Kumpulan Jetson Bhd, sebuah syarikat pembinaan dan pengilangan mengumumkan Pengarah Urusan kumpulannya Datuk Teh Kian An kini dilantik menjadi Pengerusi Eksekutif Kumpulan Jetson
Teh, 75 tahun, adalah salah seorang pengasas Jetson dan memiliki 6.10% pegangan saham dalam kumpulan tersebut.
Bagaimanapun Teh dilaporkan masih memegang sejumlah saham besar dari keluarga, beberapa individu dan kumpulan dalam syarikat itu.
Kumpulan tersebut juga mengumumkan perubahan jawatan Pengerusi Bukan Eksekutifnya, Datuk Dr Ong Ah Soon, menjadi Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif.
Ong sahabat Datuk Teh memegang pegangan saham sebanyak 0.17% dalam Jetson.
Perubahan dalam lembaga pengarah akan berkuat kuasa mulai hari Khamis (22 Jun), seperti yang ditunjukkan dalam penyataan bursa pada Selasa (20 Jun).
Sebelum ini Peguam ‘Scammer’ Kington Tong Kum Loong Pengarah Bukan Eksekutif Jetson didalangi oleh Mafia Korporat dan Chin Chan Leong Pengerusi Fountain View mendalangi pembelian saham dalam kumpulan tersebut sejak bulan lalu.
Dari 25 Mei hingga 13 Jun, Tong telah membeli lebih 74 juta saham secara langsung dan tidak langsung atau 27 peratus kepentingan.
Sekalipun Kington Tong pemegang saham individu terbesar di Jetson namun Kington tidak boleh selesa memandangkan Dato’ The Kan An yang kini Pengerusi Jetson mempunyai kejutan tersendiri dalam penguasaan kepentingan syarikat dalam EGM syarikat hari ini.
Kington Tong bersama Chong Loong Men dilaporkan memanipulasikan harga saham di Jetson.
Pembelian Kington Tong Kum Loong berterusan setiap hari sebelum EGM melonjakkan saham Kumpulan Jetson 43 sen pada 12 Jun sebelum jatuh kembali kepada 33 sen pada 13 jun. Kington meraih untung dari kenaikan harga saham dan tahu dia rugi selepas itu maka dia juga menjual sahamnya pada 13 jun . Harga saham Jetson sehingga 20 Jun kekal jatuh 27 sen.
Harga saham Jetson turun 34.88% dari harga tertinggi 43 sen pada 12 Jun, menjadi 28 sen pada 14 Jun.
Pada hari Selasa, saham tersebut diperdagangkan 3.64% atau dua sen lebih rendah pada 26 sen, dengan modal pasaran sebanyak RM71.01 juta.
Kington dilaporkan berhadapan kes polis selepas memukul seorang Wanita cina di Club Finch KL. Laporan polis itu dibuat tahun lalu namun polis belum mengesahkan perkara itu sama ada kes ditutup atau kekal dibuka.