Disember 2022 kecoh mengenai Bekas Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bertegas tidak mengaku menandatangani sebarang Surat Setuju Terima (SST) kepada mana-mana syarikat berhubung projek tebatan banjir.
Namun selepas itu banyak surat kelulusan Kementerian Kewangan dan SST kepada Syarikat Mangkubumi Sdn Bhd (MSB) di dedahkan termasuk Projek Menaiktaraf Kolam Tebatan Banjir Krubong- Durian Tunggal sebagai Kolam Dwi-Fungsi untuk Tebatan Banjir dan Sumber Air Negeri Melaka (Secara Reka Bina) kos RM529,458,714.06 (RM529.4 juta).
Bukan itu sahaja ada banyak lagi projek tebatan banjir di Selangor bernilai lebih RM2 bilion diluluskan oleh Kementerian Kewangan atas permohonan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai menteri ketika itu.
Terbaru terdedah pula surat arahan kelulusan oleh Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Bekas Menteri KASA dan kelulusan dari MB Kelantan, Ustaz Ahmad Yaakob mengenai permohonan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur Pengangkutan dan Utiliti Negeri Kelantan menyokong permohonan Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).
Surat ini sokongan Dato’ Dr Sr Haji Azami Haji Mohd Noor susulan permohonan Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) yang ditolak oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Namun memerlukan kuasa khas Menteri KASA Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man meluluskannya.
Minit Menteri Besar Kelantan kepada surat Exco itu ialah
“YB Dato Seri, cadangan ini wajar, perlu disegerakan dan telah dilulus oleh MMK”
Manakala minit Menteri KASA Tuan Ibrahim ialah
“CEO SPAN, diluluskan dengan amaran.”
Apakah permohonan AKSB itu?
Surat AKSB itu dirujuk AKSB/JT/SPAN/21 (15) bertarikh 5 disember 2021, AKSB/JT/SPAN/22 (05) bertarikh 23 Januari 2022 dan AKSB/JT/SPAN/22 (05) bertarikh 27 Januari 2022.
AKSB hantar surat kepada SPAN mohon kelulusan cadangan pembangunan 3 loji rawatan air (LRA) dan melantik kontraktor SECARA RUNDINGAN TERUS bagi projek LRA Mini di Ketereh Jajahan Kota Bharu, LRA Mini di Meranti Baru Jajahan Pasir Mas dan LRA Mini di Taman Teluk Mesira Jajahan Bachok.
SPAN melalui surat bertarikh 28 April 2022 rujukan SPAN/BPT/800-3/3/AKSB (61) di jawab oleh Dato’ Haji Ahmad Faizal Abdul Rahman Ketua Pegawai Eksekutif SPAN tidak luluskan permohonan AKSB di bawah Peraturan 16(a), Peraturan Perlesenan untuk LRA Meranti Baru.
Apakah Peraturan 16(a) itu?
“Pemegang lesen individu hendaklah mengadakan aktiviti yang dibenarkan di bawah lesennya sahaja kecuali dengan kelulusan bertulis Suruhanjaya terlebih dahulu.”
Semuanya kerana kontraktor kroni PAS iaitu Largus Engineering Sdn Bhd yang dilantik secara runding terus. AKSB tidak boleh mengubah status lesen Largus Engineering Sdn Bhd yang diluluskan bersyarat dan untuk LRA Mini Ketereh sahaja tetapi tidak boleh bagi LRA Meranti Baru.
Ini bermakna kelayakan kontraktor dipersoal namun kerana Menteri KASA Tuan Ibrahim salah guna kuasa maka memberi kelulusan khas kepada Largus Engineering Sdn Bhd.
SIAPA LARGUS ENGINEERING SDN BHD YANG KERAJAAN KELANTAN PILIH?
Largus Engineering Sdn Bhd syarikat didaftar di Selangor. Semua lembaga pengarahnya bukan Bumiputera. Pendapatan tahunan sekitar RM7 juta dan kerugiannya sebelum cukai hampir RM2 juta. Bagaimana AKSB dan Kerajaan Kelantan memilih AKSB? Banyak wang atau mungkin boleh bayar rasuah sehingga Menteri KASA meluluskan lesen khas syarikat ini.
Bagaimanapun bagi projek LRA Mini Mesira SPAN memaklumkan AKSB tidak memerlukan kelulusan khas bagi Syarikat NR Chemical & Organic Industry (M) Sdn Bhd secara rundingan terus kerana dikategorikan sebagai projek perintis.
Amaran SPAN daripada surat kelulusan khas Menteri KASA Tuan Ibrahim bahawa peringatan tiada lagi perolehan rundingan terus hanya satu gimik ia kelulusan khas menteri beramaran wal hal niatnya satu iaitu kelulusan projek itu kepada syarikat kontraktor kroni.
Persoalan besar yang perlu dirungkai ialah Mengapa AKSB dan Pengerusi Kerjaraya, Infrastruktur Pengangkutan dan Utiliti Negeri Kelantan melaksana projek itu secara rundingan terus kepada kontraktor yang tidak layak dan melantik tanpa kelulusan SPAN terlebih dahulu? Surat AKSB hanya memaklumkan pelantikan dan mohon kelulusan khas lesen syarikat.
Mengapa Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memberi kelulusan khas sedangkan terbukti ia melanggar prosedur kerajaan?
Mengapa AKSB tidak melaksana projek secara tender terbuka?
SPRM wajar menyiasat Tuan Ibrahim Tuan Man bekas Menteri KASA, Dato’ Dr Sr Haji Azami Haji Mohd Noor Pengerusi Kerjaraya, Infrastruktur Pengangkutan dan Utiliti Negeri Kelantan dan Pengurus Besar Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).
Apakah hubungan mereka dengan syarikat Largus Engineering Sdn Bhd dan Syarikat NR Chemical & Organic Industry (M) Sdn Bhd sehingga dilantik secara rundingan terus?
SPRM mungkin akan menemui jawapannya jika siasatan dibuka.
Tahun 2021 bekas Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan pegawainya ditahan SPRM kerana isu rasuah melibatkan melibatkan dana RM27 juta. Jadi siasatan SPRM sekarang bukanlah sesuatu yang asing.