Susulan pendedahan The Corporate Secret mengenai Peguam ‘Scammer’ Kington Tong Kum Loong Pengarah Bukan Eksekutif Kumpulan Jetson Berhad mencederakan ‘Amoi’ cina di Restoran Finch The Westin Kuala Lumpur telah membuka mata betapa samsengnya kumpulan Mafia Korporat diketuai Victor Chin Boon Long.
BACA – Penguam ‘Scammer’ Kington pukul ‘amoi’ maki “go fucking with them” di Club Finch KL
Rakan niaga Chong Loong Men Peguam Mafia itu melalui laporan polis yang tular wanita mendakwa beliau telah dicederakan di bahagian pipi selepas ditampar kerana Kington tidak berpuas hati ekoran enggan menghiburkan rakan-rakannya di Restoran Finch di tingkat bawah The Westin Kuala Lumpur pada 24 julai 2022 tahun lalu.
Bagaimanapun pengadu wanita yang menamakan dirinya sebagai ‘Amy’ itu masih tertanya-tanya mengenai status laporannya THSL/017677/22 di Balai Polis Sri Damansara Daerah Petaling Jaya selepas hampir setahun kejadian itu berlaku dan perkembangan terkini laporan Polis yang dibuatnya
Gadis yang berumur 29 tahun itu, yang kini hidup di dalam trauma dan ketakutan ekoran ditampar oleh Kington merasakan kehidupannya juga terganggu kerana bimbang pelaku jenayah terbabit menganggunya lagi dengan pelbagai ugutan.
Memandangkan Peguam Kington Tong Kum Loong seorang samseng, kasar dan jenis pendendam beliau bimbang jika beliau menjadi mangsa teruk sekali lagi. Terdapat desas-desus Kington Tong mencari sesiapa saja yang melaporkan aduan polis terhadapnya. Laporan polisnya sebelum ini masih samar dan sehingga kini pihak Polis Petaling jaya masih membisu mengenai laporannya.
Jika pihak Polis sendiri tidak dapat bertindak, kepada siapa lagi tempat wanita itu dapat berlindung di sebalik kekasaran dan ketidakperimanusiaan Peguam ‘Scammer’ Kington Tong Kum Loong. Beliau mungkin akan sekali lagi melaporkan polis untuk memastikan keselamatannya terjamin. Kington Tong pemegang saham kepada beberapa syarikat senarai awam punya banyak wang dan sanggup melakukan apa sahaja termasuk membayar rasuah kepada semua pihak untuk menutup kesnya.
Ramai berharap Ketua Polis Balai Kota Damansara ASP Mohd Nasir bin Mustapha mengambil tindakan aduan terhadap Peguam Kington Tong Kum Loong memandangkan laporan itu dibuat di Balai Sri Damansara
Di dalam laporan sebelum ini ‘Amy’ turut menceritakan sikap Kington yang gemar berfoya-foya dan turut mengambil dadah.
Kington sentiasa pergi ke kelab kegemarannya di Finch KL. Kington kebiasaannya akan pergi ke kelab ini bersama dengan rakan-rakan seperniagaannya dan bertemankan wanita-wanita di kelab itu.
“Di kelab, Kington dan teman-teman mereka akan berparti dengan minuman keras dan juga “drugs”. selama ini banyak kali Kington memukul wanita-wanita yang tidak mengikut kehendaknya. Apabila ini terjadi. Kington selalu mengunakan duit untuk membayar wanita-wanita yang dipukul untuk tidak membuat repot polis ke atasnya “ katanya dalam laporan emel.
Tambah wanita itu lagi, kejadian memukul wanita bukanlah kali pertama dilakukan oleh Kington, namun acapkali kejadian seumpama itu berlaku tetapi mereka tidak berani untuk tampil membuat laporan polis kerana Kington merupakan seorang peguam dan turut mempunyai gengster untuk melindungi tingkah lakunya.
“Memang ada lagi kes-kes sebegini namun ramai wanita mangsa Kington takut untuk bersuara disebabkan kami difahamkan Kington berstatus peguam dan mempunyai kawan gangster dan juga kawan-kawan dari pihak berkuasa untuk membantunya untuk membuang kes jika dilaporkan. Ini mendatangkan bahaya kepada sesiapa yang membuat laporan polis.
Jika seorang yang berpengetahuan dan berpengalaman di dalam undang-undang boleh melakukan kekerasan seperti dan tidak ada pula tindakan dari penguatkuasa undang-undang bagaimana rakyat mahu bergantung harap agar keadilan untuk mereka dapat ditegakkan ?
Pengadu berharap pihak Polis dapat bertindak sebagaimana kes ugut pistol Mafia Korporat Dato’ Sri Andy Lim Kok Han yang ditangkap dan siasatan kes dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk pertuduhan dalam tempoh terdekat.
Wanita yang pernah menjadi mangsa kepada Kington harus tampil ke depan menentangnya secara terbuka. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Jangan biarkan terus menjadi mangsa lelaki buas seperti Kington Tong Kum Loong. Lawan atau kamu terseksa sepanjang hayat dengan trauma. Tiada siapa yang lebih besar dari undang-undang.