TheCorporateSecret (TCS) telah mendedahkan sebelum ini mengenai Ketua Mafia Datuk Victor Chin Boon Long (Mo Gui) bersama orang-orang kanannya seperti Chong Loong Men, Leong Seng Wui, Ng Keok Chai, Teoh Hai Hin dan Lim Kok Han merampas syarikat senarai awam di negara ini.
Green Packet, Classita dan Revenue Group kini dalam poket mereka, GIIB Holdings melalui Lim Kok Han dan Chong Loong Men sedang diusaha dirampas kini Kumpulan Jetson Berhad pula dalam sasaran.
Di GIIB Holdings geng Mafia Korporat menggunakan SPRM untuk memberi tekanan kepada Tai Boon Wee dan Lembaga pengarahnya agar melantik Lim Kok Han sebagai Pengarah Bukan Eksekutif baharu di GIIB. Namun Dato’ Sri Lim Kok Han tersilap menggunakan kekerasan mengugut Tai Booi Wee menggunakan pistol menyebabkan polis bertindak menahannya.
BACA – Mafia Korporat Lim Kok Han direman Polis peras ugut guna pistol terhadap Pengerusi GIIB Holdings Berhad
PEGUAM ‘SCAMMER’ KINGTON TONG KUM LOONG & CHONG LOONG MEN
Seperti dalam GIIB Holdings Berhad Peguam Mafia Korporat Chong Loong Men memainkan peranan penting menguasai syarikat itu. Siapa tidak kenal Chong Loong Men orang kanan kepercayaan Datuk Victor Chin Boon Long. Selain Victor Chin beliau terlibat dengan Mafia korporat dalam skandal Penny Stock seperti Datuk Eddie Cha Woon Chet, Datuk Jacky Phang Chow Huat dan Kenneth Vun@ Vun Yun Lun.
BACA FAIL CHONG LONG MEN – Selepas Victor Chin, Fail Peguam Mafia Korporat Chong Loong Men pula terbongkar
Dalam Kumpulan Jetson Berhad, Peguam ‘Scammer’ Kington Tong Kum Loong dari pejabat guaman Tetuan Messrs Kington Tan Dzul yang dibawa masuk oleh Dato’ Foong Chee Meng cuba menipu Datuk Teh Kian An pengasas Kumpulan Jetson dalam urus niaga jual beli saham. Harapkan pagar, pagar makan padi.
Kington Tong Kum Loong menambah kepentingannya di Jetson sehingga menjadi Pengarah Bukan Eksekutif yang memiliki saham individu terbesar di Kumpulan Jetson.
Niat jahat Peguam Kington Tong sangat jelas selepas beliau membawa Peguam Mafia Korporat Chong Loong Men bersamanya bertemu dengan Datuk Teh Kian An agar menjual sahamnya kepada Mafia Korporat dengan mengugut menggunakan pistol sebagaimana GIIB Holding Berhad.
Ini bermakna selain ‘scammer’ Dato’ Chin Chan Leong pengasas Fountain View Development Berhad, Mafia Korporat turut berada di belakang Peguam ‘Scammer’ Kington Tong. Tujuan mereka jelas menguasai syarikat dan meranapkan syarikat-syarikat itu sebagaimana seperti Green Packet, Classita dan Revenue Group.
Mahukah Lembaga Pengarah dan pemegang saham Kumpulan Jetson melihat syarikat itu musnah?Mesyuarat Agung Luar Biasa syarikat itu akan menentukan kedudukan kumpulan Jetson sama ada mahu menyerahkan kepada Mafia Korporat atau Peguam ‘Scammer’ Kington kaki pukul ‘amoi’
MANIPULASI SAHAM KUMPULAN JETSON
Menjadi persoalan besar daripada mana seorang Peguam seperti Kington Tong Kum Long mempunyai banyak wang membeli saham seperti di Kumpulan Jetson Berhad dan Kumpulan Asastera Berhad (kini Kinergy Advancement Berhad)?Jawapannya selain duit Dato’ Chin Chan Leong bekas bosnya ia juga daripada Mafia Korporat. Oleh itu terdapat desakan kepada LHDN dan SC menyiasat dari mana sumber dana Peguam ‘Scammer’ Kington.
Sejak Mei sehingga 13 Jun lalu Kington Tong Kum Long dilihat banyak membeli saham Kumpulan Jetson Berhad. Di atas kertas Kington Tong Kum Long kini antara pemegang saham individu terbesar iaitu melebihi 27 peratus kepentingan atau 74,029, 800 saham langsung atau tidak langsung.
Pembelian Kington Tong Kum Loong berterusan setiap hari sebelum EGM melonjakkan saham Kumpulan Jetson 42 sen pada 12 Jun sebelum jatuh kembali kepada 33 sen pada 13 jun. Kington meraih untung dari kenaikan harga saham dan tahu dia rugi selepas itu maka dia juga menjual sahamnya pada 13 jun . Harga saham Jetson sehingga 20 Jun kekal jatuh 27 sen.
Kington berusaha keras mahu membeli saham-saham Jetson sebelum 14 Jun 2023. Melalui emel yang dihantar membuktikan perkara itu menggunakan pejabat guamannya Messrs Kington Tan Dzul.
Sekalipun Kington dan Mafia Korporat cuba memanipulasikan saham nampaknya Kington akan berhadapan tugas sukar untuk EGM Kumpulan Jetson memandangkan para pemegang saham lain kini kenal siapa dia Peguam ‘Scammer’ kaki pukul amoi ini.
Bagaimana jika polis membuka siasatan kes dan pendakwaan di mahkamah pastinya akan memberi kesan buruk kepada imej syarikat?
BACA – Penguam ‘Scammer’ Kington pukul ‘amoi’ maki “go fucking with them” di Club Finch KL
Apa akan berlaku selepas ini?
Semalam dalam pengumuman Bursa Malaysia pengasas Kumpulan Jetson Datuk Teh Kian An mengukuhkan kedudukannya dengan merombak lembaga pengarahnya. Datuk Teh Kian An sebelum ini sebagai Pengarah Urusan kini sebagai Pengerusi Eksekutif Kumpulan Jetson Berhad.
Tugas pemegang saham dan Lembaga Pengarah Kumpulan Jetson selepas ini ialah membuang Peguam ‘Scammer’ Kington Tong Kum Loong dan agen Mafia Korporat dalam syarikat. Jetson akan hancur sebagaimana syarikat lain yang dikuasai oleh Mafia Korporat.