Sejak Mac lalu dunia korporat Malaysia dikejutkan dengan pendedahan Mafia Korporat di ketuai Datuk Victor Chin Boon Long (CBL) yang merampas syarikat senarai awam Caely Holdings Berhad (Kini Classita Holdings Berhad) dan Revenue Group Berhad.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Setiausaha Polis, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin,mengesahkan telah membuka kertas siasatan berhubung skandal Mafia Korporat itu. Fail Victor Chin Boon Long dan fail forensik siasatan Classita Holdings Berhad juga telah didedahkan kepada umum.
BACA – Rahsia MAFIA korporat Malaysia, Victor Chin Boon Long peralat penguatkuasa terbongkar
BACA – Laporan Mafia Korporat – Polis sahkan kertas siasatan telah dirujuk kepada peguam negara
Rakyat akhirnya mengenal sosok-sosok orang kanan Mafia Korporat seperti Datuk Chong Loong Men, Datuk Teoh Hai Hin (Hong Seng Consolidated) Datuk Sri Lim Kok Han (Orang Tengah SPRM), Ng Keok Chai (Bekas Polis) dan Leong Seng Wui (Revenue Group).
Rangkaian Mafia Korporat bukan calang-calang mereka menguasai Pegawai Siasatan D SPRM, pejabat Peguam Negara, polis di beberapa balai negeri, Pegawai Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). The CorporateSecret telah mendedahkan mengenai mereka namun undang-undang masih berpihak kepada mereka.
Sehingga ke hari ini Mafia Korporat masih bebas walaupun Dato’ Sri Lim Kok Han sedang berhadapan siasatan kes ugutan pistol terhadap CEO GIIB Holdings Berhad. Kes kini diperingkat akhir untuk pertuduhan mahkamah.
CHONG LOONG MEN – RANGKAIAN MAFIA KORPORAT TERBESAR
Kekuatan Mafia Korporat ialah melalui Peguam Mafianya iaitu Datuk Chong Loong Men bekas DPP Peguam Negara dan Suruhanjaya Sekuriti menggunakan kedudukannya masuk dalam sektor korporat. Chong Loong Men bukan saja menjadi peguam malah menjadi Ahli Lembaga Pengarah dan pemegang saham syarikat milik Mafia Korporat.
Chong Loong Men bukan saja berkhidmat dengan Victor Chin Boon Long tetapi kepada ahli perniagaan Mafia yang terlibat dengan skandal Penny Stock seperti Datuk Jacky Phang Chow Huat, Kenneth Vun@ Vun Yun Lun dan Datuk Eddie Cha Woon Chet. Semuanya boleh dibaca di sini
BACA – Selepas Victor Chin, Fail Peguam Mafia Korporat Chong Loong Men pula terbongkar
TheCorporateSecret (TCS) banyak memberi tumpuan dan pendedahan mengenai Victor Chin Boon Long sejak Mac lalu.
Namun kali ini TCS akan membongkar Mafia Koporat yang juga terlibat dalam skandal Penny Stock yang digerakkan Datuk Jacky Phang Chow Huat, Kenneth Vun@ Vun Yun Lun dan macainya Datuk Eddie Cha Woon Chet. Semua syarikat yang terlibat dalam skandal Penny Stock nampaknya berkait dengan Chong Loong Men juga yang mengurus Jacky Phang dan Kenneth Vun.
Hari ini syarikat-syarikat seperti di atas milik Datuk Jacky Phang Chow Huat, Kenneth Vun@ Vun Yun Lun terus memainkan peranan memanipulasi pasaran. Dulu ada yang beranggapan Jacky Phang Chow Huat dan Kenneth Vun adalah ‘penggoreng’ saham tidak seperti Victor Chin sehingga merampas syarikat. Namun semakan TCS nampaknya Datuk Jacky Phang Chow Huat dan Kenneth Vun juga kini sudah mula kepada perampasan syarikat.
Kerjasama Chong Loong Men dan WONG YUN FUI Bahagian Siasatan Sektor Swasta- Cawangan Siasatan D SPRM nampaknya merubah cara kerja Mafia Korporat yang bukan saja Victor Chin Boon Long tetapi juga pasukan Jacky Phang Chow Huat dan Kenneth Vun. Ini turut dibantu Tan Kang Sai Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM.
Sekalipun media Theedgemarkets mendedahkan skandal Penny Stock pada tahun 2020 membongkar penglibatan Datuk Jacky Phang Chow Huat dan Kenneth Vun@ Vun Yun Lun namun kini wajar diketengahkan semula. Ini kerana permainan Jacky Phang Chow Huat dan Kenneth Vun tidak pernah terhenti.
MENGAPA CFM? CFM TIPU PM & PELABUR THAILAND
Mafia Korporat Jacky Phang dan Kenneth Vun adalah pakar memanipulasi saham. Kenneth Vun pernah didakwa di mahkamah oleh SC beberapa kali kerana skandal manipulasi saham.
Terbaru Mafia Korporat ini cuba melakukan penipuan kepada Perdana Menteri Malaysia PMX dan pelabur dari Thailand.
Bagi memudahkan perbincangan ini kita melihat 3 syarikat yang dikuasai Datuk Jacky Phang Chow Huat iaitu Computer Forms (Malaysia) Berhad, Fitters Diversified Berhad dan BSL Corporation Berhad. 3 syarikat ini semua pemegang saham utamanya ialah Datuk Jacky Phang Chow Huat didokong pula oleh syarikat dan proksi terkait Kenneth Vun. Lembaga Pengarah pun biasanya adalah sama dan ‘budak-budak’ Jack Phang Chow Huat.
Jack Phang Chow Huat menguasai 64.97 peratus saham individu terbesar dalam Computer Forms (Malaysia) Berhad. Belum termasuk anak syarikatnya Arena Evolusi Sdn Bhd (4.61%), Cita Realiti, Dato’ Sri Lim Kok Han (2.06%), dan saham-saham proksi. Dato’ Tan Choon Hwa (Naib Presiden CFM) gengster yang dikaitkan dengan Perikatan Nasional mempunyai 2.7 juta saham atau 1.34% kepentingan. Bekas Menteri KDN Datuk Seri Hamzah Zainudin mempunyai 600,000 saham atau 0.29%.
Dato’ Sri Lim Kok Han semua tahu baru-baru ini cubaan rampasan Mafia Korporat terhadap syarikat GIIB Holdings Berhad dan kes ugutan pistolnya bersama Chong Loong Men.
Bagi mengukuhkan CFM maka Tan Sri Datuk Seri (Dr) Mazlan Lazim bekas Timbalan Ketua Polis Negara dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif. Tan Sri juga dalam tempoh Mac lalu mengikut arahan Jacky Phang untuk melakukan jual beli dan lupuskan saham ketika manipulasi saham dibuat.
Inilah kehebatan Mafia Korporat terlibat ‘Penny Stock’ mereka melakukan jual beli saham sesama sendiri untuk manipulasi harga saham. Semua syarikat dikuasai mereka mendapat untung. Jika saham syarikat jatuh mereka menggunakan syarikat lain pula membeli saham itu.
Sejak September 2022, Computer Forms (Malaysia) Berhad mengumumkan menjalinkan Syarikat usaha sama (JV) dengan Energy Absolute Public Company Ltd (EA) sebuah syarikat dari Thailand.
Lanjutan itu pada 5 Januari 2023 disaksikan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), CFM – EA mengumumkan melabur RM5 bilion bagi membangunkan kilang pengeluaran kenderaan elektrik (EV) dan mengendalikan projek tenaga boleh diperbaharui (RE) di Malaysia.
Pelaburan mega itu membabitkan pembinaan kilang pengeluaran di lokasi yang bakal dimuktamadkan kemudian sama ada di Negeri Sembilan, Selangor atau Melaka.
Jacky Phang Chow Huat dan kumpulan Kenneth Vun sebenarnya hanya mahu memperalatkan pelabur dari Thailand untuk melonjakkan harga saham CFM. Pengarah Urusan CFM Datuk Wira Justin Lim yang bertanggungjawab membawa syarikat EV Thailand itu Malaysia sebenarnya ditipu oleh Jacky Phang. Lantaran itu 27 jun lalu dalam pengumuman Bursa Malaysia Datuk Wira Justin Lim meletak jawatan Pengarah Urusan CFM.
Pertemuan CFM bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 5 Januari 2023 telah melonjakkan saham CFM luar biasa sehingga mencecah paras tertinggi 52 minggu sebanyak RM2.96 sehari selepas perjanjian EV diumumkan pada 5 Jan.
Sebahagian besar syarikat berhad kawalan Mafia Korporat Jacky Phang mempunyai harga saham bawah RM 0.10, Sanichi Technology Berhad RM 0.020, Metronic Berhad RM 0.015, BCM Mall Berhad, PNE PCB Berhad, PDZ Holding berhad, dan lain-lain menjadi pemain utama pembelian saham di CFM.
Eksesais Jacky Pang baru-baru ini dengan Fitters Diversified Berhad dan BSL Corp adalah berita besar dalam pasaran, saham CFM menjunam lebih daripada 80% kejatuhan saham selepas pegangan memperoleh, Pelabur dari Thailand melabur dalam CFM Berhad untuk usaha sama pengeluaran EV itu.
Sebenarnya jika kita melihat pengumuman Bursa Jacky Phang sejak September 2022 lagi sudah membeli saham CFM sebelum melupuskannya pada Mac 2023 yang menyaksikan kejatuhan saham CFM.
Tindakan Fitters dan CFM membeli saham BSL Corp terus memburukkan saham CFM.
Sebelum itu pada 14 Mac lalu Fitters Diversified Bhd mempertahankan pembelian saham dan waran bernilai RM34 juta dalam CFM.
Siapa dalam Fitters Diversified Bhd?
Pemegang saham individu terbesar Fitters ialah Jacky Phang Chow Huat iaitu 48 juta saham atau 7.9 peratus. Pengerusi Bukan Eksekutif ialah Dato’ Sok One A/L Esen bekas pegawai kanan SPRM ‘Budak Lim Kok Han). Lembaga Pengarahnya budak Jacky Phang dan Kenneth iaitu Hoo Swee Guan, Dato’ Sri gan Chow Tee, Wong Kok Seong, Kho See Ying dan Tan Li Sin. Ini bermakna semua arahan di Fitters Diversified jual beli saham adalah kuasa Jacky Phang.
Siapa berani ganggu syarikat yang ada kaitan dengan Pegawai Kanan SPRM?
CFM pada 15 Mac mengumumkan kepada Bursa Malaysia telah melanggan agregat 110.1 juta saham kanan dan lebihan saham kanan BSL pada harga terbitan 5.5 sen setiap satu. Ini berjumlah RM6.06 juta, atau 5.7% kepentingan ekuiti daripada modal saham BSL yang diperbesarkan. Pemegang saham terbesar BSL Corp kini ialah Mafia Korporat Jacky Phang.
Persoalan besar ialah bagaimana Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti membenarkan pembelian dan penjualan saham kepada syarikat milik mereka sendiri? Ini jelas satu manipulasi saham dan ‘insider trading’.
Mengapa SC yang di Pengerusikan Datuk Awang Adek tidak bertindak?
CFM sepatutnya mengumpul keuntungan kenaikan harga sahamnya bagi membiayai pelaburan CFM dan Syarikat EA daripada Thailand itu tetapi sebaliknya Jacky Phang menggunakan dana itu untuk membeli saham BSL Corp.
Lantaran itu pada 8 Mac lalu Bursa Malaysia mengemukakan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) selepas harga sahamnya naik dan menjunam teruk itu. Seperti biasa jawapan Mafia Korporat ialah “tidak mengetahui” sebarang perkembangan korporat lain atau khabar angin yang berkaitan dengan perniagaan dan hal ehwal syarikat dan anak-anak syarikatnya yang boleh menyumbang kepada kejatuhan harga saham.
Peletakan jawatan Datuk Wira Justin Lim Pengarah Urusan CFM pasti bakal menjejaskan pelaburan Syarikat Energy Absolute Public Company Ltd (EA). Selepas mereka di tipu oleh Jacky Phang dan geng-gengnya sudah tentu pelaburan RM5b terjejas. Ini akan memalukan Perdana Menteri jika tidak ditangani. Apatah lagi jika mereka melaporkan secara rasmi kepada Kedutaan dan pihak berkuasa Thailand.
Pelabur EV Thailand pasti tidak mahu bersama CFM dan Jacky Phang yang menipu!. Rakan Mafia Korporat Jacky Phang Kenneth Vun pasti terkesan kerana dilaporkan beliau menjadi rakan perniagaan kepada Pelabur dari Thailand itu. Jacky Phang dan Kenneth Vun boleh pilih sama ada Kerajaan dan PM senarai hitamkan CFM dan rangkaiannya atau meneruskan pelaburan Syarikat Gergasi Thailand itu dengan syarikat lain.
Apakah berlaku selepas ini? SC pasti tidak bertindak. Bahagian Siasatan D SPRM pula sedang lapar dan menunggu upah daripada Chong Loong Men, Jacky Phang dan Kenneth Vun.
Mungkinkah Jacky Phang akan lari keluar negara?