Nampaknya isu Khazanah Nasional tidak pernah surut. Ketika Azmin menjadi Menteri Ekonomi Khazanah mengumumkan kerugian RM6.3 bilion untuk tahun 2018. Banyak aset Khazanah dijual seperti Pusat Perubatan Prince Court (PCMC- RM1.02b), Pantai Holdings, IHH kepada Japan’s Mitsui & Co Ltd (RM8.42 bilion) dan MI Axiata.
Tahun 2020 Azmin hampir menjual SilTerra Sdn Bhd syarikat semikonduktor kepada Green Packet dan syarikat China namun akhir berjaya kepada syarikat tempatan DNeX Berhad pada harga RM273 juta.
Awal April lalu rakyat di negara ini dikejutkan penjualan kepentingan Iskandar Malaysia Studios Sdn Bhd (IMS) melalui Granatum Ventures Sdn Bhd kepada Studio Management Services Sdn Bhd (SMS) sebuah consortium pengurusan Malaysia dengan syarikat Singapura GHY Culture & Media Holding Co, Ltd
Tapi itulah Khazanah! Ada banyak isu sekalipun kerajaan bertukar silih ganti. Sama ada Zaman Najib, Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin, Ismail Sabri dan kini Datuk Seri Anwar Ibrahim para pegawainya sangat licik menyusun projek dan merembat dana Khazanah. Budaya ‘sakau’ dah berakar umbi dalam Khazanah.
Anwar Ibrahim PMX nampaknya mempunyai cabaran dalam Khazanah termasuk merombak BOD lantikan Tan Sri Muhyiddin dan juga anak-anak syarikat Khazanah.
Terbaru ialah isu penjualan Kidzania Singapore pada harga tidak masuk akal oleh Khazanah Nasional yang kini akan dibincangkan oleh kerajaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan mengadakan mesyuarat dan pertemuan dengan Khazanah bagi membincangkan lanjut isu penjualan itu.
“Yang (perkara) itu kita mesyuarat dulu,” katanya selepas ditemui
Media sebelum ini melaporkan, Khazanah dikatakan menjual Kidzania Singapore pada harga tidak masuk akal kepada pengendali taman tema, Sim Leisure Group baru-baru ini pada harga tidak masuk akal iaitu SG$110,000 (RM380,000).
Difahamkan, Khazanah dan Boustead Holdings Bhd melancarkan Kidzania di Singapura pada 2016 dengan suntikan modal SG$48 juta (RM165.52 juta) ke dalam projek itu.
Bagaimanapun, pengurusan buruk taman tema itu oleh Khazanah menyaksikan ia merekodkan pendapatan SG$15 juta (RM51.73 juta) dan kerugian selepas cukai SG$8.3 juta (RM28.63 juta).
Singapore Business Times memaklumkan, Kidzania Singapore juga berhutang SG$53.4 juta (RM184.17 juta) kepada pemiutang, dengan sebanyak 93 peratus hutang terhutang kepada Theme Attractions Resorts & Hotels Sdn Bhd (TARH), anak syarikat Khazanah.
Khazanah Nafi jual KidZania Singapura
Memetik laporan media Khazanah Nasional Bhd menafikan laporan berita yang mengatakan kumpulan tersebut telah menjual KidZania Singapore yang telah dihentikan kepada Sim Leisure Group Ltd dengan harga S$110,000 (RM380,000).
Khazanah menjelaskan bahawa Sim Leisure, pengendali baru KidZania, telah membeli semua aset tidak bergerak daripada Likuidasi dan kemudiannya berunding untuk mendapatkan lesen francais dengan KidZania Mexico.
“Keputusan oleh Sim Leisure untuk memulakan semula KidZania di Singapura seperti yang dinyatakan dalam pengumuman mereka pada 12 Jun 2023 adalah tidak berkaitan dengan Destination Resorts and Hotels Sdn Bhd (DRH) atau mana-mana subsidiari kami.
“Ini kerana lesen operasi Rakan Riang Pte Ltd (Rakan Riang) telah dimansuhkan pada Jun 2020,” kata kenyataan tersebut.
KidZania, yang dibuka pada Julai 2016, dikendalikan oleh Rakan Riang, sebuah anak syarikat DRH, Dulu Themed Attractions Resorts & Hotels Sdn Bhd (TARH). DRH adalah anak syarikat Khazanah Nasional.
Rakan Riang mengaku gagal mengurus KidZania atas alasan pandemik Covid-19 dan kelembapan ekonomi yang menyebabkan pelantikan likuidator pada 11 Jun 2020, untuk mengutip dan melikuidasi semua aset Rakan Riang dan mengagihkan hasil jualan kepada semua pemiutang.
Persoalannya kalau dah 93 peratus berhutang kepada Theme Attractions Resorts & Hotels Sdn Bhd (TARH) atau DRH, Rakan Riang Pte Ltd anak syarikat DRH di bahagian mana Destination Resorts and Hotels Sdn Bhd tidak berkaitan? Anak syarikatnya yang berhutang dengan Destination Resorts and Hotels Sdn Bhd milik Khazanah juga.
Apa sebenarnya masalah Khazanah Nasional Berhad?
Semua masalah Khazanah adalah kerana Stephanie Saw Ai Lin – Pengarah Urusan Kumpulan & CEO Destination Resorts and Hotels Sdn Bhd (DRH)
Beliau dan pasukannya dalam DRH atau dulu Theme Attractions Resorts & Hotels Sdn Bhd (TARH) gagal menguruskan anak syarikat Khazanah Nasional Berhad itu.
Dilantik Khazanah sejak April 2019, Stephanie digelar ‘number lady’ seperti akauntan dalam filem mafia memalsukan keuntungan dan jangkaan untuk memastikan bahawa Lembaga Khazanah tertipu apa saja projek di bawahnya.
DRH adalah syarikat pemegang pelaburan yang ditubuhkan untuk membangun, mengurus, dan mengendalikan destinasi perhotelan dan tarikan pelancongan menggunakan dana Khazanah Nasional Berhad.
TAR&H berperanan sebagai pemangkin untuk industri rekreasi dan pelancongan dengan membawa hotel, resort, padang golf, dan tarikan dunia yang terbaik ke rantau ini. Antara kendaliannya ialah Desaru Coast, LEGOLAND® Malaysia Resort, KidZania (Kuala Lumpur dan Singapura), Puteri Harbour Time, SANRIO HELLO KITTY TOWN (Jepun), Thomas Town Hotel Jen Puteri Puteri Harbour, The Datai Langkawi dan The Els Club Malaysia (The Els Club Teluk Datai dan The Els Club Desaru Pantai).
Semakan terhadap Destination Resorts and Hotels Sdn Bhd ternyata Stephanie Saw Ai Lin dan pasukannya berjaya merugikan anak syarikat Khazanah itu. Kerugian selepas cukai ialah RM669.7 juta. Sejak awal DRH menjalankan perniagaan telah rugi RM2.8 bilion.
Apa lagi selepas ini bakal dijual oleh Stephanie Saw? Pada Mac 2019 kecoh Khazanah Nasional sedang mempertimbangkan untuk menjual Legoland Malaysia Resort (Legoland Malaysia) dengan bernilai sekitar RM1 bilion (AS$245 juta) termasuk hutang. Bagaimanapun usaha ini terhenti kerana reaksi rakyat. Mudah kerja Stephanie timbangkan potensi dan menjual pelaburannya.
Kegagalan mengurus Kidzania Singapore dan Malaysia akhirnya merugikan Khazanah dan wang rakyat ratusan juta. Ini adalah kegagalan Stephanie Saw. Beliau Pengarah Urusan dan CEO yang dipercayai oleh Lembaga Pengarah Khazanah sejak zaman Tan Sri Dato Azman Mokhtar lagi.
Kemampuannya ialah mempengaruhi Pengarah Urusan Khazanah sehingga Perdana Menteri untuk mengeluarkan ratusan hingga bilion ringgit bagi projek Hotel, taman air, taman tema, dan dewan perhimpunan.
Satu lagi projek bermasalah berbelanja bilion ringgit ialah Projek Desaru Coast melalui Desaru Development Sdn Bhd (DDC), Destination Resorts and Hotels Sdn Bhd (DRH) dan beberapa syarikat kroni Tan Sri Dato’ Sri Esa Mohamed dan Dato’ Choo Keng Weng. Semua syarikat ini melibatkan Stefanie Saw.
TheCorporateSecret telah mendedahkan sebelum ini dua siri mengenai Tan Sri Esa Mohamed dan Dato’ Choo Keng Weng kroni Tan Sri Muhyiddin yang membolot dana Khazanah.
BACA – Taikun Choo Keng Weng di belakang Tan Sri Esa Kroni Muhyiddin rembat dana Khazanah Projek Desaru
PART 2 artikel ini akan mendedahkan penglibatan Stephanie Saw dalam Projek Desaru Coast. Bagaimana beliau sebagai dalang membantu syarikat Kroni Muhyiddin sapu projek di Development Sdn Bhd (DDC), Destination Resorts and Hotels Sdn Bhd (DRH).
KidZania sudah lingkup kini menunggu Projek Desaru menunnggu nasib sama mungkin akan dijual kepada pihak tertentu. Sekarangpun sudah ada kontraktor-kontraktor yang menyaman syarikat bawah DDC, DRH kerana gagal membayar kerja-kerja pembinaan.
PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim jika tidak mahu pening kepala pecat sahaja Stephanie Saw dan rombak Khazanah.