Isu KidZania Singapore menunjukkan satu lagi kegagalan pelaburan Khazanah yang rugi ratusan juta menggunakan dana rakyat.
20 Jun lalu sekalipun pengendali taman tema berpangkalan di Singapura, Sim Leisure Group yang mengambil alih Kidzania Singapore menjelaskan Khazanah Nasional Bhd tidak terbabit dalam proses penjualan taman tema itu ia tetap tidak dapat menutup isu sebenar kegagalan pengurusan anak syarikat Khazanah Destination Resorts & Hotels Sdn Bhd. Pemiutang terbesarnya Khazanah jadi mana mungkin Khazanah tidak terlibat.
Kesimpulan TheCorporateSecret jelas, semua ini kerana kegagalan Stephanie Saw Ai Lin, Pengarah Urusan Kumpulan & CEO Destination Resorts and Hotels Sdn Bhd (DRH).
Digelar ‘number lady’ dan bekas kesayangan Tan Sri Azman Mokhtar, Stephanie Saw Ai Lin lah pencatur dana Khazanah berbilion ringgit melalui Syarikat Destination Resorts and Hotels Sdn Bhd dan anak syarikatnya.
[BACA – [PART 1] KidZania Singapura berhutang Khazanah RM184.17 juta, PM perlu pecat Stephanie Saw CEO DRH punca kerugian Khazanah
Bagaimana Stephanie Saw Ai Lin mengurus DRH?
Destination Resorts and Hotels Sdn Bhd bawah Stephanie Saw Ai Lin dan pasukannya mencatatkan kerugian RM669.7 juta selepas cukai. Sejak awal DRH menjalankan perniagaan telah menelan kerugian RM2.8 bilion.
Dilaporkan syarikat, hotel, resort dan taman tema di bawah DRH juga mencatatkan kerugian. LEGOLAND Malaysia Resort dan Desaru Coast serta beberapa hotelnya mencatatkan kerugian. Tidak hairan pada tahun 2019 DRH mahu menjual Legoland Malaysia dengan nilai sekitar RM1 bilion (AS$245 juta).
Hari ini PM Anwar mengumumkan Khazanah Nasional Bhd mewujudkan satu platform pelaburan hijau yang baharu untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung dari dalam atau luar negara
Namun selagi anak syarikat Khazanah seperti Destination Resorts and Hotels Sdn Bhd diuruskan Stephanie Saw khazanah tidak akan ke mana.
PROJEK DESARU – PROJEK KRONI MUHYIDDIN TAN SRI ESA & DATO’ CHOO KENG WENG
Sebagaimana pendedahan TheCorporateSecret sebelum ini Projek Desaru Coast melalui Desaru Development Sdn Bhd (DDC) dan Destination Resorts and Hotels Sdn Bhd (DRH) hanyalah menguntungkan dua kroni Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Tan Sri Dato’ Sri Esa Mohamed dan Dato’ Choo Keng Weng serta CEO DRH Stefanie Saw.
Projek Desaru adalah projek pemberian dana pembangunan ‘Berbilion-Bilion Dolar’ wang rakyat kepada kroni Muhyiddin. Pemain utama Khazanah ialah Tan Sri Dato Azman Mokhtar (‘Azman), Ganen Sarvananthan (‘Ganen’- bekas Ketua Pegawai Pelaburan ) dan CEO DRH Stephanie Saw Ai Lin (‘Stephanie’).
Tiga individu ini bekerja keras untuk memastikan bahawa dana dari Khazanah disediakan untuk Desaru Development Sdn Bhd (DDC) menjalankan projek ini untuk manfaat Muhyiddin. Muhyiddin telah memberikan kelulusan meneruskan pemberian dana kepada Projek Desaru demi kroninya. Hotel, taman air, taman tema, dan dewan perhimpunan telah dibina di Desaru untuk menarik pelancong palsu.
Memahami Projek Desaru seperti berikut;
Desaru Development Sdn Bhd (DDC)
Siapa ada dalam Desaru Development Sdn Bhd (DDC)? Nama asal DDC ialah Bagan Cerah Development Sdn Bhd. Selain Destination Resorts and Hotels Sdn Bhd (DRH) pemilik dan pemberi dana Khazanah ialah Tan Sri Dato’ Sri Esa Mohamed (Kroni Muhyiddin) dan anaknya Nazim Mohamed Esa. Pengarah lain ialah Stephanie Saw Ai Lin CEO DRH, Karina Ridzuan dan beberapa yang lain. Modal berbayar RM20 juta dan pemegang sahamnya ialah Stulang Ventures Sdn Bhd dan Permodalan Darul Ta’zim Sdn Bhd.
DDC mencatatkan kerugian RM159 juta bagi tahun 2021.
Siapa pula dalam Stulang Ventures Sdn Bhd?
Stulang Ventures merupakan pemegang terbesar dalam Desaru Development Sdn Bhd (DDC). Siapa lembaga Pengarahnya? Tak lain tak bukan Tan Sri Mohamed Esa, Stephanie Saw dan Karina Ridzuan.
Stulang Ventures Sdn Bhd mencatatkan kerugian RM72 juta tahun 2021. Pemegang saham Stulang Ventures pula ialah Bagan Cerah Sdn Bhd dan Balau Hospitality Sdn Bhd.
Siapa pula dalam Bagan Cerah Sdn Bhd?
Jika diteliti syarikat seperti Desaru Development Holdings One Sdn Bhd, Pusat Konvensyen Desaru, One & Only Desaru Coast, The Westin dan Hard Rock Hotel Desaru adalah dimiliki oleh Sungai Cerah Sdn Bhd secara kolektif.
Sekali lagi Tan Sri Dato Sri Hj Esa Bin Mohamed merupakan penama di belakang syarikat Sungai Cerah Sdn Bhd. Tan Sri Dato Sri Hj Esa Bin Mohamed memegang 85% saham dalam Sungai Cerah Sdn Bhd. 14% lagi milik Dato’ Choo Keng Weng dan 1 % lagi milik Norlina anak Tan Sri Esa.
Begitu juga syarikat Bagan Cerah Holdings Sdn Bhd dan dan Bagan Cerah Sdn Bhd penama dan pemegang sahamnya adalah Tan Sri Esa dan Dato’ Choo Keng Weng.
Sg Cerah Sdn Bhd mencatatkan kerugian RM 116 juta bagi Tahun kewangan 2021.
Namun jika kita melihat semua syarikat atas nama Tan Sri Esa, Dato’ Choo Keng Wenglah sebenarnya pemilik projek Desaru.
Siapa Dato’ Choo Keng Weng?
Tidak ramai yang tahu siapa Dato’ Choo Keng Weng di belakang Tan Sri Muhyiddin dan Tan Sri Esa. Dato’ Choo Keng Weng merupakan Pemegang saham terbesar dan Pengarah Urusan Sin Hen Chan (Malaya) Berhad bersama Tan Sri Dato’Sri Hj Esa dan anaknya Choo Kin Choong.
Hubungan Tan Sri Esa dan Dato’ Choo Keng Weng tidak dapat dipisahkan termasuk di syarikat senarai awam bersama.
BACA – Taikun Choo Keng Weng di belakang Tan Sri Esa Kroni Muhyiddin rembat dana Khazanah Projek Desaru
Sama ada DRH anak syarikat Khazanah, DDC, Sg Cerah, Bagan Cerah, Stulang Venture dan lain-lain terlibat melaksanakan projek Desaru mereka ada satu persamaan. Menerima berjuta dana Khazanah tetapi mengumumkan kerugian bukan sedikit sehingga ratusan juta!.
Saman terhadap Destination Resorts and Hotels Sdn Bhd (Theme Attractions Resorts & Hotels Sdn Bhd – – TARH) dan anak syarikatnya
Sekitar Ogos dan September 2022 Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) memohon cagaran RM35 juta untuk kos daripada empat syarikat berhubung prosiding timbang tara yang dikaitkan dengan pertikaian pembinaan.
Empat syarikat itu ialah Desaru Peace Holdings Club Sdn Bhd (RM8.8 juta); Desaru Corniche Hotel Sdn Bhd (RM9.1 juta); Desaru Estate Sdn Bhd (RM8.8 juta), dan Desaru Convention Centre Sdn Bhd (RM8.3 juta).
Dalam mendapatkan jaminan di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, MRCB mendakwa bahawa syarikat-syarikat itu “tidak solven” dan tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk memenuhi sebarang kos atau perbelanjaan yang diberikan sekiranya MRCB berjaya dalam prosiding timbang tara terhadap keempat-empat.
Keselamatan untuk kos membenarkan defendan dalam prosiding undang-undang untuk menjamin kos mempertahankan saman yang dibawa oleh plaintif yang kalah.
Prosiding timbang tara membabitkan bayaran untuk pembinaan resort Desaru di Johor.
Semakan menunjukkan Syarikat Desaru Peace Holdings Club Sdn Bhd, Desaru Corniche Hotel Sdn Bhd, Desaru Convention Centre Sdn Bhd, dan Desaru Estate Sdn Bhd mencatatkan kerugian bagi tahun kewangan 2019 dan 2020 sebagaimana syarikat induknya.
MRCB mendakwa empat syarikat itu sangat bergantung kepada pembiayaan daripada pihak ketiga untuk menyokong operasi harian mereka.
“Hakikatnya bahawa defendan (empat syarikat) adalah anak syarikat Themed Attractions Resorts & Hotels Sdn Bhd (Kini DRH)- dikawal oleh Khazanah Nasional Bhd – tidak menjadikan kedudukan kewangannya tidak boleh dicela,” kata MRCB.
Empat syarikat itu membantah permohonan itu, mendakwa ia “jelas tidak mampan” dan dibuat dengan niat jahat.
Namun itulah hakikatnya sekarang Syarikat Destination Resorts and Hotels Sdn Bhd (DRH) dan anak syarikatnya yang dikawal Stephanie Saw Ai Lin, serta rakan sekutunya seperti Sungai Cerah Sdn Bhd milik Tan Sri Esa dan Dato’ Choo Keng Weng semuanya mencatatkan kerugian besar.
Apakah Projek Desaru akan datang terus mencatatkan kerugian? Pelaburan Khazanah rugi ratusan juta, dana Khazanah lebur pada syarikat yang salah. Mungkinkan Projek Desaru oleh DDC dan DRH tercatat satu lagi kegagalan Stephanie Saw seperti Kidzania Singapura dan Kuala Lumpur baru-baru ini. Apa akan dijual oleh Stephanie selepas ini?