Pendedahan Skandal ‘Big Ben’ Petronas-Petrofac kontrak RM399 juta sehingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan dan laporan media secara meluas tentu sangat memalukan kepada Petronas. Menambah perit SPRM sendiri mengesahkan penemuan beberapa kelemahan dalam amalan, sistem dan tatacara kerja dipercayai berkaitan pemberian tender projek berkenaan.
Semua pihak bercerita mengenai skandal Petronas-Petrofac apatah lagi selepas itu Presiden dan CEOnya Datuk Tengku Muhammad Taufik dianugerahkan pula gelaran ‘Tan Sri’ baru-baru ini. Tentu sangat memalukan selepas disiasat SPRM terpaksa menerima anugerah itu. Presiden dan CEO korup pertama disiasat SPRM.
BACA – Skandal Rasuah ‘Big Ben’ Petronas-Petrofac kontrak RM399 juta, SPRM digesa siasat CEO Petronas
Menurut sumber kerana isu itu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan sendiri siasatan dalaman dibuat terhadap Presiden Petronas. PM sendiri terpaksa turun ke pejabat Petronas bagi memulihkan imej Petronas.
Terdapat desas-desus PM Anwar Ibrahim akan menukar Tan Sri Tengku Muhammad Taufik selepas insiden siasatan SPRM namun beliau menggunakan lobi dengan Tengku Zafrul Menteri MITI untuk mempertahankan kedudukannya sebagai Presiden/CEO Petronas.
Menjawab kepada media yang bertanya kedudukannya sebagai Presiden/CEO yang akan tamat kontrak bulan ini, Tengku Muhammad Taufik optimis kontraknya berkemungkinan akan diperbaharui. Katanya beliau tidak menerima sebarang bantahan atau rasa tidak puas hati daripada pemegang saham berhubung pembaharuan kontraknya selain menggunakan alasan keuntungan Petronas Petronas RM23.8b suku pertama tahun 2023.
Nampaknya beliau mendahului kerajaan dan Perdana Menteri berhubung penyambungan pelantikannya. Pasukan komunikasi korporatnya bekerja keras untuk ‘divert’ isu rasuah Petronas melibatkan CEOnya.
STATUS TERBARU SIASATAN SPRM
Terbaru SPRM sendiri telah mengemaskini aduan mengenai salah laku terbabit dengan menyatakan “maklumat telah diterima dan dibawa ke Jawatankuasa Menilai Maklumat ( JMM) pada 07/06/2023 dan diputuskan maklumat tersebut dalam tindakan SPRM “ jadi bagaimana Petronas mengumumkan dirinya sendiri menyatakan bahawa SPRM tidak menemui salah laku, sedangkan masih dalam tindakan SPRM.
Rakyat Malaysia akan melihat sejauh mana Tan Sri Azam Baki KP SPRM berani mengumumkan siasatan itu mengapa Tengku Muhammad Taufik sebagai Presiden CEO Petronas berani melantik syarikat Petrofac yang terbukti bersalah kes rasuah oleh Serious Fraud Office (SFO) dan disekat beberapa negara di dunia seperti Emiriah Arab Bersatu diberi projek RM399 juta membina loji gas darat baharu di negeri Sarawak? Sekaligus melanggar polisi rasuah Petronas.
PERTEMUAN PM – PETRONAS BANGKIT ISU PELANGGARAN PATEN MOPU KINGTIME
Satu lagi isu yang dibangkitkan dalam pertemuan PM ialah aduan pelanggaran dua paten milik Kingtime International Ltd oleh Petronas dan Petrofac yang telah kalah di Mahkamah Rayuan dan Persekutuan. Menurut sumber PM mahukan jawapan bertulis daripada Presiden /CEO Petronas mengenai isu itu.
Petronas telah menganugerahkan kontrak EPCIC ( Engineering, Procurement, Construction, Installation & Commissioning) bernilai USD250 juta kepada Petrofac untuk membekalkan dan menghantar sebuah MOPU, struktur sokongan “wellhead” yang boleh dikeluarkan, dan kapal Penyimpanan dan Penumpahan Terapung bagi medan Sepat.
Didapati MOPU dan WHSS yang dibekalkan itu didapati melanggar hakcipta milik milik Kingtime International Ltd, dan bolehlah dikatakan ianya bernilai 55 % daripada nilai kontrak keseluruhan.
Mahkamah Tinggi juga telah memerintahkan produk-produk ini untuk dimusnahkan dan Petronas mengakui telah menggunakannya sejak tahun 2011.
Angka 55% untuk MOPU Sepat dan 10% untuk WHSS berdasarkan kepada pembagian harga kontrak dalam kontrak yang bertarikh 20 April 2011 antara Petronas dan Petrofac (Kontrak No. CHO/2010/DPG/228).
Bird & Bird, sebuah firma guaman bebas yang berpengkalan di Singapura, telah mengira bahawa keuntungan yang berkaitan ditambah dengan faedah berjumlah kira-kira USD 287 juta.
Dalam Keputusan Mahkamah Tinggi Malaya yang bertarikh 11 Julai 2018 dalam Saman Sivil No. 22IP-63-11/2015 menentang Petrofac E&C Sdn Bhd (“Petrofac”), Mahkamah Tinggi telah memerintahkan Petrofac untuk menyerahkan dan memusnahkan “semua barang-barang yang melanggari hak rekacipta kepada unit pengeluaran persisir pantai bergerak yang dirujuk dalam perenggan 10 dan 10.1
Pernyataan Tuntutan Semula yang Dipinda sebagai ‘Infringing MOPU Sepat’ dan struktur sokongan kepala wellhead yang dirujuk dalam perenggan 10.1 Pernyataan Tuntutan Semula yang Dipinda”.
Indemniti ataupun gantirugi yang harus dibayar kepada pemunya hak paten adalah bernilai USD154 juta iaitu 55% daripada USD 280 juta.
Dalam bahasa mudah, Petronas membayar kembali nilai yang sepatutnya dibayar kepada pemegang paten kerana menggunakan hak paten mereka.
Mengapa Petronas di bawah Tengku Muhammad Taufik sebagai Presiden CEO & Petronas tak guna hak indemniti rampas atau ambil balik USD154 juta ini daripada Petrofac?
Surat Petronas Carigali Sdn Bhd rujukan DPG/.101.08/2012/123 bertarikh 19 November 2012 sudah jelas arahan Petronas menggunakan hak indemniti bahawa semua kos ditanggung oleh Petrofac.
Apa alasan Tengku Muhammad Taufik tak guna hak indemniti ini?
Maka telah terbukti bahawa Petronas bertanggungjawab atas pelanggaran paten, Kingtime akan mempunyai pilihan untuk memilih sama ada menerima ganti rugi atau akaun keuntungan daripada Petronas. Mahkamah kemudian akan menilai jumlah yang perlu dibayar oleh Petronas kepada Kingtime berdasarkan pilihan yang dibuat.
Jika Kingtime memilih untuk menerima akaun keuntungan, Petronas akan dikehendaki untuk mengemukakan dokumen-dokumen yang akan membantu mahkamah menentukan jumlah yang sewajarnya untuk diberikan kepada Kingtime. Ini termasuk dokumen-dokumen yang (i) membuktikan pendapatan Petronas daripada jualan minyak mentah yang dihasilkan oleh MOPU Sepat semasa tempoh pelanggaran; dan (ii) membenarkan apa-apa potongan untuk kos dan perbelanjaannya.
Dan dari kiraan kasar yang dibuat, Petronas boleh menggunakan USD 154 juta itu iaitu bernilai kira-kira RM 700 juta sedangkan Petronas boleh membayar Kingtime di luar mahkamah kurang dari jumlah itu.
Daripada Petronas membayar saman atau pampasan sehingga lebih RM1 bilion bukankah lebih baik membayar sahaja kurang RM700 juta?
Mengapa Tengku Muhammad Taufik mengambil jalan sukar untuk melawan saman dan membayar lebih sedangkan terbukti Petronas salah dan akan kalah di mahkamah lagi?
Tengku Muhammad Taufik dari awal mengambil jalan salah dalam kes Petrofac. Melantik Petrofac syarikat bersalah rasuah untuk kontrak Petronas di Sarawak dan memilih Petrofac yang melanggar dua paten syarikat Kingtime International Ltd melaksanakan kontraknya.