘Scammer’ Kington Tong Kum Loong Pengarah bebas bukan eksekutif yang berdepan laporan polis atas dakwaan mencederakan seorang wanita di Restoran Finch di tingkat bawah The Westin Kuala Lumpur pada 24 julai 2022 mengumumkan perletakan jawatan pada Selasa (1 Ogos).
Kington yang dilantik sebagai pengarah bebas bukan eksekutif pada oktober tahun lalu, meletak jawatan “untuk menumpukan pada komitmen kerja lain”, menurut syarikat itu dalam makluman di Bursa Malaysia.
Turut meletak jawatan sebagai Pengarah bebas bukan eksekutif ialah Miss Zhao Yanji wakil Agile Real Estate Development (M) Sdn Bhd milik konglomerat China iaitu AGILE GROUP HOLDINGS LIMITED.
The CorporateSecret sebelum ini mendedahkan skandal Peguam Scammer Kington Tong Kum Loong selain pendera wanita tetapi turut terlibat dalam skandal ‘cuci’ duit haram atau pengubahan wang haram menggunakan Mafia Korporat China termasuk Syarikat judi yang membeli saham besar-besaran dalam Syarikat senarai awam seperti Kumpulan Jetson Berhad.
BACA – SC digesa siasat Peguam ‘Scammer’ Kington Tong ‘Cuci duit’ Kasino Macao Kelvin Tan & Mafia Korporat China dalam Jetson Berhad
BACA – Peguam ‘Scammer’ Kington dan Skandal Miss Zhao Yanji ‘cuci’ duit Mafia Korporat China di Jetson Berhad
Kington Tong Kum Loong dan Miss Zhao Yanji turut melupuskan ke semua saham mereka dalam Kumpulan Jetson Berhad.
Kington Tong Kum Loong didapati dibelakang skandal manipulasi saham Kumpulan Jetson sebelum ini, Pembelian Kington Tong Kum Loong berterusan setiap hari sebelum AGM melonjakkan saham Kumpulan Jetson 42 sen pada 12 Jun sebelum jatuh kembali kepada 33 sen pada 13 jun. Kington meraih untung dari kenaikan harga saham dan tahu dia rugi selepas itu maka dia juga menjual sahamnya pada 13 jun . Harga saham Jetson sehingga 20 Jun ialah 27 sen.
Harga saham Kumpulan Jetson 2 Ogos ialah 0.20 sen. Sejak sebulan lalu saham Jetson jatuh 28 peratus kerana kemelut dalaman syarikat itu yang dilakukan oleh Kington Tong Kum Loong.