Tai Booi Wee Pengerusi dan CEO GIIB Holdings Berhad membuat laporan polis diatas ugutan jenayah yang diterimanya dari seorang ahli perniagaan terkait Mafia Korporat Dato’ Sri Andy Lim Kok Han dan Datuk Choong Men di Social Bar Publika Kuala Lumpur 6 jun lalu.
Menurut salinan laporan polis yang diterima, Tai Booi Wee pengadu telah membuat dua laporan polis iaitu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi dan Petaling Jaya selepas menerima ugutan jenayah terhadap dirinya.
Di dalam laporannya itu, Tai Booi Wee menyatakan bahawa beliau telah hadir untuk satu mesyuarat yang mendesak beliau melantik dua pengarah baharu ke dalam syarikatnya iaitu GIIB Holding Bhd.
Katanya ketika itu juga, Dato’ Sri Andy Lim Kok Han atau Dato’ Teleng telah menunjukkan sepucuk pistol yang terselit di dalam seluar yang dipakainya dengan aksi mengangkat tangan selama 5 minit seolah-olah mengugut dan membunuhnya.
Lim Kok Han turut menyatakan bahawa nasib baik pistol itu berlesen, kalau tidak berlesen sudah pasti akan menembak beliau katanya dalam laporan itu.
Sementara itu, di dalam satu laporan polis berasingan pula ahli perniagaan itu mendakwa telah dikasari di bahagian mukanya.
Katanya pada 14 jun 2023, Dato’ Sri Lim Kok Han dan Datuk Chong Loong Men yang sama telah memanggilnya untuk bertemu di Hotel Sheaton di Petaling Jaya.
Sekali lagi Lim Kok Han menggesa pelantikan segera Lembaga Pengarah GIIB Holdings Berhad termasuk dirinya sambal menampar Tai Boon Wee di bahagian pipinya.
Lim Kok Han sekali lagi membuat ugutan dan menyatakan jika ini bukan hotel, “saya akan hentam kamu dan be carefull“ sementara Datuk Chong Loong Men bersamanya menahan dirinya dari meneruskan pergaduhan dengan Lim Kok Han yang menampar pipinya.
Tai Booi Wee kemudiannya membuat laporan polis ekoran berasa terancam dengan keselamtan dirinya serta keluarga ekoran kejadian itu.
Mafia Korporat mahu rampas GIIB Holdings
Semua hanya satu sebab iaitu mahu menguasai syarikat GIIB Holdings Berhad.
2 Jun lalu TheCorporateSecret melaporkan Dato’ Sri Andy Lim Kok Han muncul sebagai pemegang saham besar GIIB Holdings Bhd, selepas membeli 125.93 juta saham dalam syarikat pengeluar sarung tangan getah itu melalui perdagangan luar pasaran selepas memperoleh saham itu daripada Yee Voon Hon Pengarah Eksekutif GIIB yang melupuskan sahamnya pada tarikh sama pembelian oleh Lim Kok Han.
Lim Kok Han membelanjakan RM11.96 juta berdasarkan harga saham 19 Mei pada 9.5 sen dengan memegang 21.297% kepentingan dalam GIIB.
Kerana itu maka Lim Kok Han memaksa Tai Booi Wee memberi dua tempat kepada dia dan seorang lagi daripada Mafia Korporat.
Dalam masa sama Lim Kok Han menggunakan hubungan baiknya dengan SPRM untuk menahan semula semula Madam Wong Ping Kiong dan Tai Qiyao pada 30 Mei 2023 atas dakwaan memalsukan dokumen dan pecah amanah sehingga mengakibatkan kerugian dana syarikat berjumlah RM500,000.
Datuk Seri Hishamuddin Hashim Pengarah Kanan Siasatan SPRM mengesahkan perkara itu dibuat dibawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan (Akta 574).
Bagamanapun penahanan SPRM itu mengundang persoalan besar kerana ia dibuat selepas pembelian saham Dato’ Sri Lim Kok Han secara besar-besaran dalam GIIB Holdings Berhad. Mengapa sekarang?
Sumber juga mendedahkan penahanan dan tangkapan SPRM yang sengaja di ada-adakan agar tindakan dapat dibuat untuk merombak GIIB Holdings Berhad.
Modus operandi Mafia Korporat seperti Dato’ Lim Kok Han “Teleng’, Chong Long Men, Leong Seng Wui dan Ng Keok Chai adalah sama sebagaimana mereka merampas Green Packet, Classita Holdings dan Revenue Group Berhad.
Polis tangkap Lim Kok Han
Sumber rapat PDRM memaklumkan Lim Kok Han telah ditahan kerana kes peras ugut menggunakan senjata pistol.
Lim Kok Han akan direman beberapa hari bagi tujuan siasatan.
Polis wajar menahan Lim Kok Han yang terkenal menggunakan penguatkuasa SPRM.
Media sepatutnya dimaklumkan dengan penangkapan ini.