Baru-baru ini mafia korporat Dato’ Sri Lim Kok Han berhadapan kes ugutan menggunakan pistol terhadap CEO GIIB Holdings Berhad Tai Booi Wee. Kejadian berlaku di Social Bar Publika Dutamas dan di Hotel Sheraton di Petaling Jaya, Selangor.
Tai Boon Wee mendakwa diugut dengan pistol kerana menolak desakan dibuat suspek untuk melantik dia dan rakannya sebagai pengarah baharu dalam syarikat GIIB Holdings.
Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari, siasatan berkaitan kes itu sedang dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membabitkan ugutan jenayah dan kes kini diperingkat akhir dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.
Itulah Geng Mafia Korporat selain merampas senarai awam mereka juga jenis ‘kaki pukul’ jika kemahuan mereka tidak dituruti.
PEGUAM ‘SCAMMER’ KINGTON GENG MAFIA KORPORAT PUKUL ‘AMOI’ DI CLUB FINCH KUALA LUMPUR
Terbaru Peguam ‘Scammer’ Kington Tong Kum Loong anak didik Datuk Chong Loong Men (Peguam Mafia Korporat) yang juga Pengarah Bukan Eksekutif Kumpulan Jetson Berhad terlibat merampas Kumpulan itu dilaporkan telah mencederakan seorang Wanita cina ‘Amoi’ selepas bertikam lidah di Restoran Finch The Westin Kuala Lumpur.
Melalui laporan polis yang diterima melalui Wanita itu mendakwa beliau telah dicederakan di bahagian pipi selepas ditampar kerana pelaku tidak berpuas hati dengannya ekoran enggan menghiburkan rakan-rakannya di sebuah restoran di tingkat bawah the westin Kuala Lumpur pada 24 julai 2022 lalu.
Menurut pengadu dia yang mengalami kesakitan di bahagian yang telah ditampar turut menerima kecaman dari Kington Tong Kum Loong yang telah mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya seperti “ go fucking with them” dan selepas bertindak keluar dari premis berkenaan, beliau telah hadir ke balai polis untuk membuat laporan berkenaan.
Sementara itu, di dalam lampiran yang turut diemailkan kepada TCS juga, pengadu turut menceritakan sikap Kington yang gemar berfoya-foya dan turut mengambil dadah.
Kington sentiasa pergi ke kelab kegemarannya di Finch KL. Kington kebiasaannya akan pergi ke kelab ini bersama dengan rakan-rakan seperniagaannya dan bertemankan wanita-wanita di kelab itu.
“Di kelab, Kington dan teman-teman mereka akan berparti dengan minuman keras dan juga “drugs”. selama ini banyak kali Kington memukul wanita-wanita yang tidak mengikut kehendaknya. Apabila ini terjadi. Kington selalu mengunakan duit untuk membayar wanita-wanita yang dipukul untuk tidak membuat repot polis ke atasnya “ katanya dalam laporan emel.
Tambah pengadu lagi, kejadian memukul wanita ‘Amoi’ bukanlah kali pertama dilakukan oleh Kington, namun acapkali kejadian seumpama itu berlaku tetapi mereka tidak berani untuk tampil membuat laporan polis kerana Kington merupakan seorang peguam dan turut mempunyai gengster untuk melindungi tingkah lakunya.
“Pada 24 Julai 2022. Kington memukul seorang wanita di situ. Dan wanita ini tidak menerima segala alasannya juga duit sogokan oleh Kington. Wanita itu terus membuat repot polis untuk membantu wanita lain untuk tidak lagi menjadi mangsa Kington seterusnya”
“Memang ada lagi kes-kes sebegini namun ramai wanita mangsa Kington takut untuk bersuara disebabkan kami difahamkan Kington berstatus peguam dan mempunyai kawan gangster dan juga kawan-kawan dari pihak berkuasa untuk membantunya untuk membuang kes jika dilaporkan. Ini mendatangkan bahaya kepada sesiapa yang membuat laporan polis kata pengadu.
Pengadu juga mendakwa Kington sering tidak membayar wanita-wanita atau ‘amoi’ yang melayannya
“ Kington sering tidak membayar untuk wanita-wanita untuk melayannya. Hanya kawan dia “Si Gemuk” yang selalu tolong bayarkan wanita-wanita peneman di kelab. Kington bukan sahaja kaki perempuan tetapi seorang peguam terlibat dengan kumpulan kongsi gelap untuk melindungi dia dari perbuatan jahat dan suka menganiaya wanita.
Bagaimanapun sehingga ke hari ini tiada tindakan terhadap laporan Polis rujukan THSL/017677/22 di Balai Polis Petaling Jaya bertarikh 24 Julai 2022. Apa status laporan itu? Adakah didakwa di mahkamah?
BACA LAGI KINGTON TONG KUM LOONG