Kempen Pilihanraya 6 negeri semakin hampir selain parti politik mengatur strategi syarikat Mafia Korporat yang terkait dengan pemimpin politik juga merombak strategi agar tidak terkesan dengan kemelut politik dan isu-isu tular mengenai Ketua Mafia Datuk Victor Chin Boon Long (Mo Gui).
Pelbagai cara orang kanan Victor Chin seperti Chong Loong Men, Leong Seng Wui, Ng Keok Chai, Teoh Hai Hin dan Lim Kok Han lakukan. Ini termasuk meletak jawatan, menjual saham, membeli atau menjual anak syarikat dan masing-masing menumpukan kepada rampasan sesebuah syarikat awam.
Chong Long Men kekal mengurus 4 mafia korporat selain Victor Chin, Datuk Eddie Cha Woon Chet, Datuk Jacky Phang Chow Huat dan Kenneth Vun@ Vun Yun Lun. Leong Seng Wui meletak jawatan di Classita, Green Packet dan berpusat di Revenue Group. Ng Keok Chai meletak jawatan di Green Packet, Hongseng dan kini fokus sebagai Pengerusi Classita. Teoh Hai Hin kekal di Hongseng dan Lim Kok Han (Teleng) jual pegangan saham terbesar Green Packet dan membeli saham besar di GIIB Holding Berhad.
Mereka menangani siasatan polis, SPRM, Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia dan Pejabat Peguam Negara. Bekas pegawai penguatkuasa dan agensi dilantik sebagai Lembaga Pengarah syarikat.
PELETAKAN JAWATAN BUDAK KJ & PELUPUSAN SAHAM LIM KOK HAN
Namun ada sesuatu yang menarik dalam pertengahan mei ini apabila Datuk Firmansyah Aang Muhamad atau Dax Muhammad orang kanan Khairy Jamaluddin yang dilantik sebagai pengerusi bebas bukan eksekutif Green Packet pada 21 jun 2022 ketika KJ sebagai Menteri Kesihatan tiba-tiba meletak jawatan pada 18 Mei lalu.
Persoalan sebelum ini ialah mengapa Dax Muhammad orang kanan KJ dipilih oleh Green Packet? Rupanya Green Packet diberi projek KKM daripada KJ oleh itu Dax Muhammad diletakkan sebagai pengerusi untuk kepentingan KJ selain kumpulan Mafia Victor Chin menyumbang dana pilihanraya KJ.
Umum mengetahui KJ mempunyai dua proksi ahli perniagaan kepercayaannya iaitu Datuk Firmansyah Aang Muhamad dan Wan Quoris Shah bin Wan Abdul Ghani Pengarah syarikat kontroversi Ultra Kirana Sdn Bhd dalam kes rasuah Zahid Hamidi.
Mungkin Team KJ juga risau jika isu-isu Mafia Korporat boleh menjejaskan kempennya menyertai Perikatan Nasional.
MENGAPA LIM KOK HAN JUAL SAHAM KEPADA KUNAL TAYAL / G3 GLOBAL BERHAD?
Beberapa hari selepas peletakan jawatan Datuk Firmansyah sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Green Packet, Datuk Seri Andy Lim Kok Han sebelum ini yang menjadi pemegang saham utama Green Packet Bhd melupuskan 358.18 juta saham dalam kumpulan itu pada 26 Mei 2023.
Pada hari yang sama Kunal Tayal memperoleh 373.18 juta saham Lim Kok Han melalui syarikatnya Authethic Design Resources Sdn Bhd sebuah syarikat bersama rakan kongsinya Datuk Seri Aminul Islam pengasas Bestinet Sdn Bhd (Rujuk di bawah). Siapa tak kenal Datuk Seri Aminul pembayar rasuah terbesar pembekal pekerja asing di negara ini?
Kunal kini pemegang saham tunggal terbesar baharu dalam Green Packet dengan 18.71% kepentingan.
Pengiraan belakang sampul surat menunjukkan bahawa Lim boleh mengaut kira-kira RM14.33 juta, berdasarkan harga penutup Green Packet sebanyak empat sen pada 26 Mei 2023.
Kunal ialah pengarah bukan bebas dan bukan eksekutif G3 Global Bhd. Beliau juga merupakan ketua pegawai kewangan Bestinet Sdn Bhd, penyedia sistem IT yang membekalkan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) di Malaysia.
Bestinet Sdn Bhd pernah kontroversi insiden CEOnya direman SPRM kerana rasuah agen pekerja asing yang memproses kira-kira 345,861 kuota bagi tempoh Mei hingga 29 Julai 2022.
Hari ini pemilik Bestinet berselindung dalam G3 Global Berhad yang mana Green Packet juga merupakan antara pemegang saham terbesarnya. [Kisah G3 Global Berhad akan didedahkan dalam siri lain]
LIM KOK HAN KUASAI GIIB HOLDING BERHAD
Sebelum itu Bursa Malaysia pada 23 Mei 2023 mengumumkan Dato’ Sri Lim Kok Han muncul sebagai pemegang saham besar GIIB Holdings Bhd, selepas membeli 125.93 juta saham dalam syarikat pengeluar sarung tangan getah itu melalui perdagangan luar pasaran.
Pengiraan belakang sampul surat menunjukkan bahawa Lim Kok Han membelanjakan RM11.96 juta berdasarkan harga saham 19 Mei pada 9.5 sen. Berikutan pengambilalihan itu, Lim kini memegang 21.297% kepentingan dalam GIIB.
Saham itu diperoleh daripada Yee Voon Hon Pengarah Eksekutif GIIB yang melupuskan sahamnya pada tarikh sama pembelian oleh Lim Kok Han.
Inillah cara Victor Chin Boon Long dan budak-budaknya dalam urusan jual beli saham dan merampas syarikat. Dalam kes GIIB Holdings Berhad pada 30 Mei 2023, Lim Kok Han menggunakan SPRM untuk menahan lembaga pengarah GIIB atas dakwaan memalsukan dokumen dan pecah amanah sehingga mengakibatkan kerugian dana syarikat berjumlah RM500,000.
Persoalan besar mengapa selepas Dato’ Sri Lim Kok Han menguasai saham GIIB Holdings Berhad?
Operasi Dato’ Teleng Lim Kok Han bulan ini ialah membeli saham GIIB Holding Berhad sekaligus menjadi pemegang saham terbesar dan menjual saham terbesarnya di Green Packet Berhad kepada rakan baiknya Kunal Tayal. Semuanya sudah dirancang oleh Mafia Korporat seperti Lim Kok Han.
Kebetulan Datuk Firmansyah yang meletak jawatan Pengerusi Green Packet masih sebagai Pengarah Bukan Eksekutif di GIIB Holdings Berhad. Sudah tentu tugas Lim Kok Han lebih mudah nanti selepas menguasai sepenuhnya GIIB Holdings.
1 thought on “Orang kanan KJ letak jawatan Pengerusi Green Packet, bersekongkol Mafia Korporat Lim Kok Han rampas GIIB Holdings Berhad”