14 jun lalu Datuk Sri Sim Choo Thiam kroni Hamzah Zainudin yang dituduh kes rasuah RM15 juta melaporkan telah mengemukakan surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta agensi itu memberikan butiran terperinci berhubung empat tuduhan meminta dan menerima rasuah RM15 juta yang dihadapinya.
Semalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dilaporkan telah membuat serbuan ke rumah ketua pembangkang Hamzah Zainudin di Damansara, Kuala Lumpur.
Terdahulu, The Star dan Free Malaysia Today memetik sumber LHDN telah menyerbu kediaman ahli parlimen Larut itu. Serbuan telah dibuat semalam.
Menurut LHDN serbuan dibuat ekoran “dakwaan cukai pendapatan yang tak dilaporkan”
Hamzah berada di rumah ketika serbuan dan fail serta dokumen berkaitan akaun dan pemilikan aset telah dirampas.
Selain SPRM, siasatan dan serbuah LHDN kepada Hamzah sudah dijangka kerana kekayaan luar biasa. Kes Datuk Sri Sim Choo Thiam yang mendakwa membayar rasuah RM15 juta untuk Hamzah juga berkaitan.
Serbuan LHDN hanyalah sebagai prosedur kerana LHDN telah mempunyai semua dokumen berkaitan kekayaan Hamzah bekas Menteri KDN yang terkenal dapat sumber haram ‘gengster’ tetapi tidak membayar cukai kepada LHDN.
Sejak beliau menjadi Menteri KDN sekalipun PDRM mengumumkan penangkapan pengedaran dadah bernilai berbilion ringgit tetapi tiada satu pun kartel didakwa di zamannya.
Semua tahu Gengster dan Mafia membayar ufti kepada Hamzah Zainuddin termasuk Mafia Korporat.
BACA – Selepas Victor Chin, Fail Peguam Mafia Korporat Chong Loong Men pula terbongkar